“Sorang Cakap Selamat Hari Raya, Sorang Assalamualaikum…” Azah Aziz Kongsi Gelagat Ucapan Syawal Tiga Anak Lelakinya

Share

Pelakon Azah Aziz yang kini menetap di Montreal, Kanada berkongsi cara menitipkan ucapan raya buat para peminatnya.

Itulah yang dimuatnaik menerusi satu video di Instagram. Di dalamnya kelihatan tiga orang anak lelakinya Aaron, Ryan dan Justin memberikan salam dan ucapan.

Azah atau nama sebenarnya, pemilik nama sebenar Norazah Aziz, 48, menjelaskan, tahun ini mereka cuba berkongsi foto mengenakan persalinan raya apabila menganjurkan rumah terbuka.

Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan and Justin. Tahun ni tak de baju melayu semua dah tak muat dan first raya Justin sekolah, yang lagi dua busy.

“Hubby pun buzy kerja, so sebab tu tak de gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for raya pictures.

“Hahh, sorang cakap selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok tak pe Sambut jangan tak sambut okay,” tulis Azah dikapsyennya.