Biasanya kalau ada tepung segera cucur, apa lagi yang boleh dibuat kalau bukan cucurlah kan? Tapi lain pula bagi pengguna laman facebook ini apabila tepung cucur segera dijadikan snek untuk kudapan seisi keluarga. Menarik kan?
Katanya rasa macam kerepek bawang. Siapa yang favourite dengan snek tu boleh lah cuba! Senang je cara nak buat. Nak tahu macam mana? Meh tengok kat bawah ni!
Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
Sebungkus cucur bilis adabi
2 sudu makan tepung gandum (supaya tak masin)
Sedikit minyak
Air sejuk
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan, gaul rata menggunakan garfu saja.
2. Kemudian uli sampai doh tidak melekat pada tangan.
3. Rehatkan doh, tutup mangkuk dengan tuala bersih. Sementara itu boleh panaskan kuali dan minyak.
4. Bahagikan doh kepada 8. Gelekkan doh dan potong memanjang seperti dalam gambar. Taburkan dengan sedikit tepung.
5. Goreng mengikut kesukaan anda. Jangan lama kalau tak suka garing sangat.
Bahan sos:
Sos cili
Mayonis
Mild mustard sedikit
Cara membuat:
1. Kacau rata semua bahan sehingga sebati.
Siap, selamat mencuba!
Kredit: Chi Derra
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Ini Petua Supaya Gula Kuih Keria Tak Melekit Dan Keras. Rupanya Ini Caranya!
Bukan semua resipi yang kita cuba membuatnya menjadi seperti yang diidamkan. Oleh itu, tidak mustahil kewujudakan sebuah group yang dikenali sebagai ‘Masak Apa Hari Ini Tak Jadi’. Selain berkongsi masakan yang tidak menjadi dimasak, ada juga yang berkongsi petua untuk mengelak masakan yang dimasak tak menjadi.
Menerusi facebook Cik Ima Zaimi melalui Masak Apa Hari Ini Tak Jadi, berkongsi petua untuk memastikan sira gula kuih keria menjadi dan tidak melekit. Kepada yang menghadapi masalah nak buat gula kuih keria supaya menjadi elok dan tidak melekit, boleh ikut petua ini. Nampak biasa je, tapi jika tak menjadi memang keras gulanya, sampai gulanya boleh melekat di gigi!
IKUTI PERKONGSIAN INI
Walaupun ini group MATJHN, izinkan saya berkongsi cara macam mana saya buat gula kuih keria sampai jadi. Sebab dulu saya pun tak pandai. Berbelas-belas kali buat pun tetap tak pandai. Nak makan kuih ni kena tunggu balik kampung jumpa mak untuk suruh mak tolong sirakan gula kat kuih ni sebab kuih ni memang kegemaran tapi mesti failed bab sira. Bila failed tu dia jadi melekit-melekit, keras, dan paling teruk kuih tu hancur sebab gula tu melekat antara kuih.
Sekarang, Alhamdulillah akhirnya jadi jugak. Dah tiga kali percubaan yang jadi sekarang. Tekniknya senang je bila dah faham. Rasanya ramai lagi yang expert kat sini buat gula kuih keria ni. Tapi izinkan saya yang baru pandai ni untuk berkongsi ye.
TIPS dia :- (UPDATED)
1. Jerang air tak perlu banyak. Cukup 1/2 cawan atau lebih sikit je (ni anggaran utk sira 30 biji)
2. Buat nisbah. Macam belajar masa sekolah hari tu.
🔹Siapa yang suka gula bersalut penuh boleh guna nisbah 1 : 2 . (Maksudnya, 1 sudu makan gula rata-rata je bersamaan dengan 2 biji kuih)
🔹Siapa tak suka gula banyak sangat boleh guna 1 : 3
3. Yang ni kena betul-betul ikut. Kena pastikan api kecik masa bagi gula mendidih dan berbuih-buih tu, dan pastikan buih-buih gula tu makin lama makin memenuhi kuali dengan size yang lebih kecil. Mula-mula buih-buih tu memang besar, tapi slowly dia akan penuh satu kuali, lagi halus, baru letak kuih.
4. Saya guna api slow sepanjang sira gula ni. Masa dah masuk kuih pun api masih slow, tapi kena keep on kacau kuih tu bagi rata gula. Sy start tutup api bila sy nampak gula kat kuih dah lekat-lekat (crystalized) sikit. Baru tutup api. Tapi masih kacau atas kuali sampai semua kuih bersalut gula.
LIHAT VIDEO
Part letak gula tu ikut nisbah kuih masing-masing ye.GULA : KUIH🔹1 sudu makan : 2 biji kuih (ni mmg agak manis dan bergula kuih)Atau🔹1 sudu makan : 3 biji kuih. (Sedang2 gulanya)Air jangan banyak. Dan paling penting jangan lebih banyak dari gula. Tu yg selalu gula susah nak likat.
Posted by Cik Ima Zaimi on Monday, 4 May 2020
InsyaAllah jadi. Cubalah! Semoga bermanfaat untuk semua.
P/S: Pastikan juga kuih keria disejukan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan gula keria.
Sumber: Cik Ima Zaimi
Tomyam Makin Umphh Kalau Patuhi 8 Perkara Wajib, Gerenti Sedap Lagi Terangkat!
Tomyam antara menu yang paling mudah disediakan di bulan puasa. Jimatkan masa memasak dan paling pantas untuk disediakan.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Suami Makan Memang Nak Berkuah. Isteri Ni Akur Ubah Resipi Walau Mulanya Rasa Pelik!
Perasan tak biasanya bila sembang bab makanan tradisi keluarga, akan ada satu menu yang istimewa yang disediakan oleh ibu kita yang tiada atau tidak sama dengan menu keluarga orang lain. Dan bila kita berkahwin, menu yang sama itu akan kita sediakan pula untuk keluarga kita.
Biasanya, En suami akan boleh menerima menu tersebut dan secara tidak langsung turut menyukai hidangan turun temurun keluarga si isteri atau jika tidak suka sekali pun sekadar tidak dijamah.
Namun berbeza pula kisahnya dengan Syazwana di mana suaminya meminta untuk diubah resipi tersebut daripada sebelum ini dimasak kering menjadi berkuah. Adakah lagi sedap atau pelik menu yang dihidangkan? Ikuti perkongsian Syazwana tentang hal ini.
Actually aku baru belajar resepi ni lepas kawen. Sebab family aku masak resepi ni tapi takde kuah. Kitorang panggil ikan goreng lada besar. Lepas kawen laki tak minat. Sebab dia makan memang nak berkuah.
Suami cadangkan lebihkan air asam
Dia cakap next time masak lebihkan air asam. Memula tu tak boleh terima jugak tapi lama2 sedap pulak. Anak aku pon suka. Apa2 je lah janji laki n anak suka.
SEKARANG RESIPI NI SEMUA SUKA
Haritu kan balik kampung kakak aku cakap camni “akak dah try dik resepi asam ko tu. Memula tu macam pelik jugak. Tapi budak2 cakap sedapnya mama masak” Wah aku apa lagi terus kembang sekejap.Maklumlah mak n kakak aku pandai masak. Sebab tu dorang datang rumah aku pon dorang yang kene masak.
KONGSI RESIPINYA
Bahan-bahan :
Serai ketuk
Bawang besar hiris
Lada besar hiris
Halia hiris
Air asam. Ni asam jawanya saiz tiga bola pimpong. Aku nak kuah lebih sebab dinner kang tinggal goreng ikan baru pastu masuk je dalam kuah. Ikot korang lah nak kuah banyak mana
Cara Buat :
- Mula2 ikan dah cuci, letak garam kunyit sikit pastu gorengkan. Ni aku guna ikan gerut.Biasanya aku guna ikan kembung, selar, tongkol, kerisi, senangin atau tenggiri.
2. Panaskan minyak. Bahan2 hiris tu tumiskan sampai layu.
3. Dah layu layuan boleh masukkan air asam jawa. Biji asam aku buang. Ada ke orang masukkan sekali?
4. Dah didih boleh perasakan dengan garam gula. Ni gula satu setengah sudu besar. Garam dua sudu kecik. Ikot sukatan air korang dengan ikan banyak mana lah. Gula lebihkan sikit sebab nak counter rasa asam tu tau.
5. Pastu boleh masukkan ikan. Biar didih sekejap boleh tutup api.
sumber : Syazwana Jamal