Nak Merajuk Dengan Suami, Merajuklah! Tapi Jangan Lebih 3 Hari. 5 Cara Ini Dapat Pulihkan Kembali Konflik.
Suami isteri bertengkar? Bukan perkara pelik tapi normal dalam sebuah rumah tangga. Bak kata sesetengah orang, ia adalah asam garam dalam membentuk hubungan lebih bermakna dan peluang mengenali pasangan lebih mendalam. Bagaimanapun, hal ini boleh membawa kepada satu situasi yang agak sukar apabila pertengkaran yang berlaku tidak ada sudahnya hingga menjejaskan keharmonian rumahtangga.
Bagaimana untuk jernihkan semula keadaan ini?
- Meminta maaf
Semua orang mengakui bahawa perkara paling mudah tapi sukar dilakukan adalah meminta maaf. Namun demi kebaikan bersama, tanpa mengira siapa yang bersalah, hulurkanlah kata maaf. Jika dia yang bersalah, pasti si dia akan berasa bersalah dan kesal setelah anda yang terlebih dahulu menghulukan salam kemaafan. Andai anda kurang yakin untuk meminta maaf secara berdepan, anda boleh juga melakukannya melalu sekeping nota atau kad ucapan. Pasti hubungan anda berdua akan kembali lancer selepas itu.
- Mengaku salah
Mengaku salah bukan bererti anda kalah. Rendahkan ego untuk melahirkan rasa kesal secara ikhlas atau kesalahan yang dilakukan andai ia benar-benar berpunca daripada anda. Ia adalah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan selepas terjadi pertengkaran. Tindakan itu juga pasti dapat menyejukkan hati pasangan dan membuat dia segera memaafkan anda.
- Bergurau
Gurau senda boleh menjadi penawar mujarab dalam apa jua keadaan. Selepas bertengkar dengan pasangan, biasanya anda memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Tetapi jangan ambil masa terlalu lama. Usah menunggu dia tegur anda dahulu walaupun pada mata anda dia yang bersalah. Tidak rugi anda yang memulakannya dulu demi kebaikan anda berdua. Cuba fikir, apa yang anak-anak fikirkan apabila melihat ibu dan ayah mereka tidak bertegur sapa dan bermasam muka? Tentu ia beri impak tidak baik kepada anak-anak bukan? Jadi, lebih elok jika anda cuba menjernih suasana tegang itu dengan gurauan. Ia akan mencairkan hati yang beku dan membuat anda berdua tersenyum semula.
- Solat
Alangkah baiknya jika selepas berlaku pertengkaran, redakan gejolak di hati dengan solat. Mandi dan berwuduk boleh mengurangan amarah. Pasti pasangan anda akan rasa tersentuh apabila melihat anda bersolat selepas bertengkar dengannya. Jangan lupa untuk berdoa agar hubungan anda berdua kembali harmoni.
- Nikmati secawan kopi
Kopi boleh memberikan rasa lega di hati yang sedang marah. Aroma kopi yang menyegarkan pasti menusuk deria bau ketika anda membancuhnya. Jangan bancuh untuk diri anda sahaja. Sebaliknya sediakan juga untuk pasangan anda. Perbuatan ini walaupun tanpa kata-kata boleh menjadi jambatan menjernihkan semula hubungan selepas pertengkaran.
“Selamat Tinggal Montreal” 22 Tahun Tinggal Di Negara Orang, Azah Aziz Akhirnya Kembali Ke Malaysia!
Pelakon era 90-an, Azah Aziz, mengakui bakal memulakan kehidupan baharu dengan berhijrah kembali ke Malaysia selepas lebih 20 tahun menetap di Montreal, Kanada.
Azah dan suaminya juga lelaki warga Perancis, Daud Leroy Abdullah serta tiga orang anaknya sudah berangkat sejak Sabtu.
“Selamat tinggal Montreal, untuk selama-selamanya.
“Permulaan yang baharu, selamat tinggal dan jumpa lagi. Saya akan merindui semua sahabat saya di Montreal,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu, dia memuat naik foto dan video bersama keluarga menunjukkan keberangkatan mereka di lapangan terbang serta ketika penerbangan.
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.
Terdahulu, Azah ada memaklumkan dia dan keluarga akan berpindah ke Malaysia sekali gus menyambut baik keputusan kerajaan memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
Azah bagaimanapun terlebih dahulu ke Dubai sebagai transit sebelum pulang ke Malaysia.
Dia juga sempat berseloroh mahu pindah ke Dubai jika orang Malaysia tidak menyambut kedatangannya untuk menetap di sini dengan baik.
“Perhentian pertama Dubai. Dubai akan menjadi rumah kedua saya.
“Kalau netizen Malaysia terlampau, kita lari pergi Dubai,” katanya.
Azah dan suami dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26; Ryan, 20; dan Justin, 17 tahun.
Sumber: Instagram Azah Aziz
Jangan Buat Main Bila Kepala Terhantuk. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya.
Memang risau apabila anak terjatuh atau tercedera bimbang akan memberi kesan kepada kesihatannya.
Begitu juga pengalaman yang dilalui sendiri oleh bapa ini di laman facebooknya, Taufiq Razif mengenai anaknya yang terhantuk di kepala baru-baru ini. Beliau juga berkongsi kenapa ibu bapa perlu alert apabila anak-anak terhantuk kerana bimbang akan ada kesan yang tidak diingini kepada anak.
Kepala anak saya ni baru je terhempas ke lantai. Biasa la bila balik kampung nak beraya ni tempat tidur pun tak ‘proper’ kan.
Masuk je bilik lepas bersahur tiba-tiba kepala si Solahuddin ni dah meluncur ke bawah katil. Bammm!! Sakit tu sebab kepala bahagian belakang yang cecah lantai dulu.
Solahuddin pun bertempik nyaring! Terus saya gosok kepala Solahuddin dan peluk dia. Jeritannya walaupun agak lama tapi makin lama makin perlahan dan esakannya pun makin kendur.
Pelukan ni nampak je remeh tapi pelukan daripada mak ayah ni akan membuatkan badan anak merembeskan hormon endorphins. Ni la yang membuatkan otot badan anak kita jadi lebih rileks & meringankan kesakitan fizikalnya.
Tapi tak boleh gembira lagi. Saya kena pantau dulu si Solahuddin ni selama 24 jam. Jangan main main dengan isu kepala terhentak ni. Pernah je ada kes anaknya terhentak kepala, besok paginya badan dah bertukar biru dan anak pun nampak lesu.
DAPATKAN RAWATAN PEMERIKSAAN
Rupanya bila periksa kat hospital, doktor sahkan tempurung kepala anaknya retak. Sebab tu mak ayah semua WAJIB ada ilmu apa nak buat bila anak terjatuh dan terhantuk kepala ni.
Bila anak terhantuk je terus tengok anak kita ada muntah muntah teruk ke tak, ada pengsan ke tak, ada benjolan yang terlampau besar atau luka yang dalam ke tak, ada sawan ke tak, lemah anggota badan ke tak, ada cairan keluar daripada hidung dan telinga ke tak. Kalau ada, takyah fikir apa dah. Terus bawa jumpa doktor.
Kalau lepas terhantuk, anak sambung tidur, kejut kejut la juga anak sekali sekala untuk periksa dia. Kalau ada perubahan yang dicurigai macam pernafasan jadi terlalu laju atau tiba tiba tangan dan kaki jadi lembik atau muntah tak berhenti, terus je ke hospital.
INI SEBABNYA IBU AYAH KENA ALERT
Cedera otak yang kita paling takut sebenarnya sebab kadang kadang benda tu boleh terjadi secara cepat tapi ada juga kes pendarahan otak tu terjadi secara lambat dan perlahan lahan.
Tolong bagitahu benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain juga ye sebab ramai lagi yang tak tahu benda ni.
Nota kaki : Ajak pasangan kita belajar ilmu parenting sekali. Kalau nak belajar ilmu parenting free tiap hari boleh ke telegram channel saya. Ada 140 ribu mak ayah kat dalam tu. Klik je link ni untuk ke sana ? t.me/NotaTaufiqRazif