Solok Lada Frozen, Jadikan Stok Untuk Bulan Puasa. Begini Cara Buatnya!

Share

Solok lada menjadi antara menu istimewa di Pantai Timur yang sering dimakan ketika menikmati Nasi Kerabu. Bahkan bukan suatu yang pelik apabila solok lada turut menjadi pilihan untuk dimakan bersama nasi putih. Seakan solok lada ini mampu membangkitkan selera makan buat penggemarnya.

Jadi apa kata di bulan Ramadan ini, anda hidangkan solok lada untuk dijadikan menu menyelerakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga sama ada ketika berbuka atau bersahur.

Memandangkan anda boleh siapkan awal-awal solok lada ini dan difrozenkan!

Mungkin ada yang tidak percaya, pun begitu resipi dan cara pembuatannya telah pun dikongsikan oleh puan Rosmaliza Omar dan bolehlah anda pula mencubanya.

Punya la banyak beli lada SOLOK nak buat jeruk tapi takkan nak jeruk semua. Rajinkan diri buat SOLOK FROZEN nak makan senang. Sedapnya sama dengan yang baru buat tak kata pun yang frozen. Bulan puasa ni nak makan kukus dan letak santan sikit. Siap SOLOK LADA

BACA JUGA ARTIKEL NI

 

RESEPI SOLOK LADA FROZEN

Bahan-bahan:

5-6 ekor ikan selayang

3 genggam kelapa parut putih

2 labu bawang besar merah

1/2 inci halia

2 ulas bawang putih

1 sdt lada hitam

1 sdt garam

1 sdb gula

15 biji lada solok

1 cawan santan -diguna masa nk kukus semula lada solok

Cara-cara:

  1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
  2. Amik isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang-bawang halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata-rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa pedas lada hitam.
  4. Sumbat masuk bahan-bahan isi ke dalam lada solok Biar padat-padat montel.
  5. Kukus lada Solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum di frozenkan. Siap

~ Bila nak makan keluarkan solok dr freezer biarkan selama 15 minit. Masuk kan dalam periuk curahkan santan atasnya dan kukus dlm 5 minit. Sebentar saja yer…sbb SOLOK LADA dh masak.

 

  • Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club