Hanya yang pernah alami sahaja akan mengerti bagaimana rasanya apabila terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Lebih-lebih lagi jika peak hours, ramai yang sanggup tekan pedal minyak laju-laju untuk tiba di destinasi dengan cepat.
Tapi kadang kala, sikap pentingkan diri juga akan memberi kesan terhadap orang lain sebab kita tidak tahu setiap pengguna jalan raya tersebut apakah yang sedang mereka hadapi.
Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @tumbukrusuk, nota yang dipamerkan pada bahagian belakang sebuah kereta Honda City berwarna merah mengenai situasi isterinya menerima pujian ramai.
“Sorry tak boleh (pandu) laju. Isteri (lepas bersalin) czer (caesar),” tulisnya pada nota tersebut.
Nota permohonan maaf itu cukup mencerminkan keprihatinan si suami tentang keadaan kesihatan isterinya hingga dia terpaksa menyukarkan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika melalui jalan satu lorong dengan trafik sesak.
“Nampak di (lebuh raya) Guthrie tadi. Kereta bawachill (perlahan) dekat lane kiri. Sangat kagum dengan abang ni, punyalah dia jaga isteri. Semoga syurga untuk bro dan keluarga,” tulisnya di Twitter.
Setelah menerima lebih 11,000 ulang kicau dan 24,000 tanda suka, pemandu Honda City yang menjadi bualan ramai itu akhirnya muncul memperkenalkan diri.
Pemilik Honda tampil memohon maaf kerana memandu perlahan.
Menggunakan akaun Twitter @AmriezalAm, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memahami situasinya pada ketika itu.
“Ya betul, tiada siapa yang suruh bawa laju pun. Tapi menghormati pengguna lain, saya ambil langkah ni sebab ketika itu waktu orang balik kerja. Semalam pun bersusun kereta follow. Terima kasih dan maafkan kami.
“Untuk highway tiada masalah, hanya pada setengah keadaan jalan je yang kena betul-betul perlahan. Apabila masuk jalan biasa, susah orang nak memotong. Semalam pun bersusun kereta follow. Terima kasih dan maafkan kami.
Apabila ditanya kenapa beliau terpaksa memandu terlalu perlahan, Amriezal berkata;
Ads
“Kenapa nak kena slow sangat? Sebenarnya isteri dah discaj pada tarikh 4 Mac dan dimasukkan semula pada 7 Mac sebab ada berlaku pendarahan dan jahitan terbuka sebab dia mengalami batuk teruk,” ujarnya menjelaskan situasi.
Tambah Amriezal, pada malam isterinya dibenarkan keluar hospital, kawasan Sungai Buloh, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menjejaskan rumah mereka.
Katanya lagi, disebabkan isterinya menjalani pembedahan sebanyak dua kali, dia perlu lebih berhati-hati ketika memandu.
Sementara itu jika diteliti pada hantaran dibuat beberapa hari lalu di Facebook, isterinya yang bernama Mas Edora selamat melahirkan anak perempuan, Nur Amniey Maryam pada 2 Mac lalu pada pukul 12.04 tengah hari.
Apabila diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si suami yang prihatin dengan keadaan isterinya.
Ads
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa individu lain turut berkongsi foto secara rawak yang pernah tular sebelum ini bagi memperlihatkan keprihatinan suami kepada isteri masing-masing.
Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, atas sokongan ramai yang membantu perniagaan candy anak kepada selebriti Achey, Tiara Zinniriah, bapa penyayang itu menyumbangkan sebuah van jenazah untuk kegunaan semua.
Melalui Instagram, Achey memuat naik video ketika berkongsi hadiah itu yang merupakan hasil daripada sumbangan perniagaan Tiara.
Melalui perkongsian Achey, kereta jenis mpv yang dijadikan van jenazah itu adalah atas sumbangan semua orang yang membantu perniagaan anaknya di Tik Tok sehingga tular baru-baru ini.
“Seperti yang dijanjikan, belakang ini adalah achievement seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinniriah Nasir.
“Alhamdulilah inilah adalah pencapaian atas sokongan anda semua yang sokong perniagaan candy Tiara untuk kita semua merasa.
“Sebuah mpv untuk kita semua,” kata Achey berkongsi.
Menerusi videonya kongsi Achey lagi, van jenazah itu tidaklah begitu memuaskan hati namun ia diberikan secara percuma sambil berharap dapat memudahkan urusan pada yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, bahkan Achey sekeluarga juga turut menyediakan set kain kafan percuma buat keluarga waris yang kurang berkemampuan. Saham akhirat yang tinggi nilainya buat keluarga ini.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan penyokong setia anak kecil itu turut mendoakan agar rezeki Tiara dan Achey sekeluarga merimpah luah.
Terdahulu, Achey melunaskan hasrat anaknya, Tiara untuk berniaga gula-gula di atas talian. Namun tanpa disangka-sangka perniagaan itu mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.
Tidak dinafikan kebiasaannya dalam rumah kita mesti ada satu bilik yang kita jadikan tempat menyimpan pelbagai barang-barang hingga menampakkan bilik tersebut seperti ruangan stor yang sarat.
Begitu juga dengan keluarga ini, ada satu ruang bilik seperti itu. Namun bila anak-anak semakin membesar, seorang ayah ini lakukan transformasi 360 darjah sekali gus menjadikan bilik tersebutcukup selesa untuk dua orang anak lelakinya.
Nak tahu kisahnya, jom baca perkongsian penuh daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim, sekoga turut memberi inspirasi pada yang lain.
ILHAM DEKO UNTUK BILIK ANAK
Dari sebuah bilik yg belum pernah digunakan,tempat simpan barang saja.
Dengan cetusan ilham daripada titisan hujan dan lemon segar kehujanan timbullah idea utk transform 360° ruang yg tak seberapa ini menjadi sebuah bilik selesa utk dua anak bujang kami.
Dinding kami anak beranak lukis dengan berus dan roller saja(having fun)
Seadanya saja,alhamdullilah.90% dibeli di IKEA dan selebihnya Romantika Home Deco dan juga yg dah memang ada di rumah.
Semoga sedikit sebanyak memberi ilham deko utk sahabat-sahabat grup ini.
Dalam RM2,500 boleh dapat;
1)set katil 2 tingkat tu sekali dengan 2 drawernya.
2)2 tilam
3)2 set alas tilam/quilt cover+sarung bantal
4)3 bantal
5)lampu meja+bulb sekali mcm dlm gbr
6)papan putih termasuk aksesori (3 bekas biru+rail tempat gantungnya),rak biru dan putih yg diletakkan pada papan putih tu,3 kotak kecik 3 warna pada papan putih tu,hook/cangkuk
7)Set rak pakaian dan bar penggantungnya
SEMUA INI DI IKEA
8)Gambar/frame,poket utk letak remote dll.dan lemon *beli di Romantika
9)Cat jotun biru,kuning (lukisan) dan cat putih dinding
“Selamat mendeko kerana Allah,semoga dipermudahkan ”
Sebelum ini kita selalu sahaja lihat longgokan kayu pallet dibuang begitu sahaja, namun tahukah anda kayu pallet yang berkualiti ada antaranya dihasilkan daripada kayu pine. Jadi bolehlah dipilih untuk dijadikan sebagai perabot untuk kediaman rumah anda.
Meninjau satu perkongsian di media sosial bersama Airiel Ibnu Sufian yang mengambil upah membuat pelbagai perabot, warganet tertarik dengan salah satu perkongsian daripadanya iaitu frame sinki daripada kayu pine yang nampak cukup menarik dan praktikal.
Menurutnya, ada salah seorang pelangganya menelefon minta dibuatkan satu rak sinki untuk menggantikan sinki yang telah uzur.
Jadi untuk itu, dia berkongsi proses pembuatan rak singki tersebut untuk dijadikan panduan kepada yang lain andai ingin menghasilkan rak sinki daripada kayu pine.
Langkah 1 : Beli sinki dan kemudian bentukkan frame seperti ini.
Langkah 2 : Beginilah hasilnya setelah siap rangka untuk sinki tersebut. Pada bahagian hujung sinki sengaja dibuatkan ruang untuk memberi lebih keselesaan untuk dijadikan tempat penyediaan bahan-bahan masakan seperti memotong bawang dan sebagainya.
Langkah 3 : Pemasangan kayu pada bagaian bawah untuk dijadikan rak dan sekali gus sebagai ruang storan yang lebih praktikal.
Langkah 4 : Untuk memberi lebih fungsi pada bahagian hujung rak sinki, turut ditebuk untuk dijadikan sebagai tempat menggantung senduk dan sudip.
Langkah 5 : Siap
Ekstra Info
Kayu PINE tahan air ke tak?
Jawapannya…TAK TAHAN kalau… Tiada penggunaan finishing material yang sesuai atau tiada finishing langsung.
TAHAN AIR bila…
– Gunakan finishing material yang betul (wax).
– Owner buat maintenance; topup wax sekali atau dua kali setahun.
Timber Hard Wax adalah salah satu finishing material yang membantu membuatkan apa jua jenis kayu menjadi kalis air dan dalam masa yang sama akan dapat effect glossy (berkilat). Warna urat kayu asal pun akan nampak lebih pekat.
Advantage Wax:
– Membuatkan kayu kalis air/cuaca.
– Menaikkan warna asal kayu.
– Mengembalikan rupa seakan baru pada perabot lama.
– Sesuai digunakan untuk semua jenis perabot kayu/rotan.
-Cepat kering.
Cara guna:
– Sapuan menggunakan berus/span. Tidak perlu bancuhan thinner.
– Untuk kali pertama, sapu sekurang-kurangnya 4 lapisan dengan jarak masa 3-4 jam antara setiap lapisan.
– Penjagaan tahunan: Sapu satu lapisan sahaja setiap 6 bulan atau setahun sekali.
Gambar: Kayu Pine yang dah disapukan Timber Hard Wax brand Otter.
Kesimpulannya, kayu pine boleh tahan cuaca dan tahan air dalam jangka masa panjang sekiranya owner pandai/ rajin jaga. Of course tak boleh expect sekali buat finishing, boleh tahan 20 tahun. Mustahil sama sekali.
P/s: Boleh guna mana-mana brand wax. Yang penting betul wax untuk kayu. Jangan guna Wax brand Gatsby sudah. Tu untuk rambut kau.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).