Soket elektrik dalam bas dipasang untuk memberi kemudahan kepada penumpang, tetapi pemasangan ini harus mematuhi piawaian keselamatan tertentu. Pemasangan elektrik yang baik perlu dilakukan oleh juruteknik bertauliah untuk memastikan tiada risiko litar pintas atau masalah lain yang boleh mengancam keselamatan penumpang.
Soket Elektrik Dalam Bas, Adakah Selamat Digunakan
Soket yang dipasang dengan betul akan diuji bagi memastikan ia dapat menampung voltan yang diperlukan dan tidak mudah panas atau rosak.
Kejadian yang meragut nyawa remaja ketika mengecas telefon bimbit di dalam bas menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan kemudahan elektrik dalam pengangkutan awam.
Jangan Sampai Nyawa Melayang
Menurut Prof. Dr. Sawal Hamid dari UKM, renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi 220/240V dalam bas tersebut, bukan dari pengecas USB yang biasanya beroperasi pada voltan rendah.
Beberapa bas ekspres dilengkapi dengan ‘inverter’ yang menghasilkan arus 240V AC untuk menyediakan kuasa seperti di rumah. Namun, tanpa penyelenggaraan yang baik, risiko bahaya boleh wujud, terutama jika ada masalah pada pendawaian atau soket yang rosak.
Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati:
Ads
• Elakkan menggunakan soket elektrik dalam bas jika kelihatan longgar atau rosak.
• Pastikan peranti anda dalam keadaan baik sebelum mengecas di tempat awam.
• Jika ada keraguan, lebih baik berhati-hati daripada mengambil risiko.
Mungkin sudah tiba masanya syarikat bas dan pihak berkuasa memperketatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap kemudahan elektrik dalam bas. Keselamatan pengguna perlu menjadi keutamaan.
Sebagai langkah pencegahan, syarikat bas mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggantikan soket 240V dengan soket arus rendah, seperti USB 5V, yang lebih selamat untuk mengecas peranti elektronik. Dengan cara ini, risiko renjatan elektrik yang boleh menyebabkan maut dapat dikurangkan.
Secara umumnya, soket elektrik dalam bas adalah selamat untuk digunakan, asalkan pengguna berhati-hati dan mengikut langkah-langkah keselamatan yang disarankan. Pemasangan yang mematuhi piawaian keselamatan serta penggunaan peranti yang betul akan mengurangkan risiko yang mungkin timbul.
Oleh itu, penumpang boleh menikmati kemudahan mengecas peranti di dalam bas, tetapi hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri serta penumpang lain.
Kembar yatim piatu berjaya genggam ijazah, balas jasa nenek, ayah meninggal kemalangan, ibu kanser paru-paru. Pasangan kembar S Yamuna dan S Yasoda, 23, berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas melalui perlbagai cabaran.
Kembar Yatim Piatu Berjaya Genggam Ijazah
Pasangan kembar dari Dengkil, Selangor ini dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil selepas ayah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2006 dan ibu pula pergi buat selamanya tiga tahun selepas itu akibat kanser paru-paru.
S Yamuna berkata, sekali lagi mereka diuji dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2010 yang menyebabkan datuknya meninggal dunia.
Balas Jasa Nenek
Jelasnya, dia bersama kakak dan abang kemudiannya dibesarkan oleh nenek dan banyak bergantung dengan bapa saudara dan bantuan bulanan diberikan kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan UTM.
Ayah Meninggal Kemalangan, Ibu Kanser Paru-paru
‘’Nenek, A Letchumy, 70 merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 di sini pada Rabu.
Pasangan kembar yang turut memperoleh Anugerah Dekan berkata, meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang akauntan.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Hetty Sarlene kongsi gambar terkini bersama suami dan anak, “Comel betul dua beradik tu.” Hetty Sarlene, penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, berkongsi gambar bersama suami dan anak-anaknya.
Hetty Sarlene Kongsi Gambar Terkini Bersama Suami & Anak
Kecomelan dua orang anak lelakinya mencuri perhatian warga maya. Untuk info, Hetty baru sahaja menimang cahaya mata keduanya pada 25 Jun yang lalu. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
“Comel Betul Dua Beradik Tu”
Anak kedua Hetty diberi nama Hayden Ashton Oakes. Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty mendapat perhatian para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri, di lihat menyambut hari jadi anak mereka yang ke-7 iaitu Jeanelle Nika Mandagie. Nyata menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagian anak kesayangan mereka.
Melalui perkongsian di Instagram milik Nina telah memuat naik video bersama Jovian dan Jeanelle berserta kapsyen ucapan hari jadi buat anaknya kala status hubungan mereka telah berubah.
“Ayahnya tiada pada hari lahirnya tahun lepas, jadi kami memberitahu ayahnya hanya akan kembali untuk makan malam hari jadinya tahun ini.”
“Saya memberitahunya dia (Jeanelle) boleh berjaga lewat kerana ia adalah malam hari lahirnya, tetapi semua kejutan hanya akan bermula hari ini.”
“HAPPY 7TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.”
“Daddy dan mommy mungkin mempunyai perbezaan pada ini, tetapi satu perkara yang pasti ialah kami akan sentiasa bersama mu.”
“Rain or shine you know you can count on us and abah. We love you so much sayang!”
NETIZEN PUJI CARA NINA & JOVIAN
Usaha Nina dan Jovian ini untuk mencipta momen bahagia dan istimewa untuk anak mendapat pujian para netizen.
“Pasangan contoh..walaupun dh xbersama tp masih bersama memberikan yg trbaik utk anak mereka..good job Nina & Jovian.”
“Mereka berpisah tetapi tetap bersikap profesional di hadapan anak mereka “Warmest love and hug to this beautiful relationship.”
“Awesome co parenting. Happy birthday little one.”
“Happy birthday princess! But y am I crying to this!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.