Bila ditanya bagaimana trik yang anda gunakan untuk memastikan anak-anak dapat menunaikan ibadah solat dengan sendirinya tanpa disuruh-suruh, tentu setiap antara kita ada caranya yang tersendiri.
Namun diakui juga, terkadang usaha itu berjaya dan tidak kurang juga tidak terkesan di hati anak-anak. Maklumlah budak-budak, fikirannya belum matang.
Jadi di sini dikongsikan kaedah boleh digunakan sepertimana yang dipraktikkan oleh Ustazah Isfadiah. Menariknya trik ini, beliau menggunakan kaedah kiraan kalkulator.
Bagaimana dan apa hujjahnya, jom kita sama-sama hadam dan bolehlah dipraktikkan.
Solat dan kalkulator.
Tetiba saya teringat pengalaman sewaktu nak biasakan anak saya untuk solat, di usianya tujuh tahun. Waktu itu sebagaimana biasa saya mengajaknya untuk solat zuhur.
Dia bangun dalam keadaan merungut-rungut sambil berkata “Asyik solat, solat, solat!”.
Saya tersenyum dan dalam kepala teringat kakaknya juga dulu pernah tawar menawar solat asar nak buat 2 rakaat sahaja.
Saya tanyakan dia apa perasaannya jika saya umminya ucapkan terimakasih bila dia buat benda baik, dia jawab “I am happy!”. Saya tanya lagi “tau tak berapa banyak nikmat Allah kita ambil secara free?” Segera dia jawab “banyak”, saya tanya lagi pernah tak dia kira berapa banyak oksigen dia hirup? Dia geleng kepala. Saya minta dia ambil kalkulator, “jom kita kira berapa banyak kita ambil oksigen Allah sehari!” Nampak dia sangat excited.
“Okey picit 24 (jam) darab 60 (minit) berapa jawapannya? Dia jawab “1440”. Saya kata “setiap hari ada 1440 minit!”, “Sekarang darabkan minit dengan saat, 1440 x 60 ada berapa?” Saya tanya lagi. Anak lelaki saya kemudian tunjukkan saya kalkulator yang tertera di skrin nya nombor 86 400. Tak tahu sebut lah tu! “Banyak tak?” Saya tanya lagi dan Dia angguk.
Kemudian saya jelaskan padanya, kalau setiap saat kita ambik oksigen Allah begitulah jumlah banyaknya oksigen yang kita sedut 86 400! kita ambil dengan free tau! Tak payah bayar! Kita hanya perlu ucap terimakasih sahaja pada Allah. Dan cara terimakasih yang paling Allah suka adalah dengan solat, itu belum kira nikmat penglihatan, pendengaran, degup jantung, boleh jalan, kerdip mata. “Isyk banyaknya nikmat tu, dan kita hanya perlu balas 5 waktu solat!!! Macam tak padan kan? Dia terdiam.
Kemudian saya kata lagi “so now! What should we do?” Dengan segera dia jawab “Solat! Lantas dia bingkas bangun dan panggil paksa adiknya untuk turut sama solat! Semenjak itu dia segera solat.
(Jangan risau tempoh suka segera solat ni bertahan hanya seminggu je!) Lepas tu kena cari idea lain la pulak…
Mari kita ajak anak kita mengira nikmat Allah, sungguh tak akan terhitung bilangannya apatah lagi nilainya! dan berterimakasihlah dengan balasan ketaatan kita pada Allah. So Manfaatkanlah kalkulator di rumah.
sumber : Isfadiah