Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan ke-9 buat penyanyi Tomok bersama isteri tersayang Rahayu Abas. Dia berkongsi satu video pendek yang merakamkan detik-detik indah perkahwinan mereka menerusi laman instagramnya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteri saya yang tercinta. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Shah sayang Ayu,” tulisnya.
Namun, dalam banyak-banyak ucapan itu, turut terselit komen lucu dari isteri Tomok.
ayu_abas Happy anniversary sayang…sorry tahun ni hampir terlupa…sibuk berpantang gitew…apa pun, berapa tahun pun,i will always love u until end of my breath.
Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi ucapan dan video detik perkahwinan mereka menerusi laman instagramnya.
Ads
1.JULAI merupakan tarikh keramat yang menyatukan kami setelah 8 tahun mengharungi suka duka tangis tawa sebagai pasangan kekasih…dan tahun 2020 ini merupakan tahun yang ke 9 kami menempuh alam rumahtangga…terima kasih kerana menjaga ayu, anak-anak dan keluarga ayu….
“Alhamdulillah, belum lagi makan pasir….” Norsalina bangga kerjaya suami sebagai badut. Norsalina Abdul Aziz berniat untuk riak, jauh sekali mendabik dada dengan rezeki yang dikurniakan Allah buat dia dan keluarganya.
“Saya hanya mahu orang tidak pandang rendah kerjaya sebagai badut,” Norsalina. Norsalina Abdul Aziz, 36 isteri kepada Muhammad Ar-Rabi Ab Ghani, 37, yang terlibat dalam perkhidmatan badut secara sepenuh masa amat berbangga dengan kerjaya suaminya.
Malah menurut wanita berasal dari Negeri Sembilan itu, berkat kerjaya tersebut suaminya mampu menyediakan keperluan dan kesenangan kepada mereka sekeluarga.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Norsalina memuat naik video mengenai perjalanan kerjaya suaminya sebagai ‘penceria’ acara sehingga mampu memberi kemewahan antaranya bercuti ke luar negara, berpeluang mengerjakan umrah, membeli sebuah rumah dan emas perhiasan.
“Sebenarnya semua ini tak dirancang, saya pun tak tahu video itu boleh tular. Niat saya hanya berkongsi pada mereka yang melihat supaya jangan sesekali memandang rendah pekerjaan seseorang.
“Rezeki bukan hanya datang dari pekerjaan kita, tetapi dari Allah. DIA berkuasa untuk beri rezeki selagi mana kita usaha dan yakin,” katanya.
Menyingkap kisah hidup mereka, Norsalina memaklumkan, keluarga tidak menolak pilihannya ketika di awal perkahwinan, bahkan menerima pekerjaan Muhammad Ar-Rabi sebagai badut.
Ibu Norsalina menyifatkan bakal suaminya seorang lelaki yang berani menggalas tanggungjawab untuk menampung kehidupan.
Walaupun pernah dihakimi oleh masyarakat sekeliling, pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata itu hanya memekakkan telinga dan menepis persepsi dengan menjalani kehidupan serba cukup.
“Alhamdulillah, belum lagi makan pasir (kerana) suami buat kerja ini. Ada yang kata badut tak menjamin masa depan, sedangkan dengan kerja inilah suami dapat bawa kami sekeluarga bercuti luar negara.
“Saya terima banyak respon, ada juga yang terinspirasi dengan perkongsian kisah hidup kami.
“Ada juga yang kata saya riak bila berkongsi (kemewahan), namun niat saya hanya mahu masyarakat lihat kerjaya badut juga mampu menjamin masa depan,” ujarnya.
“Saya tak malu, malah bangga suami seorang badut sebab itu saya sendiri tawar diri untuk promosikan dia.”
“Masa tahun 2010, sejak dari sebelum kahwin suami membuat kerja sambilan sebagai badut, tetapi dia bekerja di bawah orang.
“Semasa itu suami ada kerja tetap sebagai ‘dispatch’ (penghantar barang) dan bila ada waktu cuti dia akan menjadi badut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Selepas kahwin, saya lihat bakat suami boleh diketengahkan dan dia juga pandai menghiburkan orang lain terutama kanak-kanak. Dari situ saya ambil tugas buat promosi untuk iklankan perkhidmatan suami dan jalankan bisnes sendiri,” katanya.
Dia dan keluarga tidak pernah berasa malu dengan kerjaya suaminya sebagai badut kerana menganggap usaha itu sebagai komitmen suami menampung keperluan hidup mereka.
Menurut Noraslina, setiap tahun dia akan menjahit satu pakaian baharu untuk menambah kostum badut suaminya sambil menyusun jadual kerja lelaki itu.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain menyediakan perkhidmatan badut, dia dan suami turut menjalankan beberapa perniagaan lain antaranya ‘face painting’ dan ‘sand art’.
Bercerita lanjut, Norsalina memberitahu hasil perkhidmatan badut suaminya ini mampu meraih pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan, bagaimanapun ia bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Kami ambil tempahan seperti majlis hari jadi, kenduri akikah, fun run dan beberapa bentuk majlis santai yang lain.
“Kami tak jalankan secara terbuka di kawasan rekreasi seperti mana yang dilakukan tukang badut yang lain,” ujarnya.
Jelas Norsalina, kini permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan badut bagi memeriahkan majlis bersama kanak-kanak semakin bertambah dan membuka rezeki luas buat keluarga kecil mereka.
Tidak lama lagi kita akan meraikan hari raya Aidilfitri di kampung bersama ahli keluarga yang lain.
Sudah tentu ada yang tak sabar ingin meraikan hari raya bersama sanak saudara dan ahli keluarga lain.
Antara perkara yang paling awal kena buat untuk pulang ke kampung adalah persiapan mengemas beg pakaian dan beg keperluan lain.
Biarpun nampak remeh temeh, tetapi jangan ingat kerja kemas bag ini mudah. Ini yang ditegaskan oleh seorang wanita, puan Izyan Izdihar Shaarani menerusi perkongsiannya di facebook.
Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang. Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung. Baju untuk masak di malam raya. Baju pagi raya. Baju ke dapur pada hari raya. Baju berjalan ke rumah saudara. Baju casual di malam hari pada hari raya.
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri. Belum masuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis je. Ada tudung sarung untuk ke dapur. Ada shawl nak pakai pagi raya. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual. Inner tudung. Anak tudung. Pin tudung.
Pin ni pun ada banyak kelas. Pin kat telinga kena tajam. Pin kat dagu kene kecik. Pin kat bahu kena besar sikit. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar
JENIS-JENIS BAJU
Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis.
Baju raya. Baju bila dah tengah hari. Baju tidur. Baju ganti kalau baju raya dah comot. Baju kalau tido dalam aircond. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond. Baju berlubang, baju takde lubang.
Tu kalau seorang anak. Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak. Bukan takat baju melayu je. Butangnya, sampin nya, songkoknya.
Itu baru baju. Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh!
Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm
Ha…mandi cemane mandi… Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya
Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh…ada lagi! Barang mekaaappppp…
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah… Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu
Charger handphone..charger charger.. Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan…dan… Dia siap ada plan kontigensi. Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting…kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..
Haaaaa……Ok. Ada dah semua. Fuhh…legaa…. Ok zip beg!
Suami kerjanya apa? Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap pape. Angkat.susun.senyum.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat anda yang telah pun menanam pokok cili, mesti pernah mengalami pokok yang ditanam diserang serangga perosak yang mengakibatkan daun pokok bertompok-tompok putih dan sekali gus menyebabkan daun berkerinting dan menjadikan pokok tidak subur.
Bena putih ini sangat gemar berada di bawah daun pokok cili. Jika tidak dikawal dari awal akan menyebabkan pokok cili yang ditanam mati akhirnya.
Sebenarnya banyak petua dan kaedah untuk membasmi bena putih tersebut, dan salah satu yang boleh digunakan adalah dengan kaedah yang dikongsikan oleh Sabariah ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan tanpa menggunakan modal malah apa yang lebih penting, ia cukup berkesan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Pokok cili kecil lagi tapi daunnya dah kena serang. Siap ada bena putih lagi banyak duduk kat belakang daun.
Hari tu sab ada terbaca ada orang share cara nak elakkan daun pokok cili kena bena putih, elak daun kerinting dan bergulung-gulung.
Banyak versi sebenarnya. Tapi sab guna cara ni sebab barang mudah nak dapat. Murah pulak tu..ehehe. Sab dah try Alhamdulillah menjadi.
Korang nak tahu caranya boleh tengok kat gambar.
1. Sebelum masak nasi kita basuh beras dulu. Air basuhan itu jangan buang. Boleh buat baja.
2. Simpan air basuhan beras yang pertama dan yang kedua.
3. Simpan dalam botol. Boleh biarkan sehari dua.
4. Lepas dah dibiarkan dalam sehari dua, tuang air basuhan beras ke dalam botol spray.
5. So, bolehlah kat tanaman. Kat depan dan belakang daun. Spray jugak kat batang pokok cili dan tanah.
6. Inilah hasilnya dari pokok cili kecil sampailah besar saya spray dengan air basuhan beras. Daun cili cantik dan serangan serangga pun kurang. Kena buat selalu baru menjadi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...