Sofizah Mousin, Cikgu Geografi Buat Latihan Taranum Dalam Kereta & Ni Fakta Lain Tentangnya Ramai Tak Tahu!

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Meskipun sudah tiga kali guru Geografi ini menyertai pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) sebelum ini.

Namun siapa sangka, dengan semangat dan usaha gigihnya itu, Cikgu Sofizah Mousin yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini telah dinobatkan Johan Qariah Kebangsaan 2022 dalam MTHQK yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor, baru-baru ini.

Kejuaraan yang diraih cukup membanggakan negara dan sekali gus mencuri tumpuan wargamaya untuk mengenali lebih dekat wanita bertubuh genit ini yang juga merupakan ibu kepada 2 ORANG anak perempuan, di atas usahanya melakar kejayaan.

Cikgu Sofizah Mousin, 33 berkata, kemenangan tersebut ternyata mengejutkan namun dia menganggap ia adalah rezeki yang cukup besar buat dirinya sekeluarga.

Kenali Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa?

Wanita berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi, seorang ibu kepada 2 orang anak.

Walaupun beliau mengajar subjek Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi.

Semasa sekolah menengah, beliau mula mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran Al Quran. Keluarganya juga memberi support yang kuat kepada Sofizah untuk terus belajar.

“Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari, ”bagitahu Sofizah Mousin.

Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je.

Selain latihan intensif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud.

Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga.

Bila ditanya apa tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, “Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. Percaya bahawa setiap huruf yang kita baca itu, Allah kurniakan pahala. Allah juga akan kurniakan ketenangan dalam kehidupan… “

Manakala meninjau perkongsian Nani Yaacob yang juga merupakan kakak ipar kepada Sofizah Mousin ada menyenaraikan 8 formula kejayaan adik iparnya itu. Tulisnya;

8 Formula Kejayaan Johan Qariah Antarabangsa – Sofizah Mousin.

Begini kisahnya nak jadi juara dunia….Hmmm..tetiba femes! Macam tu lah jadinya bila dah jadi Juara Qariah Majlis Tilawah Antarabangsa yang ke 62.

Mungkin ramai yang tanya, macam mana persiapan adik ipar cik kak – Sofizah Mousin ni nak jadi juara dunia? Ni cik kak nak share sikit…

13 Tahun Mula Serius 

Sofizah ni atau kami panggil Lily atau anak-anak buah dia panggil Auntiy Lily..memang ada bakat dalam menyanyi dan mengaji dari kecil-kecil lagi. Dulu-dulu, time raya mesti kami suruh dia karoks. hehe..Lagu Siti Nurhaliza jadi pilihan dia.

Sebenarnya, dari umur dia 13 tahun dia dah mula serius dengan tilawah. Dia join kelas tarranum, kelas tajwid dan join macam-macam competition- peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan.

Banyak air mata, banyak gelak tawa juga.

So ni cik kak nak share sikit, dari pemerhatian cik kak selama 23 tahun bergelar kakak ipar Juara Qariah Peringkat Antarabangsa- macam mana nak jadi Juara Peringkat dunia…

1) Start now! Start small tapi konsisten. Sofizah dah start dari umur dia 13 tahun. So sekarang dia dah 33 tahun. 20 tahun ambik masa untuk jadi Juara Antarbangsa.

2) Jangan give up. Kalah banyak kali, jatuh banyak kali tetap bangkit dan cuba lagi.

3) Jangan takut nak berguru. Cari guru terbaik. Sofizah berguru sampai ke Kelantan. Walaupun masa tu dia tinggal di Sabah.

4) Sanggup korban apa saja. Tengok dia korbankan masa untuk prektis, korbankan masa untuk mengajar dan untuk family- tu memang champion punya level.

5) Passion terhadap impian – dah lama dia nak jadi juara antarabangsa. Dari bujang sampai kahwin sampai ada anak 2- dia tak pernah lupa impian dia. Ayat dia selalu cakap “Syoknya kalau jadi juara antarabangsa..”

6) Support. Dapatkan support dari yang rapat. Sofizah dapat support dari family. Doa mama yang tak pernah putus dan abang kakak serta ipar duai dari Sabah, Selangor, Kelantan..dari cikgu-cikgu juga rakan-rakan.

7) Apa pun jadi..jalan terus!

Nak cakap pasal dugaan..banyak sangat. Sakit pening, anak-anak tak sihat, kereta rosak, itu ini…haish..Kalau tak kuat hati memang boleh give up! Tapi dia tetap jalan terus…

8.) Sanggup hijrah.

Ni yang paling power. Dia sanggup hijrah dari Sabah ke Selangor demi nak rebut peluang lebih besar dan nak lebih dekat dengan guru-guru. In Shaa Allah.

Semoga kejayaan ni jadi inspirasi untuk semua.Dengan Izin Allah semuanya..Dan..percayalah, kita tak perlu lahir-lahir terus hebat untuk jadi juara dunia.

Sumber : Fb Nani Yaacob  & Fb syafiqsyahmi

 

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI