
Bagi para ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa pastinya terfikir idea-idea mudah yang boleh dijadikan sebagai bahan jualan di rumah sahaja. Kuih siput antara kuih yang sangat mudah dibuat dan boleh disimpan sebagai stok.
Dengan resipi yang dikongsikan oleh Che Aziah Daud anda boleh buat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain caranya yang sangat mudah, rasanya juga sememangnya sangat sedap.
Kuih Siput
Bahan-Bahan:
- 1 kg gandum
- 1 cawan majerin
- Air secukupnya
- Cili mesin (kalau nak pedas boleh letak banyak)
- Bawang besar blend sekali dgn cili kering (saya guna bawang besar banyak)
- 1 bungkus rempah kari daging
- Garam, gula, ajinomto
- Daun kari
- Minyak utk menggoreng
Cara-Cara:
– Mesin semua bahan hingga lembut, biarkan adunan setengah jam, tekan dengan acuan.
– Panaskan kuali, minyak mesti banyak, goreng hingga kekuningan, masukkan daun kari.
– Kacau selalu untuk dapatkan warna yang sekata. Angkat, biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.
– Kuih siput saya tahan sebulan lebih.
Sumber: Che Aziah Daud
Ibu-Ibu Cuba Petua Ini Jika Mahu Halau Semut Dari Dapur. Mudah Dan Semula Jadi Tanpa Guna Racun.

Semut merayap dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka makanan-makanan manis terutama gula.
Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
Ada banyak petua halau semua yang boleh dicuba
Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan ‘saman’ juga, cubalah bercakap dengan semut supaya tinggalkan rumah kita.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Sebaiknya praktikkan petua ini ketika sendirian ya bimbang nanti orang menyangka anda berhalusinasi atau pun kurang waras.
Orang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan Sedap

Biasanya kalau nak makan sardin mesti beli yang segera di dalam tin kan? Tapi tahukah anda makanan segera seperti sardin yang dijual di kedai tidak boleh dimakan selalu kerana mempunyai bahan pengawet.
Jadi, bagi penggemar sardin, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Raja Malasiah Raja Abdullah.
“Yang bestnya bila buat sendiri kita tak perlu was-was, bersih, cuci lagi halal. Orang gout pun boleh makan sardin ni,” kongsinya.
Sardin Homemade
Bahan-Bahan:
- Sekilo ikan sardin segar (bersihkan buang kepala dan ekor ikan kembung/selar/selayang/tongkol)
- 1 kg tomato masak ranum
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 tin kecik tomato puree
- 1 botol kecik sos tomato
- 2 cawan air
- 4 keping asam gelugor
- Garam, gula & ajinomoto secukupnya
Cara-Cara:
– Kisar/tumbuk bawang besar dan bawang putih.
– Kisar tomato tak perlu letak air.
– Tumis bahan kisar.
– Masukan tomato yang dah dikisar.
– Masukan tomato sos dan tomato puree.
– Masukan garam, gula, ajinomoto dan asam gelugor.
– Masukan air biar tenggelam ikan tu. Masukkan ikan.
– Masak dengan api perlahan, kena kacau selalu takut hangus tapi kacau perlahan-lahan.
– Masak dalam 3 jam bergantung pada kuantiti ikan (reneh).
– Dah siap masak biarkan betul-betul sejuk lepastu masukan kedalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan sebulan.
– Boleh juga terus dimakan atau masak macam sardin yang biasa terpulang nak pedas atau nak campur dengan kegemaran anda.
Sumber: Raja Malasiah Raja Abdullah
Patutlah Resipi Sos Blackpepper Pedas Berkrim Ni Viral. Mudah Jer Nak Buat, Sedap Pula Tu. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Penggemar makanan Western pasti suka Sos Blackpper. Baik dimakan bersama ayam atau kambing, keenakan rasanya menambahkan selera bukan?
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri sos ini, jom admin Kongsikan resipi dari Afiy Al Habibi yang viral sehingga dikongsikan lebih k.
Sos Blackpepper Viral
Inilah resepi yang mendapat lebih seribu share di laman fb sendiri. Ramai yang komen nak petang tadi. Jadi saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Sekali dengan cara perapan daging ikut selera sendiri.
Resepi lain yang lengkap boleh jengah di fb saya. Semoga bermanfaat.

Bahan-bahan
Bahan perapan daging ( 3 keping )
– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik.
* Untuk perap semalaman masukkan dalam peti suhu biasa.


Resepi Sos BlackPepper Viral
Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api sederhana kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik hingga naik bau.
Masukkan 1 tin sos spageti keju.
Pilih yang tin kuning seperti dalam gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap).
Tambahkan air suam 1 tin.
*konsistensi kuah tak terlalu cair atau ketara pekat.
Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.
* jangan guna kicap masin

Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.
Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat)
Kacau sebati.
Tutup api setelah cukup semua rasa.
