Sos Thai Homemade Viral Ni Memang Power! Makan Dengan Nasi Ayam Dan Bihun Goreng Memang Sedap!

Share

Sos Thai memang menjadi penyedap rasa terutama apabila makan dengan nasi ayam, bihun dan mee goreng. Malah sesuai juga untuk siakap tiga rasa.

Resipi oleh puan Rozmaliza Omar ini memang superb viral hingga 5K Share! Rasanya seperti di kedai. Apa lagi jumpa cuba!

RESEPI SOS THAI 

Bahan² (semua anggaran)

250 gm cili padi merah** (anggaran pedas)
125 gm cili besar **
5 biji buah tomato ranum **
1 labu bawang putih**
1 tangkai daun ketumbar**
450 ml air
500 gm gula
250 ml cuka
1 sdt garam
1 sdb tepung jagung
3 batang akar daun ketumbar
Daun ketumbar dihiris kasar

Cara-cara


Blend kesemua bahan² bertanda (jangan lumat sangat)
Masukkan bahan blend ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Siap!

Kredit: Rozmaliza Omar