
Tidak dinafikan sukar untuk kita menahan keterujaan hati dalam menghias kediaman dengan konsep tertentu. Bila menghuni di rumah yang cantik dan selesa mengikit gaya dekorasi peribadi, tentunya akan memberi satu mood ketenangan dan kepuasan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
Umpamnya buat kediaman Aida Aries yang digarap begitu sempurna dengan konsep Disneyland di rumah flat 3 bilik dengan keluasan 750sqft, nampak begitu mengujakan. Bahkan perkongsian beberapa foto olehnya di group Kami Suka Deko Bajet (KSDB) telah berjaya mencuri tumpuan warganet.
Setiap ruang kediaman dijelmakan dengan tema-tema cerita kartoon Disney seperti Cinderella, Aladdin, Beauty and the Beast, Snow White, Mickey Mouse dan sebagainya.
Apa yang lebih mengujakan, dekorasi dilakukan olehnya sendiri dengan 90% secara DIY dengan menggunakan perabot terbuang. Usaha yang dilakukan oleh pemilik kediaman ini cukup luar biasa!
Jadi buat anda yang menggemari dekorasi konsep fantasi seperti ini bolehlah jadikan inspirasi untuk merias kediaman anda pula.
Tema Cinderella Di Ruang Tamu
Tema Beauty and the Beast & Rapunzel di Bilik Utama & Ke 2
Tema Snow White Di Ruang Makan
Tema The Little Mermaind & Mickey Mouse di 2 toilet
Sumber : Aida Aries
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tak Susah Ke Bawa Anak Kecil Pergi Tanah Suci? Ustazah Ni Kongsi Pengalaman!

Perkongsian daripada ustazah Fatimah Syarha tentang pengalamannya memimpin jemaah umrah sambil membawa anak kecil sering juga menimbulkan pertanyaan bagaimana cabaran dan kesukarannya.
Hal ini dikongsikan di akaun fbnya, semoga turut memberi inspirasi untuk ibu ayah lebih berlapang dada andai ingin membawa anak ke tanah suci. Jom semak perkongsian ini.
“Ustazah, tak susah ke bawa anak kecil ke Tanah Suci?”
Saya tak letak ‘expectation’ ianya mudah dan takut bersangka-sangka buruk, ianya susah.
@
Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dimudahkan segalanya, sebab saya lemah dan berhajat sangat-sangat pada bantuanNya.
@
Dari segi ikhtiar, siapkan awal-awal mental, fizikal, ruh dan emosi pada sebarang kemungkinan. (Bawa stroller, baby carrier, baby trap…walaupun akhirnya baby tak nak semua tu dan hanya tenang dengan bahu umi saja. Alhamdulillah)
Allah maha belas kasihan pada kita. Alhamdulillah.
Dulu…masa buat umrah tanpa anak, saya hanya mampu buat 1x umrah. .
Terkini…masa buat umrah bersama anak kecil sambil pimpin 34 orang jemaah pelbagai latar belakang, Allah mudahkan buat 4x umrah. Alhamdulillah.
Muhasabah…
Hidup tak pernah janjikan yang mudah-mudah. Ia bukan alasan untuk kita mengalah. Ia adalah ‘sebab’ kita lebih bersungguh merayu merintih pada Ya Allah Ya Basith, Yang Maha Melapangkan dan Memudahkan.
Hakikat dimudahkan urusan bukannya apabila semuanya lancar tanpa halangan. Tapi semua yang dilalui samada susah atau senang, hati kita senang berbalik pada Tuhan. Itulah makna ‘dimudahkan urusan.’
Alhamdulillah atas segalanya.
Segalanya indah.
Segalanya baik-baik sahaja sebab ia datang dari Allah, pasti bersama hikmah.
Alhamdulillah.
sumber : Fatimah Syarha
Amal Jus Sihat Masam Manis Bukan Sahaja Sedap, Malah Wanita Ni Berjaya Turunkan Berat Badan. Wow, Awesome Sangat!

Ramai yang mengetahiui keenakan rasa jus buah-buahan bahkan ramai juga maklum akan khasiat dan kebaikannya. Ia kaya dengan nutrisi dan serat malah dikatakan mampu meningkatkan imun tubuh badan.
Uniknya juga, air jus buah-buahan ini boleh dicampurkan bersama sayur-sayuran terpilih untuk mendapatkan khasiatnya yang berganda. Sesuai sangat dihidangkan kepada anak-anak yang tidak suka makan sayur dalam hidangan harian. Sekurang-kurangnya cara ini kita sebagai ibu dapat bekalkan anak-anak dengan sumber vitamin.
Meninjau satu perkongsian daripada Maryam yang sememangnya telah lama mengamalkan minum air jus sihat dengan mencampurkan buah mangga dengan lobak merah dan ramuan lainnya untuk menjadikan minuman yang bukan sahaja menyihatkan malah enak rasanya.
Menurutnya, jus tersebut bagus untuk buat dia berasa kenyang lebih lama. Selain menghilangkan dahaga, ia juga dapat lawaskan pembuangan.
Selain itu turut diakui dengan mengamalkan minum air jus tersebut menjadikan kulit lebih licin, dapat kawal kolesterol dalam badan dengan berkesan, bahkan boleh juga mencerahkan mata dan sebenarnya banyak sangat manfaat jika diamalkan.
Dicadangkan juga sebaiknya boleh lebihkan sayuran dan kurangkan buah jika penghidap diabetes sebab buah dah ada gula semulajadi. Dan perkara menggembirakan saya dengan mengamalkan jus ini, saya berjaya weightloss. Alhamdulillah!
Untuk itu, di sini dikongsikan penyediaan jus sihat yang diamalkan oleh Maryam, semoga bermanfaat.
RESEPI JUS SIHAT MASAM MANIS
Musim musim panas ni kalau dalam peti ais tu ada jus buah buahan best sangat kan. Tiap kali dahaga boleh minum terus. Boleh hilangkan dahaga dan sejukkan badan.
Bahan – bahan
2 biji Mangga lemak manis
2 batang lobak merah
1 biji lemon
1 gelas fresh milk / air
Cara membuatnya:
- Basuh bersih buah buahan. Potong kepada potongan kecil supaya senang diblend
- Perahkan lemon. Blend kesemua buahan buahan bersama fresh milk / air
- Jika suka manis, boleh tambahkan madu. Sedia untuk diminum
ARTIKEL MENARIK : Anak Letih Balik Sekolah Dr. Ni Pesan Buatkan Jus Ni Sebagai Cara Nak Bagi Anak Kebali Cergas. Kena Cuba!
ARTIKEL MENARIK LAGI :Jus Limau Kasturi, Bukan SedapBuat Minum Je Tapi BOleh Cerahkan Kulit!
Sumber :Maryam Hussain
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tak Rajin Berkongsi Di Media Sosial, Tidak Semesti Hidup Suram Dunia Realiti. Hidup Kita Cara Kita!

“Jangan Bunuh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial.”
Hari ini ramai orang yang stres,label kehidupan sendiri gagal.Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri.
Begitulah realitii segelintir kehidupan manusia sejak media sosial menjadi ‘buku harian’ untuk dibuka setiap hari.
Sikap suka membandingkan menjadi umpama sebati dalam diri. Tanpa sedar ia memakan diri sendiri.
Deep perkongsian saudara Aidil Nor Adha mengenai pengaruh media sosial dalam kehidupan kita terutama kepada keluarga. Malah jika salah pendekatannya, ia memberi impak kepada emosi diri menjejaskan jati diri sendiri.
Selanjutnya ikuti coretan motivasi ini agar kita semua cakna dalam memilih yang terbaik dalam hidup kita dan keluarga. Bukan membandingkan apa yang ada disekeliling. Apa yang pasti, kita hidup cara kita.
Malah yang lagi sedih,usia baru awal 20-an pun sudah mudah melabelkan kehidupan sendiri sebagai “loser”.
Kita sibuk lihat kehidupan orang lain setiap hari,terutamanya di media sosial.Setiap hari tidak behenti scroll cerita kejayaan orang lain,
Ada yang belajar sehingga ke luar negara pada usia muda,
Ada anak orang kaya yang kongsi kisah bapanya hadiahkan kereta kepada dia supaya mudah untuk urusan belajar di universiti,
Ada orang kongsi kisah strategi simpan sehingga 50k sebelum umur 25 tahun.Muda-muda sudah boleh pasang impian untuk jadi jutawan.
Ya betul,tidak salah untuk kita baca kisah kejayaan orang lain di media sosial.Itu kisah hidup mereka,mereka ada hak untuk berkongsi.
Yang salahnya adalah apabila kita lihat kebahagiaan hidup orang lain di media sosial sehingga kita wujudkan tekanan terhadap diri sendiri secara luar biasa.
Orang tayang beli kereta di media sosial,kita rasa loser sebab masih naik motor.
Orang tayang kehidupan dah kahwin di media sosial,kita rasa loser sebab masih bujang.
Orang tayang kejayaan beli rumah di media sosial,kita rasa loser sebab masih hidup menyewa.
Orang tayang kejayaan hidup mewah hasil bisnes di media sosial,kita rasa loser sebab masih bekerja dengan orang.
Tanpa kita sedar,perbandingan yang telah kita wujudkan telah membunuh secebis rasa syukur di dalam diri.
Semua yang orang lain ada,kita nak juga,tetapi tidak usaha.Kalau kita dah usaha,tetapi tidak dapat seperti orang lain,anggap sahaja lah ianya bukan bahagian rezeki kita.
Setiap orang ada bahagian rezekinya tersendiri.Duduk sebentar,lihat sekeliling,
“Nikmat tuhan apa lagi kah yang kau ingin dustakan?”
Kita ni,jika hidup kerja bulan-bulan gaji RM3000,hidup pun perlu lah sama dengan gaji.Jangan berlumba dan anggap diri lemah kerana tidak mampu capai kehidupan seperti orang gaji RM15,000 sebulan.
Ada masa,kita perlu berpijak di dunia realiti,setiap perkara yang dikongsikan di media sosial belum pasti 100% menjamin kebahagiaan.
Yang berkongsi hidup bahagia,belum tentu dia hidup bahagia sepenuhnya di dunia realiti.
Yang tidak rajin berkongsi di media sosial,tidak semestinya hidupnya suram di dunia realiti.
Perbandingan hidup adalah proses membunuh jiwa yang kita tidak akan pernah sedar.
Berpada-padalah menilai kehidupan orang lain.
Hidup ini adalah pilihan,bukannya paksaan untuk meletakkan syarat terhadap kehidupan diri sendiri.
Begitulah.
Hidup Kita,Cara Kita.
Sumber: Aidil Nor Adha
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.