
Kalau beli makanan segera di luar, tak lengkap rasanya kalau tak pesan kentang goreng atau wedges. Wedges adalah salah satu snek kentang yang paling best untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Lagi bertambah sedap kalau cicah dengan sos cili atau keju.
Untuk hasilkan wedges ini bukanlah sesuatu yang rumit. Hanya perlu ikut cara yang dikongsikan oleh Kak_Yatt ini dan yang pastinya rasanya juga sedap sama macam yang dijual di KFC itu. Jadi, jika anda sukar untuk keluar beli,boleh cuba resipi ini di rumah.
Wedges Spice
Bahan-bahan:
- Kentang
- Tepung Bistari pedas
- Tepung gandum sedikit
- Tepung ubi kayu
- Air
- Sos (Pilihan Anda)
Cara Penyediaan:
– Potong kentang mengikut saiz sesuai.
– Masukkan tepung bistari pedas bersama tepung gandum sedikit, tepung ubi kayu dan sedikit air jangan terlampau cair untuk senang lekat dengan kentang. Gaul sebati.
– Rendamkan kentang yang dipotong ke dalam bancuhan dan goreng dalam minyak yang panas.
– Goreng sehingga garing dan boleh makan dengan sos.
– Sos cili boleh campurkan mayonis dan sedikit gochujang dan boleh makan.
Sumber: Kak_Yatt
Makanan Perlu Elak Tersimpan Dalam Peti Sejuk Anda. Ibu-Ibu Klik Di Sini Untuk Baca!

Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Kuih Limas Perak, Rasa Lemak-lemak Manis & Berair. Memang Sedap!

Adakah anda sekeluarga teringin hendak menjamah kuih tepung pelita ketika berbuka puasa? Apa kata kali ini anda mencuba untuk membuatnya sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Jika tidak tahu membuat kelongsongnya, itu tiada masalah. Jadikan sahaja bekas makanan untuk menggantikannya kelongsobg tersebut. Pun begitu, mengekalkan keaslian rasanya jangan lupa alaskan bekas makanan tersebut dengan daun pisang agar beraroma.
Jadi tunggu apa lagi, jom cuba resipi ini.
Kuih Limas kuih tradisi negeri Perak..
Ada yang panggil tepung pelita dan juga sampan tp yg membezakan Kuih Limas Perak adalah kuih ni menggunakan tepung gandum sahaja.
Rasanya yang lemak²,manis², berair dan lembut sahaja membuatkan para penggemarnya jatuh cinta termasuk akak..hihi
Sini akak sertakan resepi kot² ada yg teringin nak mencuba buat sendiri..jika takde daun pisang atau tak tahu nk buat kelongsong atau nak lebih mudah dan jimat masa bole guna bekas plastik dilapik daun pisang ye..
KUIH LIMAS PERAK
Lapisan Bawah:
✓2 cawan santan cair
✓1 1/2cawan jus air pandan
✓4 sudu besar gula pasir
✓1 1/4 cawan tepung gandum tambah 1 sudu besar tpg lagi.(ni ngam2 cantik)
✓sedikit pewarna hijau
(Campurkan semua bahan dan kacau sebati kemudian tapiskan.)
Lapisan Atas:
✓2 1/2 cawan santan pekat
✓3/4 cawan tepung gandum
✓1 sudu teh garam
(Campurkan semua bahan dan kacau rata.tapiskan dan ketepikan.jika santan agak pekat bole kurangkan sukatan tpg jadikan 1/2 cawan.akak guna santan yg diperah dari sebiji kelapa.so kat sini kita kena pandai2 adjust sb santan yg kita guna kdg2 tak sama kepekatannya.kuih Limas asli mmg kepalanya agak lembut ye..)
Bahan lain:
✓kelongsong daun pisang@bekas plastik
✓gula secukupnya.
CARA²:
✓panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu besar gula(akak letak lebih Sb nk berair mcm rajah)
✓bila air dh mendidih masukkan lapisan bawah yg hijau tu dan kukus dlm 12 minit dgn api sederhana.bila dh masak sejukkan sebentar supaya bila letak yg lapisan atas dia takkan bercampur.
✓dah sejuk sikit masukkan pulak lapisan atas.akak tuang guna senduk perlahan2 dan kukus juga 10-12 minit api sederhana.dah masak tutup api.siap dihidang ketika suam atau pun sejukkan didalam peti ais.
Tips:
✓mengukus dgn api sederhana saja utk dptkan permukaan yg cantik
✓sejukkan lapisan bawah dulu supaya tak bercampur adunan sb kuih ni agak lembut.
✓balut tudung pengukus supaya air tak jatuh
✓saya guna santan fresh
✓sebelum tuang adunan kena kacau dulu ye
sumber : Noriza Jaja via MAHN
6 Cara Lembutkan Ayam Pencen Super Pantas, Boleh Turunkan Ilmu Pada Anak-anak

Ayam pencen atau ayam tua memang menjadi rebutan kita kala menyediakan juadah Rendang Ayam Pencen. Bagi sebilangan orang, rendang dengan menggunakan ayam pencen atau tua ini punya rasa yang cukup enak dan berbeza sekali. Begitu kata sesetengah orang.
Namun memasaknya kenalah harus lebih sabar. Ia bukan sahaja perlu memasak lebih lama berbanding ayam biasa bahkan kena ada caranya untuk memastikan ia dimasak agar jadi lebih sedap berbanding biasa.
Rasa ayam pencen yang liat dan kenyal ini bukan hanya memerlukan masa yang lama untuk lembut tetapi juga perlukan pelbagai teknik sebagai bahan mempercepatkannya. Cuba semua petua ini.
Air Kelapa Muda
Air kelapa memang banyak khasiatnya. Selain sihat untuk badan, air kelapa juga dikatakan mujarab untuk melembutkan ayam pencen. Rebus ayam bersama air kelapa hingga empuk dan kemudian masaklah seperti biasa. Bukan saja lembut tetapi juga sedap.
Lada Hitam
Lada hitam juga dikatakan membantu melembutkan ayam tua ini. Rasa ‘panas’ bertindak lebih cepat melembutkan ayam. Tumbuk sedikit lada hitam bersama halia tua dan rebuslah bersama-sama ayam pencen. Biarkan hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak seperti biasa.
Tebu
Ketika memasak tebu, masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia dimasak bersama hingga lembut. Hasilnya ayam lebih cepat empuk dan lembut.
Periuk Tekanan
Teknologi hari ini usah pula diketepikan. Memasak menggunakan periuk tekanan sangatlah membantu kerja-kerja anda. Rebuslah ayam pencen menggunakan periuk ini dan lihatlah hasilnya. Ayam jadi lebih cepat dimasak tetapi juga enak rasanya.
Nenas
Nenas memang banyak gunanya. Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Biarkan diperap selama satu jam kemudian bersihkan dan masaklah seperti biasa. Nenas yang ‘kuat’ ini membantu lembutkan isi ayam.
Daun Pisang
Selain nenas, daun pisang juga banyak membantu. Semasa merebus ayam, letakkan daun pisang abu dan biarkan direbus hingga sebati dan empuk. Apabila ayam lembut, keluarkan daun pisang dan biarkan dimasak lagi hingga betul-betul empuk.