1 Ramadan, pastinya ramai antara ketua keluarga telah memberanikan diri menjadi imam solat tarawih bersama isteri dan anak-anak di rumah.
Walau bacaan surah tidaklah semerdu ustaz bahkan sekadar diulang-ulang surah 3 Qul yang dihafal, namun sebagai makmum kita syukurinya.
Jangan pula disindir, dan jadikan pengajaran daripada perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh ini.
Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.
Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.
Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,
Ads
“Abang. Saya tak kisah abang ulang baca ‘Qulhuallahu ahad’ pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.
Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah.”
Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.
Ads
Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.
Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.
Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.
“Irfan, ini adalah ibu,” ungkapan pertama seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla pada Khamis.
Dengan linangan air mata, ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand. “Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Bernama. Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas. Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut. Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.
Tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi membantu para pelajarnya mengenal mengenai kehidupan.
Sebagaimana perkongsia seorang guru ini, Muhammad Yusof menceritaka usahanya membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Tak semua student asrama saya orang senang. Ramai juga yang parentnya orang susah.
Duduk asrama ni makan bayar seringgit je sehari untuk 5 kali makan. Ya, 5 kali makan hanya bayar seringgit je sehari. Mana nak dapat kalau makan kat luar kan?
Kadang ada dikalangan dorang yang takde duit syiling nak telefon atau kadang ada antara dorang yang keputusan duit. Yelah, tengok kawan makan kat kantin sekolah, dorang pun teringin nak makan tapi duit takde.
Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk dorang. Caranya saya masukkan duit seringgit, seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana student yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa banyak yang dorang nak ambil. Saya cukup risau kalau student asrama kelaparan.
Dan yang bagusnya budak-budak saya ni, dorang ambil berapa yang dorang rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa kat dorang. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Pelajar tu jawab ‘saya ingat kat kawan-kawan saya juga cikgu, biar sama-sama rasa..’.
Alhamdulillah. Benda yang saya suka bila jadi warden ni ialah tentang kemenjadian murid.
Dan, syukur budak-budak asrama saya semuanya baik-baik. Moga mereka jadi anak soleh, anak solehah yang membahagiakan parent mereka dunia akhirat
[Nota: saya tulis ni bukanlah nak bagitau saya cikgu terbaik ke apa cuma sekadar berkongsi tentang macamana kita nak bantu anak murid kita yang susah. Kesusahan is real, tuan, tuan dan puan, puan. Kalau ada manfaatnya kita sama-sama sharelah ya, moga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita.]
Sumber:
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Bahagia itu tidak perlu mahal. Bahagia itu hanya perlu rasa cukup. Bahagia itu terkait dengan Syukur yang menjadikan kita bahagia. Kenyataan daripada Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 menyatakan bahawa merekodkan bahawa rakyat Malaysia berada pada tahap ‘Bahagia’ .
Ia jelas terbukti apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Menurut Laporan MHI yang julung kali dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Labuan merekodkan skor 9.29 iaitu ‘Sangat Bahagia’, manakala 11 negeri beserta Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan skor pada tahap ‘Bahagia’, dan Melaka serta Selangor pula berada pada tahap Sederhana Bahagia.
Katanya lagi, secara keseluruhannya penduduk Malaysia berada pada tahap bahagia walaupun negara berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, pada tahun pelaksanaan Survei MHI 2021.
Difahamkan bahawa laporan MHI itu dilaksanakan dari September hingga November 2021 melibatkan 42,446 responden dari seluruh negara, dan dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR) dan Human Development Index (HDI).
Untuk menentukan rakyat Malaysia berada tahap bahagia beberapa kriteria dilakukan ia termasuk kajian yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan penduduk Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual itu dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 – 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 – 4.00 tidak bahagia; 4.01 – 6.00 sederhana bahagia; 6.01 – 8.00 bahagia dan 8.01 – 10.00 sangat bahagia.
Menurutnya kajian MHI itu mengandungi 73 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen iaitu keluarga; perumahan dan alam sekitar; penyertaan sosial; kesihatan; kemudahan komunikasi; pendidikan; persekitaran kerja; pendapatan; keselamatan awam; penggunaan masa; amalan kerohanian; kebudayaan dan pengalaman emosi.
Beliau berkata 13 komponen berada di tahap Bahagia dengan mencatatkan skor antara 6.04 hingga 7.23 seperti keluarga dengan skor 7.23, amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75).
Katanya skor MHI mengikut strata bandar dan luar bandar di Malaysia berada pada tahap Bahagia iaitu masing-masing pada skor 6.46 dan 6.54.
Dari segi jantina, perempuan mencatatkan skor MHI lebih tinggi iaitu 6.49 berbanding lelaki dengan skor 6.46.
Mohd Uzir berkata berdasarkan laporan MHI itu, skor antara Warganegara dan Bukan Warganegara tidak jauh berbeza dengan masing-masing mencatat skor 6.49 dan 6.32.
Bukan Warganegara Pun Bahagia
“… maknanya mereka (bukan warganegara) juga dapat menjalani kehidupan seperti rakyat negara kita. Ini satu penemuan menarik yang boleh kita tunjukkan dengan negara-negara lain, bahawa dari segi Indeks Kebahagiaan antara warganegara dan bukan warganegara tiada elemen diskriminasi.”
Beliau berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ke 79 daripada 146 negara dengan skor 5.384 dalam laporan World Happiness Report 2021.
Mohd Uzir berkata MHI itu penting sebagai input dalam penilaian tahap kebahagiaan rakyat Malaysia di peringkat nasional dan negeri yang dapat digunakan dalam mencapai kemakmuran dan masyarakat yang inklusif.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...