Sekiranya Syawal yang lalu, ada ketua rumah yang kekok untuk menjadi imam Solat Sunat Aidilfitri, kini sekali lagi perasaan gementar kembali bertandang di hati menjelang Raya Haji yang bakal disambut esok hari iaitu pada 20 Julai 2021.
Memandangkan tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dek kerana kekangan bagi menjaga SOP. Begitulah jika namanya raya, rasa macam tak kena kalau tak buat solat hari raya.
Jadi buat ketua keluarga bolehlah jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda bersama isteri dan anak-anak untuk mendirikan solat sunat Aidiladha di rumah.
Dikesempatan ini KELUARGA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambutnya di dalam suasana yang lebih meriah dengan dapat berkumpul beramai-ramai di masjid menunaikan solat secara berjemaah. Amin…
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Ads
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ◎ Rakaat Pertama
– Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
– Membaca doa iftitah.
– Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
◎ Rakaat kedua
– Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
– Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
– Memberi salam.
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
KHUTBAH AIDILADHA 2021-JAKIM (EDISI BACAAN DI RUMAH)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Nak gembirakan hati seorang isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Cukup hanya menjaga mereka dengan baik dan berikan kasih sayang tulus ikhlas dari seorang suami.
Ringankan beban mereka, tak dapat banyak, sedikit sudah memadai bagi seorang isteri. Inilah pesanan Ustaz Ebit Lew buat semua suami.
Katanya kita mungkin tak dapat menolong semua orang tetapi cuba usahakan untuk menolong isteri, orang paling terdekat dengan kita. Usaha untuk ringankan bebanannya.Win!
Tolong isikan minyak dan pamkan tayar kereta isteri pun, isteri cukup berterima kasih pada suami. Sayang sampai syurga.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula.
Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak..
Meh saya tunjukkan. Saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari beg. Sambil cakap aduh camne yer, kesian sangat tengok wajahnya penat,letih,lesu. Begitulah ramai wanita di luar sana.
Saya kata takper kak, saya dah bayar. Akak isi penuh jer, “ish..takperlah..ish takper kak”. Saya dah niat dah.
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz, saya memang ada masalah tak ada duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.
Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu, sekarang pun ada juga rasa begitu.
Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis.
Duit takde. Barang tertinggal, kuatnya seorang wanita. Kadang-kadang terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah..
Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kesian bidadari saya penat jer.
Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang- kadang basuhkan kereta sekali. Selit duit sikit dekat dompet isteri sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.
Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. “Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang”.I love u too sayang bidadariku.
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah. Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia dan akhirat sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri. Ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik.
-Ebit Lew
Kredit: Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guna Asam Keping Ni Buat Mandi Nak Hilangkan Kecacingan Anak, Petua Turun Temurun Yang Ramai Tak Tahu.
Apabila adanya cacing dalam tubuh boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak.
Alasannya, cacing yang ada di dalam tubuh akan menyerap zat makanan anak yang ada dalam sel-sel darah dan usus.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Biasanya anak yang mengalami masalah cacing ini dikatakan terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih atau sistem sanitasi yang kurang efektif.
Contohnya tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan. Makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Selain mendapatkan nasihat doktor untuk mengawal kecacingan ini, boleh juga mencuba petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu.
Sebagaimana perkongsian ini.
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping
2. Garam
3. Air
BEGINI CARANYA
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
as
Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Norma
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Kebiasaannya apabila meraikan Hari Raya Aidilfitri anak-anak adalah insan yang paling gembira, mana taknya selain dapat memakai baju raya baru, mereka juga akan mendapat duit raya.
Biasanya duit raya akan diberi pada pagi raya setelah bersalam-salaman atau ketika berkunjung ke rumah sanak saudara.
Lazimnya amalan memberi duit raya ini dianggap sebagai sedekah kepada kanak-kanak. Namun siapa sangka ada yang beranggapan ia bagaikan suatu perniagaan! Duit raya di kira sebagai keuntungan dan kerugian.
Sebagaimana perkongsian wanita ini meluahkan rasa terkejut apabila segelintir ibu bapa menjadikan duit raya bagaikan suatu perniagaan.
Tadi baca komen orang kat satu page ni, dia kata anak2 dia dapat duit raya setakat hari raya ke4 ni sebanyak RM800++. Untung dia kata.
Pastu dia sambung, “Anak dapat duit raya RM800++, tapi saya dah habis RM1,200++ bagi duit raya kat anak2 orang ” Sambil dia letak emoji menangis
Pastu ada perempuan komen, “Sebab tu jangan seronok anak korang dapat duit raya banyak, korang kena tengok jugak berapa duit korang keluar bagi duit raya. Kalau balik modal takpelah, kalau tak balik modal, nangis bucu katil”
Weh, dia buat macam pergi beraya ni macam pergi berniaga pulak, main keluar2 modal bagai
Rasa kelakar…. Tapi inilah jadinya kalau raya kita dijadikan pesta kumpul duit raya. Hilang tujuan utama pergi beraya untuk eratkan balik silaturahim.
Jangan lah fikir duit korang yang dah keluar bagi duit raya tu, tu semua dah jadi sedekah. Takkan dah sedekah pun nak menyesal Setahun sekali je kot. Tu pun nak berkira
Orang tak bagi duit raya pun tak payah nak rasa apa2 atau mengata. Bersilaturahim tu pun rezeki, memanjangkan usia. Raikan tetamu, jangan fikir kena keluar duit raya je… Kena ingat hadis ni :
“Jika ada tamu yang masuk ke dalam rumah seorang mukmin maka akan masuk bersama tamu itu seribu berkah dan seribu rahmat. Allah akan menulis untuk pemilik rumah itu pada setiap kali suap makanan yang dimakan tamu seperti pahala haji dan umrah.”
Kat komen tu siap ada yang check berapa duit raya anak dorang dapat. Dorang yang bukak sampul2 raya anak check berapa keluarga belah ni bagi. Tan Sri baca terus Tan Sri macam risau nak pergi beraya Risau kita bagi duit raya dipertikai pulak jumlah isinya
“Percuma aje agent cuckoo, nama Tan Sri pulak tu, tapi bagi duit raya RM1 je.”… Ah ghisau mak bapak zaman sekarang ni lah
#P/s : Ni duit raya tahun2 lalu punya masa raya pertama dan kedua je untuk anak2 sedara mara dan kawan2. Korang jangan pulak nak datang beraya tahun ni sebab nak duit raya ni ye Duit raya cuckoo dah takde, aircond cuckoo dengan penapis air cuckoo je ada.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.