Snek Ketagih! Buat Sendiri Wedges Ala KFC Ni Untuk Berbuka Lagi Sedap Dan Jimat

Share

Kalau beli makanan segera di luar, tak lengkap rasanya kalau tak pesan kentang goreng atau wedges. Wedges adalah salah satu snek kentang yang paling best untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Lagi bertambah sedap kalau cicah dengan sos cili atau keju.

Untuk hasilkan wedges ini bukanlah sesuatu yang rumit. Hanya perlu ikut cara yang dikongsikan oleh Kak_Yatt ini dan yang pastinya rasanya juga sedap sama macam yang dijual di KFC itu. Jadi, jika anda sukar untuk keluar beli,boleh cuba resipi ini di rumah.

Wedges Spice

Bahan-bahan:

  1. Kentang
  2. Tepung Bistari pedas
  3. Tepung gandum sedikit
  4. Tepung ubi kayu
  5. Air
  6. Sos (Pilihan Anda)

Cara Penyediaan:

– Potong kentang mengikut saiz sesuai.

– Masukkan tepung bistari pedas bersama tepung gandum sedikit, tepung ubi kayu dan sedikit air jangan terlampau cair untuk senang lekat dengan kentang. Gaul sebati.

– Rendamkan kentang yang dipotong ke dalam bancuhan dan goreng dalam minyak yang panas.

– Goreng sehingga garing dan boleh makan dengan sos.

– Sos cili boleh campurkan mayonis dan sedikit gochujang dan boleh makan.

Sumber: Kak_Yatt