SOP Kebenaran Solat Jumaat & Tarawih dibincangkan Hari Ni, Lelaki Ni Kongsi Beberapa Cadangan!

Share

Semua kementerian akan terlibat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini bagi membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuklah kebenaran bagi orang Islam menunaikan solat Jumaat atau tarawih di masjid.

Justeru, saudara Muhammad Hassan ada memberikan beberapa cadangan sekiranya solat jumaat dan solat fardhu dibenarkan diadakan dii masjid.

 Ini cadangan saya kepada Menteri Agama untuk SOP solat jumaat dan Solat Fardhu.

Penghulu kampung atau AJK masjid kena kerjasama supaya kariah masjid patuh SOP.

(Dilakukan pada zon Hijau Sahaja)

  1. mana-mana jemaah yang tidak sihat(ada gejala),mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan ke masjid.
  2. Menghadkan kepada beberapa orang sahaja dahulu. contoh solat jumaat hadkan kepada 40-50 orang dahulu. begitu juga solat-solat fardu dan solat tarawih.
  3. Setiap masjid disediakan RELA ATAU POLIS untuk mengawal supaya tiada jemaah yang melanggar SOP atau berkumpul.
  4. Kanak kanak atau remaja yang belum baligh tidak dibenarkan ke masjid.
  5. Mencadangkan kepada jemaah untuk mengambil wuduk dari rumah lagi.

a)Bawa sejadah masing masing dari rumah.

b)Jarakkan kedudukan setiap jemaah dengan melakukan ‘social Distancing’ ketika solat.

  1. tiada morih atau majlis berbuka puasa sepanjang ramadan.
  2. Tidak bersalaman selepas solat.
  3. mencadangkan pemakaian mask ketika solat.
  4. Setiap masjid menyediakan Hand sanitizer.
  5. Melakukan pemeriksaan Suhu sebelum memasuki masjid.
  6. Dipendekkan khutbah solat jumaat.
  7. 1-2 orang sahaja wakil dari keluarga untuk ke masjid. Contoh di kawasan masjid tersebut ada 50 buah rumah. hanya wakil atau ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid.

Sedikit cadangan dari rakyat bawahan.

Sama sama kita mendoakan keputusan yang terbaik dari Menteri. Kami dengar dan taat.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa