Bersempena Hari Kemerdekaan ke 63, pihak Astro telah mengadakan beberapa kempen menerusi rancangan Go Shop. Menurut hos Go Shop, Rai atau nama sebenarnya Raianna A. Rahman, kempen ‘Jom Go Lokal’ Go Shop menawarkan potongan harga sehingga 63% kepada pembeli untuk produk terpilih, sepanjang tempoh tersebut.
“Bermula pada 7 Ogos yang lalu sehingga 30 September, setiap belian di Go Shop dan berbelanja lebih RM300, boleh guna kod Promo Lokal 30 secara automatik untuk mendapat diskaun RM30. Manakala untuk mereka yang berbelanja lebih RM500, boleh guna kod Promo Lokal 63 untuk menikmati diskaun sebanyak RM63.
“Selain itu, kami juga menjalankan kempen lain melalui program Dapur Malaysia bersama Pak Nil dan Rai yang turut disertai oleh Chef Nakhaee. Program ini akan ke udara sebanyak 9-10 episod. Rancangan ini bersiaran selama sejam setiap Khamis bermula jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Astro Ria HD (saluran 104).
“Dalam rancangan ini akan menampilkan produk jenama tempatan, sekali gus menunjukkan kami juga menyokong inisiatif pihak kerajaan dalam menggunakan produk jenama tempatan,” jelas Rai sambil memberitahu penonton juga boleh berinteraksi bersamanya dan Pak Nil menerusi Instagram Go Shop iaitu @shopatgoshop.
Ads
Melalui rancangan ini juga, Pak Nil dan Rai akan menunjukkan betapa mudahnya menghasilkan makanan berasaskan menu Malaysia dari Semenanjung termasuklah Sabah dan Sarawak dengan menggunakan barangan jenama tempatan.
“Kerana itu ia dinamakan Dapur Malaysia. Jadi, nak tahu betapa mudahnya penggunaan produk ini yang dibawakan dari Go Shop, penonton jangan ketinggalan menonton rancangan ini. Memang menarik kerana ia membantu ibu-ibu di luar sana untuk variasikan menu di dapur.
“Antara produk yang digunakan termasuklah Nakada Air Fryer yang merupakan produk jenama tempatan. Ia alat yang membantu menggoreng makanan dengan menggunakan minyak yang minima atau langsung tidak menggunakan minyak.
Ads
“Produk ini ditawarkan pada harga promosi istimewa RM199 dengan kapasiti yang cukup besar. Jadi, untuk ketahui lebih lanjut berkenaan produk ini kena tengok Dapur Malaysia bersama Pak Nil dan Rai pada 10 September nanti.
“Selain itu, turut ditawarkan adalah produk Mind Galaxy Air Cooler serta AT& IN Pillow . Bagi anda yang suka bersenam dan kekal aktif, kami tawarkan Zero eC Run Treadmill. Produk-produk yang ditawarkan ini merupakan jenama keluaran tempatan.
“Setiap produk ini ditawarkan dengan harga mampu milik dan berkualiti serta selamat digunakan di rumah. Malah ia juga menjimatkan tenaga,” Ujar Rai sambil mengakui sasaran kempen ini adalah untuk suri rumah selain penonton Go Shop.
Menerusi kempen ini juga, pelbagai produk rumah tangga, fesyen, kecantikan, gaya hidup Islam, makanan dan kesihatan ditawarkan khusus buat penonton Go Shop.
Ads
Bagi mereka yang berminat untuk dapat diskaun, bolehlah sertai kempen atau promosi Jom Go Lokal. Promosi ini berlangsung di saluran Astro iaitu Go Shop RUUMA (saluran 118), Go Shop GAAYA (saluran 120), saluran 111 dan saluran berbahasa Mandarin Go Shop iaitu 303.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan produk Go Shop yang terkini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun sudah seminggu sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula, namun masih ada lagi murid yang belum dapat mengesuaikan diri. Perkara ini amat merisaukan ibu bapa terutamanya yang bekerja.
Mereka sukar untuk menguruskan anak-anak jika perkara ini masih berteruskan dan ianya juga akan menggangu pembelajaran kanak-kanak tersebut.
Bagi seorang ibu, gara-gara anaknya selalu menangisdan enggan ke sekolah, dia telah ‘menggertak’ anaknya itu dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis.
Ianya dipercayai berlaku di satu daerah di Sarawak menerusi loghat bahasa yang digunakan dalam perbualan tersebut.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq telah memaparkan kejadian lucu tersebut bersamakanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.
Abang Polis Pun Sama-Sama Berlakon
Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi ini dan sama-sama ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.
“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit untuk se sekolah selepas ini.
Video yang dimuatnaik oleh wanita ini telah mendapat tontonan yang banyak di aplikasi TikTok. Ramai yang terlibur melihat aksi dua beranak tersebut dan ada juga yang mencuba tip yang dilakukan oleh ibu tersebut kepada anaknya yang mempunyai masalah yang sama, tidak mahu ke sekolah.
Kelibat suami kepada pelakon Faezah Elai yang juga pengarah terkenal iaitu Heykal Hanifah meraih perhatian ramai apabila tampil kurus.
Memetik Harian Metro, Heykal menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia membuat pembedahan bariatrik atau potong usus, sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat.
“Potong usus? Tidak ada masa nak buat. Buang duit saja. Kalau boleh buat cara yang mampu iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, buat saja. Tapi kalau mampu dengan cara pembedahan, terpulang. Masing-masing punya selera dan pilihan,” katanya.
Menurut Hekyal, beratnya kini mencapai 75 kilogram, dia mengamalkan diet pemakanan dengan memakan 10 hingga 12 biji telur sehari serta tidak menyentuh nasi sejak tiga tahun lalu.
Selepas itu ambil keputusan, lagi pula anak-anak kecil lagi dan masih sekolah, takutlah kalau jadi apa-apa masalah atau sakit.
“Dengan kesedaran itu, saya dan isteri ambil langkah amalkan gaya hidup sihat iaitu diet. Macam-macam diet saya buat dari segi pemakanan. Isteri yang banyak uruskan pemakanan saya sampai sekarang. Saya tahu kalau lapar, dia buatlah apa yang patut. Cuma, tahap kelaparan tak macam dulu.
“Sepanjang diet hingga sekarang, teruk juga menu saya. Ada sampai tiga bulan makan telur saja setiap hari iaitu 10 hingga 12 biji sehari dengan pelbagai jenis masakan. Hinggakan saya terkena penyakit Gerd disebabkan diet teruk.
“Tapi sekarang alhamdulillah okay dah selepas jumpa doktor dan diberikan ubat. Doktor juga menyarankan menu yang boleh dimakan. Dalam masa sama, saya juga tak makan nasi dari 2019 sampai sekarang,” katanya.
Kalau dulu berat badannya lebih 100 kilogram sering membuatkan dia mengalami masalah sakit pinggang dan sukar ketika menunaikan solat.
“Ketika berat masih lebih 100kg nak solat dan duduk antara dua sujud pun susah. Saya juga sakit pinggang sebab terlalu berat.
“Nak tengok perkembangan badan saya semua ada di Intagram. Siapa ‘follow’ saya memang nampak perkembangan. Tidak adalah mendadak turun. Mungkin lepas ni kalau tak jaga naik balik, tapi tak nak lah.
Katanya lagi, dia juga berharap dapat meneruskan gaya hidup sihat yang diamalkannya kini.
“Tahap kolestrol, kencing manis, dan lain-lain semua dah normal. Sebelum ni semua di tahap ‘border’. Alhamdulillah sekarang dah okay dan semoga dapat teruskan gaya hidup sihat ini,” katanya.
Sejak gambar si kecil ini dimuat naik menerusi media sosial milik ibu dan ayahnya, rata-rata memuji akan kecomelannya. lebih-lebih lagi mata miliknya yang berwarna ‘kelabu’ cukup memikat sesapa sahaja yang memandang.
Bukan itu sahaja, kaletah si kecil bernama Shariq Gabriel yang juga putera sulung kepada pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Terbaru, Shariq kelihatan begitu tenang dan sedang asyik menghayati alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh ayahnya atau dengan panggilan manja ‘baba’ ketika mendodoi bayi comel itu untuk tidur.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...