Buat peminat stimbot sudah tentu ada restoran-restoran tertentu yang menjadi pilihan kan? Setiap restoran ada kelebihan masing-masing. Sama ada kuah yang sedap atau pilihan makanan yang banyak, pilihan restoran mengikut citarasa sendiri.

Ada juga yang sukakan sesetengah restoran stimbot di mana kita boleh buat sendiri sos cicah untuk membangkit selera ketika makan. Satu perkara yang buat kita jarang untuk makan di restoran stimbot kerana harga makanan yag lebih sesuai dimakan ketika sedang gaji.

Apa kata buat stimbot sendiri di rumah? Modal lebih kurang seperti seroang makan di restoran tapi lebih banyak yang kita boleh nikmati. Puas hati! Kalau teringin nak buat stimbot sendiri dan makan ala-ala di Sukiya, apa kata belajar cara buat sos sedap seperti di restoran itu?

Sos Stimbot Ala Sukiya, Senang Nak Buat. Jimat, Makan Puas-Puas Di Rumah!

Senang rupanya nak buat sos sedap itu, yang penting kena ada bahan rahsia iaitu sos Kewpie Roasted Sesame!

Ikut resipi yang dikongsikan oleh MasakwithMeen ini:

Ads

Bahan-bahan:
2 sudu bawang putih
2 sudu daun ketumbar
2 sudu daun bawang
2 sudu cili padi
Kewpie Roasted Sesame dressing

Sos Stimbot Ala Sukiya, Senang Nak Buat. Jimat, Makan Puas-Puas Di Rumah!

Cara membuat:

1. Semua bahan dicincang halus-halus.
2. Campurkan bawang putih, daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan juga cili padi yang ditumbuk hancur.
3. Kemudian bolehlah tuangkan sos Kewpie Roasted Sesame dan kacau sebati.
4. Boleh juga nak letakkan sedikit minyak bijan atau minyak cili di atas sos ini. Baunya akan jadi lebih harum.

Ads

Tengok video untuk resipi;

@masakwithmeen Kalau teringin sukiya, kita buat sendiri jela steamboat dan sauce sukiya yang sedap ni kat rumah😌 rasa dia guarantee 99.99% sedap hehehe boleh lah korang try! #sukiyamalaysia #sukiya #sukiyasauce #sauces #sukiyasos #sossukiya ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Senang betul kan? Bolehlah cuba buat. Memang berselera makan stimbot dengan sos ni. Biarpun ringkas tapi kalau dah dibuat sos pencicah memang makan bertambah-tambah. Selamat mencuba!

Artikel Menarik:

Ads

“Saya Takut Mati.” Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Kongsi Kisah Hijrah Pakai Hijab

“Lama Dah Gambar Ni.” Fattah Tunjuk Foto Fazura & Fatima Jadi ‘Wallpaper’ Telefon

“Saya Buat Kerana Allah.” Nasir Bilal Khan Tak Letak Harga Tinggi, Nak Beri Impak Positif Dalam Kerja

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI