Ini barulah dinamakan ‘Beauty With Brain’. Sudahlah cantik bijak pula tu kan. Sejuk perut ibu mengandung. Bukan hanya membanggkan ibu bapa, bahkan turut mengharumkan nama negara di mata dunia. Wah bukan calang-calang orang ni.
Ini adalah perkongsian mengenai anak seorang pembaca berita popular zaman 90-an iaitu Azura Abdul Karim. Menurut sebuah laporan, Sarah Amanda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya di Universiti Of Wales, England. Berita tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji dan kagum dengan kebijaksanaan anak Azura ini.
Sarah Amanda Sahrudin, 21 yang tamat pengajiannya Julai lalu mendapat kepujian bagi subjek Perakuanan dan Kewangan di universiti berkenaan.
Lebih membanggakan pasangan Azura dan suaminya, Sarah ketika berumur 18 tahun sudah pun menamatkan pengajian dan memiliki Sijil Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dalam masa yang singkat. Wah, untungnya ada anak bijak macam Sarah ni kan.
Nak berjaya bukan mudah dan menurut Sarah kena berusaha giguh terlebih dahulu.
Bagi yang ingin berjaya sepertinya, Sarah ada berkongsi tip belajar.
Sarah akan habiskan masa dari pagi hingga ke malam dengan mengulang kaji pelajaran kerana mahu menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun. Malah, dia sanggup duduk di meja untuk belajar sehingga tengah malam semata-mata untuk menelaah pelajaran.
Pada awalnya, anak keempat dari enam beradik ini tidak berhasrat untuk menyambung pengajian di dalam bidang perakaunan, namun cadangan ayahnya itu disambut baik usai melakukan solat istikarah.
Kata Sarah, resipi kejayaannya adalah kena beri tumpuan dan keutamaan kepada tugasan yang diberikan pensyarah selain belajar secara berkumpulan.
Baru tamat pengajian, sudah ada tawaran bekerja yang menanti sebagai Juruaudit di Firma Audit Antarabangsa KPMG.
Menurut Sarah, dia akan bekerja sambil belajar untuk mendapatkan Sijil Persatuan Akauntan Berkanan (ACCA).
Tahniah diucapkan kepada Sarah dan semoga kejayaan sentiasa mengirimu.
Sumber: Mstar