Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan suami Awal Ashaari telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan, pertengahan bulan Febrruari lalu.
Kehadiran orang baru dalam keluarga ini juga disambut gembira oleh anak sulungnya, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Terbaharu, menerusi muat naik instagram milik Scha berkongsi throwback perpisahan dengan Lara sebelum ke pusat perubatan untuk mengadakan persiapan untuk bersalin.
Video yang memaparkan riak wajah sedih Lara telah mengundang sebak dikalangan warganet termasuk rakan artis.
Lara yang terkenal dengan wajah ceria, lincah dan petah berkata, kali ini tampil dengan wajah yang sedih. Malah rakaman gambar jelas melihatkan tiada senyuman diwajahnya.
Nyata, jelas Lara meluahkan rasa kerisauan kepada ibunya, Scha yang meninggalkannya untuk melahirkan bayi. Begitulah kasih seorang anak buat ibu yang disayanginya.
Rata-rata warganet juga sebak melihat wajah sedih Lara apabila perpisahan sementara itu. Ada juga memberikan kata-kata semangat. Namun diakhir video, Lara kelihatan tabah bagaikan seorang kakak. Antara komen warganet
“So touching la syg..Don’t cry anymore ye LaraAlana..Love u & your family so much.
“Lara.. such a strong girl. Eventho she’s sad but she’s trying to be positive.
Ads
“Alaaaaa lara how sweet are u…dont cry aunty will cry also…u big girl now..
Percutian secara perkhemahan bersama keluarga kini menjadi aktiviti rekreasi pilihan ramai. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan aktiviti berkhemah atau camping adalah satu perkara yang wajib ada dalam senarai bagi seisi keluarga yang gemar dengan suasana alam semulajadi.
Berkongsi pengalaman dan keseronokan berkhemah, Puan Fatihah Ab bersama 14 ahli keluarganya ke Kuala Mu Sg Siput, Perak yang difahamkan telah pun melakukan perancangan rapi semenjak Oktober tahun lalu dan akhirnya berjaya menamatkan misi Trip Camping ke Pulau Desa Lestari, Pos Kuala Mu, Sg Siput bersama keluarga dengan jayanya pada 25-27 Feb yang lalu.
Ujarnya lagi meskipun sepanjang destinasi menuju ke lokasi dituju menemui pelbagai rintangan dan kesukaran, pun begitu seisi keluarganya tetap seronok dan nyata memberi kenangan dan pengalaman yang tersendiri sepanjang tempoh perkhemahan 3 hari 2 malam tersebut.
Untuk itu, ikuti coretan yang dikongsikan olehnya untuk info dan panduan bersama jika ada yang turut merancang untuk melakukan aktiviti perkhemahan di Pulau Desa Lestari.
Trip ke Pulau Desa Lestari, Pos Kuala Mu, Sg Siput. 25-27 Feb 2023
Singgah Lata Tengkoh, Penyell untuk tengok air terjun. Pergi balik kena hiking +-30 minit. Tapi apadehal, SIL hiking dengan pakai skirt je.
Lepas tu baru gerak masuk Kuala Mu. Sudah banyak baca review pasal difficulty jalan ni. Rupa-rupanya kereta sendiri hadap. Bayangkan dengan full load barang, jalan ke sana memang turun naik curam, tetiba bau hangit dah tak boleh gerak naik. Terpaksa la passenger semua turun nak kurangkan berat. Kena menapak sikit gais naik bukit.
Masa balik dah kurang load sikit dan tumpangkan sorang naik kereta lain. Tetap bau hangit tapi tak ada la langsung tak boleh gerak. Yang mabuk kenderaan, sila la makan ubat mabuk siap-siap. Confirm muntah kalau tak makan ubat.
Tapi puas hati bila sampai tengok view sangat cantik. Dapat la merasa juga sampai tempat ni walaupun susah. Mungkin first dan last datang sini.
Dekat sini banyak campsite tapi kitorang pilih Pulau Desa Lestari sebab tempat ni paling baru dan security lebih baik. Kebetulan dah ada tandas baru juga. Basic je tapi bersih.
Nak sampai Desa Lestari ni kena cross sungai. Kalau ada 4×4 boleh cross sungai. Kalau kereta biasa macam kitorang, boleh turunkan barang dekat jambatan. Nanti anak-anak buah CO tolong bawa barang. Yang datang sini wajib tempah makanan tradisi dorang tau. Sedap dan portion banyak. Sampai tak habis kitorang makan.
Makanan tradisi Orang Asli RM30/pax. Lauk ayam pansuh, sambal petai, sayur pucuk paku & ikan tengas goreng
Ada 2 aliran sungai dekat sini. 1 dari Cameron, 1 dari Kelantan. Ada orang cakap sungai dari Cameron lagi sejuk. Tapi sebenarnya dua-dua sejuk macam ais. Cuaca pun siang ke malam ke tetap sejuk dan berangin. Tidur complete pakai jaket, stokin dan sleeping bag Suhu masa subuh 18°c. So malam-malam tu taktau la cecah berapa suhu dia tu.
Ibu adalah insan yang begitu bererti buat kita semua. Sebagai anak, jagalah hatinya. Telah banyak berkorban dilakukan olehnya untuk kita.
Ini sebagaimana perkongsian dan peringatan daripada ustaz Khairul Anuar Basri ini.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sofea Jane tak sabar jadi nenek, anak sulung bakal bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.
Sofea Jane Tak Sabar Jadi Nenek, Anak Sulung Bakal Bersalin Akhir Bulan Ini
Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna, dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”
Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.
“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.
Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.
“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’ tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.
Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.