“Solat jemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Lantas dalam merebut pahala solat berjemaah, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga.
Pun begitu, perlu difahami dalam hal menentukan kedudukan makmum. Ini dijelaskan untuk pemahaman bersama.
Suami isteri solat berjemaah
Bila isteri sahaja menjadi makmum, pastikan kedudukan isteri betul-betul dibelakang suami seperti gambar di bawah.
Pun begitu, andai isteri berada di bahagian belakang sisi kiri atau kanan, maka makruh hukumnya.
Manakala jika suami mendirikan solat bersama dua anak lelakinya, begini pula kedudukannya.
Anak perlu berdiri dibelakang imam dan pastikan anak kedua pula berdiri di sisi kanan makmum yang pertama tadi.
Pun begitu jika kita anak beranak solat bersama, pastikan anak lelaki berdiri di sebelah kanan ayahnya dan ibu sebagai makmum pula berdiri selari di belakang anak lelaki.
Secara umumnya, posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah ada 8 posisi.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memberi pencerahan untuk kita sekeluarga dirikan solat berjemaah bersama-sama.
Sumber : Tweet Islamik
Resipi Ayam Goreng Garing Diluar Tapi Juicy Di Dalam. Masukkan 3 Bahan Ini Sahaja
Siapa tak suka makan ayam goreng? Dari kecil sampailah dewasa, menu ini sentiasa menjadi pilihan.
Makan ayam goreng dengan nasi pun dah cukup meningkatkan selera makan selain mudah untuk disediakan.
Namun ayam goreng ini ada pelbagai jenis resipi untuk dihidangkan. Paling mudah, lumurkan sahaja ayam dengan kunyi dan garam.
Namun jika anda tambah tiga bahan ini dijamin anda akan kerap goreng ayam menggunakan resepi perkongisan dari Nurul Ateekah ini.
Rasa serapanya sampai ke bahagian daging ayam, selepas digoreng ayam garing diluar, juicy di dalam dan rasanya lagi sedap dari biasa.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
BAHAN-BAHAN :
- ½kilo ayam(bhgian kepak)
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk Kari ikan
- Serbuk perasa 1 sudu kecil
- Garam ½ sudu kecil
- Bawang putih 2 ulas ditum.buk halus
- Minyak masak
CARA-CARA PENYEDIAAN :
Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai isi. Bila g0reng, hasilnya jadi garing di luar, juicy di dalam.
Saya jamin siapa yang cuba ayam g0reng cara ni mesti akan rajin g0reng ayam! Selamat mencuba.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak Cantik Dengan Minum Air Rebusan Herba, Sila Masak Dalam Periuk Nasi. Itu Cara Paling Mudah & Selamat!
Menyediakan air rebusan untuk tujuan kecantikan dan penjagaan dalaman wanita semua maklum memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Malah perlu juga kawalan api agar air rebusan tersebut tidak pula menjadi kering kontang atau lebih teruk terbakar pula dek kerana lalai.
Pun begitu, tahukah anda, ada cara yang lebih mudah dan selamat boleh dipraktikan bila anda menyediakan air rebusan ini. Lain tidak bukan adalah dengan memasak menggunakan periuk nasi!
Tip Rebus!
Step 1 : Gunakan saja Rice Cooker dan biar saja penutup dibuka. Kemudian tekan COOK.
Step 2 : Kemudian biar sehingga rebusan surut pada sukatan yang anda mahukan. Setiap no.yang ada periuk mewakili 1 cawan. Jadi lebih mudahkan.
Dan ini pula resipi air rebusan serai dan halia yang boleh anda sediakan. Minuman ini baik untuk menghilangkan angin dalam badan.
REBUSAN SERAI DAN HALIA
Bahan-bahan:-
3 batang serai
4cm halia
2cm kunyit (wanita sahaja & ibu kunyit lagi power)
Cara penyediaan:-
- Bersihkan semua bahan-bahan. Tidak perlu diketuk hanya hiris besar halia dan kunyit.
- Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air. Tunggu suam,diminum selepas makan tengah hari.
Ekstra info :
Kunyit terdapat dalam rebusan sesuai di campur hanya sebulan sekali sebelum/selepas datang haid. Mak pantang boleh campurkan seminggu sekali. Sangat elok merawat rahim dan mengecutkan.
Khasiat : Rebusan ini seeloknya dibuat sekali seminggu atau bila perlu sehingga badan sihat. Sangat sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih, lenguh badan, kolestrol tinggi, sakit urat-saraf,membuang toksid dan lemak. Amalan penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan.
“Baru Kehilangan Bapa, Gagal Hubungi Ibu Di ICU…”Kanak-kanak Ni Cekal Jalani Kuarantin Sendirian, Buat Ramai Rasa Sebak!
Kehilangan orang tersayang cukup memeritkan, hanya dengan rasa reda dan tabah sahaja mampu untuk seseorang itu berasa kuat menerima ujian kehilangan orang tercinta. Namun apalah daya bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ini. Sungguh tidak dapat dibayangkan betapa berat ujian yang sedang dilaluinya.
Baru sahaja kehilangan ayah tersayang angkara Covid-19, gagal pula untuk menghubungi ibunya yang di ICU. Terpaksa pula bersendirian di rumah jalani kuarantin kerana dirinya juga positif covid-19. Semua ini bukan mudah untuk ditempuh buat kanak-kanak yang bernama Arshad. Sungguh tabah dan cekal hatinya!
Dugaan Yang Cukup Berat
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian dirumahnya, selepas swab test kedua positif covid19.
Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja meninggal dunia kerana covid19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif covid19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ditahan di hospital berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.
Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi sumbangan makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini. Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.
Gagal Hubungi Ibu Di ICU
Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ICU sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja kehilangan bapanya.
Keep Strong Arshad. Hugs dari jauh
Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.
Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan sumbangan buat adik Arshad.
Sediakan Tempat Kuarantin Khas
Dicadangkan kepada Kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak positif covid19 yang ibubapanya di ICU, supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan rawatan, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit covid19 kritikal dari dalam kalangan ibubapa muda semakin meningkat.
Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang kehilangan ibubapa di Malaysia. Pasca Covid19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.
Andainya kita mahu memberi sumbangan, berilah sumbangan kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.
Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua pesakit Covid19 yang berada di ICU.
This news really broke my heart..
Sumber/Foto : Dr. Kayra/ NGO PETAK
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Caranya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club