
Malaysia terkenal dengan keunikan dan kepelbagaian terutama dari sudut makanan. Kalau pergi ke kedai mamak pastinya kuih tradisional yang satu ini tak boleh anda skip.
Vadai merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat India yang sangat popular di Malaysia. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam menjadi kegemaran ramai.
Kalau anda nak tahu, resipi yang dikongsikan oleh mathanedward_official ini sangat simple dan cepat dan paling penting tak perlu guna tepung. Jadi, anda memang anda patut cuba.
Vadai
Bahan-Bahan:
- Kacang Dhal
- Jintan manis
- Cili padu
- Daun kari
- Bawang merah
- Garam
Cara-Cara:
– Rendam kacang dhal 4-5 jam dan kisarkan dalam pengisar (jangan terlalu halus).
– Masukkan jintan manis, cili padi, hirisan bawang dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan kacang dhal yang belum dikisar untuk rasar rangup.
– Gaulkan sebati dan bentukkan dan boleh digoreng dengan minyak yang betul-betul panas.
Sumber: mathanedward_official
Jika Suami Pening Selepas Makan Daging Kambing, Ini Sebabnya Yang Isteri Kena Tahu. Jom Semak!

Ramai yang mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kenapa ini boleh terjadi? Inilah sebabnya yang ramai yang tidak tahu. Kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.
Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.
Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak dibawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.
Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Khasiat dan kelebihan daging kambing:
• Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin ini untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Selain itu, ia menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Sumber: Sempoimedia.blogspot.com
Cara Betul Simpan Lengkuas Agar Boleh Tahan Lama & Senang Nak Guna Bila-bila Masa!

Bila ditanya apa istimewanya masakan Melayu berbanding cita rasa hidangan lain? Pasti belum pun sempat menjawab pertanyaan itu, sudah ada yang membayangkan betapa lazat dan enaknya rasa sambal belacan, rendang, masak lemak cili padi, asam pedas, ayam goreng berempah dan ribuan lagi menu yang lainnya.
Apa yang pasti, kelazatan dan keunikan rasa hidangan masakan Melayu mewah dengan rasa yang berlemak, berempah dan beraroma. Ini sekali gus menjadikan hidangan Melayu cukup istimewa dan unik.
Bercerita tentang bahan masakan yang bukan sahaja boleh memberi rasa hidangan menjadi lebih enak malah memberi bau masakan lebih menyelerakan, salah satu yang sering digunakan adalah lengkuas. Istimewanya lengkuas ini selain memberi rasa, turut berperanan menghilangkan bau hanyir daging mahu pun ikan.
Biasanya lengkuas akan dimanfaatkan di dalam masakan sama ada ditumbuk, dikisar halus atau pun dihiris nipis.
Antara menu yang sering dimasak menggunakan lengkuas adalah seperti sup singgang, rendang dan sering juga dijadikan ramuan rempah untuk menggoreng ayam.
[su_highlight background=”#d25643″ color=”#242121″]Tip Simpan Lengkuas Agar Lebih Tahan Lama[/su_highlight]
Tip ini dikongsi oleh Norul Mas Hana melalui akaun Facebooknya. Jom semak!
[su_quote]Biasa masak lengkuas pakai 2-3 hiris je, bila beli mesti dalam kuantiti banyakkan? Takde kedai jual 2-3 hiris. Oleh itu, nak simpan lengkuas bagi tahan lama, supaya tidaklah mengecut dan mengering lalu ke tong sampah, akak selalu buat macam ni. Jadi bila nak pakai amil sikit dan simpan semula. Inshaallah, lengkuas akan lebih tahan lama dan sedia untuk digunakan bila-bila masa. [/su_quote]
Step By Step :
1. Bersihkan lengkuas.
2. Letak lengkuas dalam bekas. (macam balang kaca atau plastik bertutup)
3. Masukkan air sehingga paras lengkuas (tenggelamkan lengkuas)
4. Tutup rapat bekas dengan penutup.
5. Simpan dalam peti ais.
Begitu juga dengan perkongsian daripada Nor Hidayah Razali dan Puan Habibah Badar Bijrai ini, yang juga mengamalkan teknik yang sama untuk memastikan lengkuas yang disimpan kekal tahan lama.
6 Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan; Guna Air Bergas Paling Unik!

Rajin memasak di dapur itu tidak salah. Namun kadangkala kealpaan kita sewaktu memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun,jangan bimbang dan gusar, kami kongsikan petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
1. Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
2. Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
3. Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
4. Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
5. Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
6. Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!