
Bila sebut tentang snek di petang hari, pastinya hidangan bergoreng sangat menepati citarasa masyarakat Melayu. Bakwan merupakan menu yang boleh dikatakan sihat kerana menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan utama.
Cara nak membuatnya juga tidak remeh, hanya ikut sahaja step yang dikongsikan oleh Siti Khajar ini. Bakwan juga sangat sesuai dijadikan menu snek petang bersama keluarga.
Bakwan Rangup
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu tepung beras
- 4 sudu tepung bestari pedas (pilihan)
- 1/2 cawan udang geragau kering
- 1biji telur (pilihan)
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 1/2 cawan lobak merah sagat
- 1 1/2 cawan taugeh
- 1 1/2 cawan hirisan kobis
- 5 tangkai daun kucai
- 1 labu bawang besar hiris kasar
Cara-Cara:
– Bancuh tepung gandum, tepung beras, tepung pedas, udang, telur, garam dan serbuk kunyit dengan air ais. Agak-agak jangan pekat dan jangan cair.
– Masukkan lobak merah, taugeh, kobis, daun kucai dan bawang besar. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak.
Sos Pencicah
Bahan-Bahan:
- 2 biji lada merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 sudu gula pasir
Cara-Cara:
– Tumbuk lumat kalau tak lumat boleh je tapis. Campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas.
Sumber: Siti Khajar
Resipi Sotong Phat Phet, Masakan Ala Thai 2 Dalam 1. Gabungan Aroma, Pedas & Sedap Membuka Selera!

Jom tambat hati dan perut suami serta anak-anak dengan resipi Sotong masak ala thai ni.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur ) Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan .
Bahan-bahan
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang .
Masakan seketika dan tutup api .
Rupanya Bila Campur 2 Rempah Ni, Bertambah Sedap Jadinya Masakan Kari Daging!

Tidak dinafikan setiap antara kita tentu ada rahsia masakan hingga menjadikan hidangan yang dimasak begitu enak rasanya dan istimewa.
Ini seperti dalam menyediakan Kari Daging, dengan adanya gabungan ramuan yang tersendiri menjadikan menu yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini begitu menyelerakan dan sudah dapat dibayangkan betapa enak rasanya.
Menurutnya selain menggabungkan dua jenis rempah iaitu rempah kari daging dan rempah nasi beriani, untuk pastikan kari daging nak bagi rasa sedap masukkan sedikit lemak daging atau lemak harimau menangis atau daging harimau menangis. Makan sedap berganda ganda jadinya.
Jadi bolehlah anda cuba sendiri menyediakan menu ini untuk dimakan dengan pelbagai jenis nasi dan boleh juga untuk dimakan dengan ketupat dan lemang di Hari Raya nanti. Apatah lagi menurut empunya resipi, menu ini sangat cepat dan mudah disediakan berbanding rendang.
RESEPI ISTIMEWA KARI DAGING
Resepinya:
Santan 2 kotak kecil 200ml x2( kalau nak guna hanya sekotak saja pun boleh dan tetap sedap no.1). Caranya santan 1 kotak:
Masukkan 1/2 kotak Santan selepas rempah dah masak masukkan 1 cawan air dan 1/2 lagi dimasukkan sebelum nak masukkan kerisik).
10 biji bawang merah-dihiris halus
7 ulas bawang putih-dihiris halus
2 inci halia- dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 inci Lengkuas 1-diketuk
3 batang serai 3 -diketuk
1 kg daging – potong kecil
300 gm rempah daging atau 6 bungkus kecil* (Serbuk allagapas daging)
2 sudu besar Rempah nasi beriani
1 serbuk cili allagapas atau 1 sudu besar jika nak pedas
Rempah ini dibancuh kental dengan sedikit air.
5 sudu besar kerisik
1 1/2 cawan air
4 biji ubi kentang -dipotong 4
2 cawan minyak atau lebih untuk rempah masak betul. (rempah bila betul betul masak..akan jadi warna merah dan terdapat minyak di atasnya).
Cara Masak:
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang hingga layu.
2.Kemudian masukkan serai, lengkuas dan halia. Tumis hingga berbau wangi dan kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
3.Masukkan rempah kari. Sentiasa kacau kerana mudah hangus.
4.Bila rempah sudah masak masukkan daging. Masak dengan menggunakan api sederhana. Kacau selama 20 minit sampai air daging keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan
- Masukkan air 1 1/2 cawan . Dikacau kacau.
- Kemudian masukkan 1/2 kotak santan tadi bersama ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam/ajinomoto. Ketika ini api sederhana. ( cuba rasa sikit kuah nya – kena bagi kuah dah rasa sedap ketika ini sebab kuah ketika inilah yang amat penting untuk membuatkan daging dan kuah rasa sedap).
- Terus dikacau dan biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut pastu baru masukkan santan yang 1/2 tadi ,kacau kacau. Biar mendidih 2 kali baru dimasukkan 1 kotak santan yang lagi satu tu…biarkan mendidih sekali…bila daging dan ubi kentang lembut dan sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap.
8.Sekarang dah jadi pekat kuahnya. Rasailah apa yang kurang..sila tambah. Pastikan ubi dan daging telah empuk baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.
SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.
Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.
( baru sedap dan pekat likat)
Peringatan penting:
* kalau nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisik”
* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.
* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu….
Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.
Dah siap…..
** Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak tu sedikit.minyak tu boleh buat goreng ikan..lagi sedap ikan goreng anda.**
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Buat Sendiri Mulberry Yogurt Butter Cake. Mudah Je, Guna Mulberry Frozen Pun Sedap!

Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar. Selamat mencuba!
Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah.
Bahan-bahan
-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan.
Cara membuat:
1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing)
*kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club