Sos Perap BBQ Viral Ni Terbukti Sedap. Boleh Guna Untuk Daging Lembu, Kambing Dan Ayam. Ini Rahsia Resipinya!

Share

Nak buat BBQ di rumah tentu kena tahu perapan yang sedap untuk menjamu ahli keluarga. Selain beli perapan di kedai atau secara talian terus, apa kata buat sendiri di rumah.

Menariknya perapan ini menggunakan bahan yang mudah tapi lazat.

Ikuti perkongsian ini.

Resepi BBQ Kambing
Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.
Bahan Perapan:
5 – 6 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)
1/2 cawan Sos Cili
1/2 cawan Sos tomato
1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.

Cara:

Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.

Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu. Tambahlah mana-mana yang kurang. Gaul rata dan masukkan daging kambing.

Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok. Panggang menggunakan arang.

Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat.
Selamat mencuba!

Kredit: Dr. G, Delihayat Kitchen