Baru-baru ini Farid Kamil menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun.
Walaupun diadakan secara sederhana dengan sambutan bersama isteri dan anak-anak namun tetap bermakna dan penuh kasih sayang.


Sambutan hari lahir itu dimuat naik oleh Diana Danielle menerusi laman instagramnya. Menerusi perkongsian tersebut, Diana memuat naik satu video di mana dia dan anak-anak Muhammad dan Nur Aurora menyanyikan lagu hari jadi buat Fraid Kamil.


Di dalam kapsyen yang dmuat naik itu, Diana menjelaskan kenapa ia dibuat beberapa hari lewat dari tarikh sebenar iaitu 5 Mei yang lalu. Menurut Diana, suaminya tiada di rumah kerana terbabit dalam penggambaran siti TV terbarunya.

Usai kepulangan suami tersayang, Diana menyediakan sepotong kek batik moden dengan lilin di atasnya untuk sama-sama meraikan hari jadi suaminya bersama anak-anak.

Apa yang istimewanya, selepas selesai menyanyikan lagu hari jadi, mereka sekeluarga sama-sama memotong kek tersebut kepada empat bahagian.
Farid kemudiannya menyuapkan sepotong untuk anak perempuannya Aurora, diikuti Muhammad dan kemudian isteri kesayangannya.

Selepas itu, giliran Diana dan anak-anak pula menyuapkan pada Farid. Sangat sweet dan penuh kasih sayang. Walaupun simple namun sambutan hari lahir yang cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

Apa yang menyentuh hati apabila Farid kemudiannya memeluk anak-anak dan isterinya sambil mengucapkan terima kasih atas ingatan mereka terhadapnya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang tersentuh hati dan turut mengambil peluang mengucapkan ucapan hari lahir buat Farid Kamil.


Bahagia cara sederhana
haniszalikha Moms be like selakkan tisu anak nak makan 🥲 Happy birthday to your strong man bebeh! ismazarra Bahagia cara sederhana tapi sangat bermakna dan terlalu tulus kasih sayang❤️❤️❤️❤️happy birthday Farid Kamil.. murniismail Chemad sebiji farid bila duduk sebelah farid.😄 norlyhamid Masa farid kiss semua tu..rasa nk nangess…😢😢 Simple tapi bermakna
wanyyhashim Small celebration yet i can feel the happiness between them. So sweet. Wish that Allah will always bless this family. Kita tgok pun senyum tetiba😅 fatihahvee Simple tapi bermakna…may Allah bless your family with happiness here..until Jannah…Aamiin ..❤️❤️ amysofeasyakirin Happy belated birthday farid kamil! May Allah shower u and your family with all the great things in life. Love seeing this simple bday celebration but full of love and happiness!