‘Menyiram’ kek, aiskrim, roti mahu pun pancake dengan sos karamel akan menambahkan lagi rasa enak untuk hidangan pencuci mulut yang dimakan, itu tidak dinafikan. Ramai sedia maklum. Bahkan bila viral resipi Roti Sarang Lebah di media sosial, ramai antara kita bukan sahaja tahu membuat roti tersebut malah dapat tahu ada satu lagi jenis sos yang enak dan manis rasanya boleh dimakan dengan pastri iaitu sos Butterscotch.
Sebenarnya, antara sos karamel dan sos butterscotch ini jika dilihat sekali pandang mungkin ada yang mengatakan sama sahaja. Tapi hakikatnya ia berbeza daripada penggunaan bahan dan rasanya yang tersendiri.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Neiza Nor Hamnira di page masakan dan bolehlah dijadikan panduan untuk menambah ilmu tentang dua jenis sos tersebut.
BEZA SOS KARAMEL DAN SOS BUTTERSCOTCH
Selalu kita keliru kan. Apa bezanya? Macam sama je. Gula, mentega dan krim kan? Mana lagi sedap? Ok, jika masih keliru, ini beza bahan dan cara masak atas dapur, guna api sederhana ya.
Sos karamel : GULA PUTIH (1.5 cawan) jadi karamel + butter (3 sudu besar) 2 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likatnya, tutup api.
Sos butterscotch : butter mencair (3 sudu besar butter) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.
Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Buat penggemar ayam goreng KFC, lebih-lebih lagi yang ‘spicy’ mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup simple saja cara membuatnya. Resipi ini dikongsikan oleh Cahaya Kasih Firdausi.
Rata-rata mereka yang telah mencubanya pasti puas hati. Ini rahsia bahan-bahan di dalam resipi yang mudah dan ringkas sangat!
Nampak gaya, resepi ayam goreng KFC spicy versi CKF ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang ‘simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang!
RESEPI AYAM GORENG KFC SPICY VERSI ‘HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Bahan perapan:
1 ekor ayam (potong berapa ikut suka)
Cili kering dikisar halus
Bawang merah dan putih kisar halus
Garam
Perasa
Bahan menggoreng:
Tepung gandum cap cempaka
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA
1. PERAPKAN AYAM
Gaul semua bahan ke dalam ayam yang dah dibersihkan. Perap seketika atau semalaman.
2. GAULKAN TEPUNG
Ambil ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan pada tepung. Saya gunakan tepung cap cempaka.
Golek-golekkan hingga tepung melekat di serata ayam.
3. PANASKAN MINYAK
Panaskan minyak biar betul-betul panas. Masukkan ayam dengan api besar.
4. GORENG
Bila ayam sudah dimasukkan, kawal api biar kecil sedikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalamnya.
Agak-agak ayam dah garing, terbalikkan permukaan ayam dan balik-balikkan.
5. ANGKAT & TOSKAN
Dengar bunyi gorengan bila agak bising maknanya air ayam masih ada. Bila dah agak senyap bunyi gorengan, bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’.
Sedia dihidang. Sangat sedap dan lazat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa aktiviti malam minggu anda sekeluarga. Nak keluar bimbang dengan wabak covid-19, lebih baik duduk di rumah kan. Apa kata ajak anak-anak tonton cerita menarik ini.
Ada kelainan yang cuba disampaikan dalam siridrama terbaru Take CTRL yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Mengetengahkan elemen game dalam ceritanya kerana ia merupakan kisah sains fiksyen tetapi menghiburkan seisi keluarga.
Di dalam drama ini diselitkan elemen cinta,benci , kasih sayang dan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, ditunjukkan bagaimana cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital.
Adegan lucu antara ibu bapa pasti membuatkan anak-anak terhibur. Namun, yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini.
Sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Justeru, anak-anak perlu tahu dan terima bila mana ibu bapa katakan ‘tidak’ bagai sesuatu perkara.
Siri ini mengisahkan tentang Sky dan Ramunah, adik-beradik yang dikawal ketat oleh ibu bapa mereka, sehingga mereka terjumpa permainan video kawalan minda.
Kanak-kanak ini kemudian mengalami peranan mereka dan ibu bapa yang ditukar. Take CTRL akan ditayangkan pada 29 Januari, setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612), Astro GO dan On Demand.
Menariknya, peminat Shaheizy Sam boleh melihat bagaimana karekter yang dibawakan pelakon ini sebagai papa. Manakala watak mama pula di pegang oleh Hana Nadira. Turut berlakon dalam siri ini adalah Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah), sebagai penampilan sulung buat ketiga-tiga pelakon utama dalam siri TV.
Jangan lupa saksikan #TakeCTRL bermula 29 Januari ini, setiap Sabtu 9PM di Astro, TA-DAA! CH 612 dan On Demand.
Bercucuk tanam pokok jenis berbuah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Memandangkan boleh sahaja pokok tersebut ditanam di dalam pasu.
Pun begitu lazimnya bila menanam pokok di dalam pasu, ada yang merasakan ada had masa untuk pokok tersebut dipindahkan ke tanah bagi pastikan ianya dapat membesar dengan lebih baik dan sekali gus berbuah lebat.
Namun bukan sesuatu yang pelik andai dibiarkan di dalam pasu bertahun-tahun lamanya, pokok yang ditanam tetap juga boleh hidup subur bahkan hasil buahnya lebat sentiasa. Ini sebagaimana perkongsian Saudara Izham Alias, menanam pokok limau purut di dalam pasu dan setelah dua tahun lamanya pokok tersebut tetap subur malah lebat buahnya.
Nak tahu apa rahsia dan trik yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsia adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu depan rumah. Saya ambil dan letak dalam pasu. Biasalah tinggal di kampung. Lembu berkeliaran dan meninggalkan jejak.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Setelah itu sembur cuka kayu semestinya. Dalam 5-10ml cuka kayu + 1L air.
Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Tapi kalau togel, mahu juga saya campak ulat bulu tu ke dalam longkang.
Setakat ni saya sembur cuka kayu, Alhamdulillah kurang la ulat bulu makan. Pahit gamaknya.
Begitulah.
Sesiapa takda cuka kayu, boleh cuba sembur guna penggalak ni.Telur dan yakult je guna.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.