Bahagianya seorang isteri apabila suami dapat menyediakan sebuah kediaman hasil titik peluh suami.
Mahligia yang dibina memberi seribu erti untuk rumahtangga kekal hingga ke hujung usia.
Bagi yanga mampu ada yang membeli rumah pada ratusan ribu, namun sebaliknya akan berusaha untuk memastikan impian tercapai.
Sebagaimana puan Nurain Abu Bakar ini menunggu selama tiga tahun untuk mendapat rumah idaman.
Tidak membuat sebarang pinjaman namun mengikut sumber kewangan yang ada. Bak kata orang, ‘slow-slow kayuh.’
“Rumah saya pun. Sebahagian buat sendiri. Sambil buat sambil kumpul duit untuk diupahkan mana yang tak pandai dan kerja yang berat. 3 tahun lebih jugaklah siapnya.”
Malahnya katanya lagi, sudah 6 tahun tinggal di rumah mertua. Apabila berpeluang duduk dirumah sendiri ia bagaikan satu anugerah buat dirinya. Tambahan pula rumah yang dibina itu adalah tanah mertua.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Saya yang post rumah 3 tahun suami buatkan seorang diri tu, dari anak sulung umur 2 tahun sekarang dah 5 tahun huhu sampai dah ada adik baru rumah siap tu pun baru siap dalam, luar tengah buat.
Ini ada gambar2 rumah sebelum siap..dan ramai yg mintak nak tengok gambar luar rumah kan ada saya letak sekali. luar tak plaster tak cat lagi huhu siapkan yg dalam dulu, pelan2 kayuh dari luar nampak mcm rumah tak siap memang tak siap pun tp dlm alhamdulillah dh selesa kami anak beranak .
Total dah habih setakat ni rm50k, boleh la harga utk buat sendiri kan alhamdulillah rezeki tak perlu upah org, keluasan rumah 26×40.
Ads
Saya doakan semoga anda yg belum ada rumah juga dikurniakan rezeki utk punya rumah sendiri dan dipermudahkan segala urusan
Awal pembinaan tahun 2019
Rumah hampir siap 2020
Ads
2021
Alhamdulillah akhirnya siap juga rumahku syurgaku istanaku setelah 3 tahun menanti dengan penuh kesabaran. hasil simpanan kami suami isteri buat sikit2 kumpoi duit yg ada, memang tahan nafsu nak beli apa2 demi rumah tercinta. hasil kudrat seorang suami buat siang malam terima kasih syg (dari asal tanah ikat bata, plaster, bumbung, pintu, lantai, siling, elektrik, paip air, table top semua suami buat sendiri kecuali tingkap ja panggil org mai pasang ). Terima kasih ibu mertuaku atas pemberian tanah pada kami anak & menantumu inshaa allah kami kumpoi duit lagi beli kat mak. Pakai tikaq getah sat duit masuk kita boh mozek.
Kisah yang sunguh inspirasi. Sabar itu pastnya bahagia di penghujung buat pasangan suami isteri untuk memiliki kediaman sendiri.
Khasiat sayur sayuran dan buah-buahan sudah lama diakui terhadap kesihatan manusia. Namun adakah anda tahu bahaya semburan racun perosak dan kulat digunakan pada tanaman.
Jadi perlu tahu kaedah basuhan yang betul supaya sayur dan buah-buahan selamat dimakan.
Selain menggunakan kaedah alami seperti garam dan tepung, terdapat juga sabun khas untuk mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan.
Menerusi suatu perkongsian telah mendapat perhatian netizen apabila menggunakan sabun pencuci pinggan sebagai bahan untuk membersihkan sayuran dan buahan.
Ada yang setuju dan sebaliknya. Menerusi perkongsian ini telah menunjukkan tanda label bahawa sabun pencuci pinggan berkenaan dikatakan boleh digunakan untuk membersihkan sayur dan buah.
Apa yang pasti, ikut keperluan masing-masing asalkan sumber makanan dibersihkan dengan sempurna untuk mengelak keracunan.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Baru tahu sabun pencuci Sunlight ni boleh cuci sayur dan buah jugak. Ingat pinggan jer
Cara-caranya : Letak 2-3 titik sabun dalam besen/bekas berisi air. Rendam sayur/buah dalam 5-10 minit macam tu. Kemudian bilas hingga bersih. Siap!
Nota: Wajib cuci dulu sayur/buah sebelum makan atau masak ye. Lagi-lagi musim wabak macam sekarang ni. Tujuannya untuk hapuskan segala kuman, bakteria atau virus yang melekat di permukaan buah atau sayur termasuklah Listeria, Salmonella dan E.coli. Sunlight Nature ni boleh guna untuk cuci botol susu dan mainan anak juga sebab di packaging belakang botol dah tulis selamat untuk baby.
Pernah guna sangat mudah
Namun ada yang lebih gemar membersihkan sayur dan buah-buahan dengan mengunakan bahan alami.
Stress adalah sesuatu yang membebankan minda kita. Bebanan minda ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Mungkin ia merupakan suatu masalah bagi seorang, tetapi ia tidak menjadi masalah kepada orang yang lain. Tahap stress juga berbeza walaupun punca stress adalah sama.
Stress ini boleh dibahagikan kepada dua kategori.
1. Eustress Ia merupakan stress yang baik bagi memberikan tekanan pada seseorang agar menjadi lebih baik. Contohnya seorang pekerja mengalami stress untuk melakukan pekerjaan, sudah tentu ia menjadi sesuatu yang baik bagi beliau jika tidak, dia mungkin menangguhkan kerja. . 2. Distress Ia merupakan stress yang buruk menyebabkan sesorang itu mengalami gangguan mental dan mungkin menjadikan mereka sakit. Ini disebabkan cabaran yang diterima di luar kemampuan beliau. Contohnya seorang pekerja am itu diminta membayar hutang RM100 000 dalam masa tiga hari. . Apabila kita berhadapan dengan stress yang melampau, tubuh akan bertindak balas yang menyebabkan ketidak seimbangan hormone, iaitu hormone adrenalin dan kortisol. Dalam masa minda sedang berusaha memikirkan jalan penyelesaian pada masalah ini, tubuh kita juga memberikan respon sehingga jantung berdegup dengan lebih laju bagi lebih banyak darah kepada otak dan anggota tubuh yang lain. . Organ pankreas juga menghasilkan lebih banyak hormon glukagon dan kurang menghasilkan hormon insulin. Hal ini akan menyebabkan tahap gula dan kolesterol kekal tinggi dalam saluran darah. Cuba bayangkan jika kita mengalami stress yang kronik. Ini akan mengundang masalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol yang tinggi. Akhirnya menyebabkan serangan sakit jantung atau serangan stroke. . TANDA-TANDA STRESS . 1. Tanda-tanda fizikal terganggu • Degupan jantung menjadi laju • Tekanan darah meningkat • Rasa sakit belakang atau leher • Rasa pening kepala • Bernafas dengan laju . 2. Tanda-tanda mental terganggu • Rasa tertekan • Fikiran bercelaru • Lemah daya ingatan • Tidak respon terhadap sesuatu yang melucukan . 3. Tanda-tanda emosi terganggu • Mudah marah • Sering berasa kecewa • Selalu merungut • Selalu berasa takut • Mudah sentap . 5 KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN . 1. Sukar mengawal penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Ini kerana stress akan mengeluarkan lebih banyak hormone stress seperti adrenaline, cortisol dan glucagon. Ini akan meningkatkan tahap gula, tekanan darah dan tahap kolestrol dalam tubuh. 2. Serangan sakit jantung dan serangan stroke. Kombinasi masalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrole yang tinggi akan meninggikan risiko mendapat serangan jantung dan serangan stoke. Saluran darah akan menjadi tersumbat dan darah mudah menjadi pekat dan menjadi beku. 3. Masalah insomnia. Stress akan menyebabkan fikiran kita terganggu dan sukar untuk tidur. Kurang tidur pula akan menyebabkan tahap gula, tekanan darah dan tahap kolestrole dalam darah meningkat. 4. Mudah untuk dijangkiti kuman. Stress akan menyebabkan sistem pertahanan tubuh akan menurun. Ini disebabkan oleh kebanyakan tenaga yang ada dalam tubuh akan digunakan untuk menghadapi stress. Dalam fenomena “fight or flight”, banyak oksigen dan tenaga dialihkan kepada anggota tubuh untuk melawan atau menyelamatkan diri. Ini menyebabkan sistem daya tahan kekurangan sokongan . Ini memudahkan jangkitan kuman (sama ada virus, bakteria atau parasite). 5. Gastritis dan luka perut (Gastric Ulcer). Bila dalam keadaan stress, lebih banyak asid akan dikeluarkan dalam perut. Ini menyebabkan keradangan pada lapisan dalam perut. Ini menyebabkan perut mengalami luka. Jadi elok kita lebih berhati-hati apabila mengalami stress. Ia harus diselesaikan secepat yang mungkin sebelum ia menyebabkan masalah penyakit kronik. Semoga bermanfaat.
Memikirkan apa lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga sepanjang PKP ini, jadi apa kata anda buat makan-makan dengan menu istimewa untuk anak beranak.
Maklumlah sudah lama rasanya kita seisi keluarga tidak dapat makan dalam suasana gembira di restoran. Pun begitu, anda boleh cipta pengalaman makan shell out di rumah sendiri yang pastinya lebih menyeronokkan dan puas hati.
Menyediakan shell out seafood juga tidaklah renyah kerjanya. Cukup mudah dan ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Mas Aura di group Masak Apa Hari Ini. Perkongsian resipi daripadanya mendapat perhatian warganet dan ramai teringin untuk membuatnya sendiri dan merasai pengalaman ber’shell out’ di rumah.
“Malam tadi suami request nak makan shell out, memandang kan tak boleh makan kat kedai kita buat lah sendiri.. Puas hati buat sendiri mudah je.. Saya share resepi dan cara-cara di gambar yee. Selamat mencuba..”
RESEPI SHELL OUT SEAFOOD
BAHAN BLEND :
Cili kering yang telah direbus
Bawang merah
Bawang putih
BAHAN UTAMA :
Seafood (ikut suka)
Brokoli, carrot, jagung
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kari
Kiub pati ayam
Halia (Hiris)
Serai (Titik)
Daun limau
Gula melaka
Cara masak:
Langkah 1 : Didihkan air, kemudian rebus semua sayur seperti carrot, jagung dan brokoli.
Langkah 2 : Masukkan garam dan rebus sehingga brokoli dan carrot lembut sedikit dan masih rangup. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3 : Kemudian rebus pula bahan-bahan seafood. Rebus hingga masak, tapis airnya dan ketepikan. Pastikan air rebusan tidak dibuang, ambil sedikit untuk buat stok sos.
Langkah 4 : Seterusnya buat sos shell out pula. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semangkuk cili yang dikisar tadi. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris, serai yang telah diketuk, seketul gula melaka dan 2 kiub pati ayam sambil dikacau-kacau. Sdan kemudian masukkan daun limau purut.
Langkah 5 : Setelah itu masukkan serbuk kari ikan 3 sudu. Kacau sebati kemudian masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan sedikit air rebusan seafood tadi. Perasakan juga dengan gula dan garam. Tumis sehingga pecah minyak.
Langkah 6 : Akhir sekali masukkan semua seafood yang telah direbus tadi dan gaul sebati dan siap.
Selepas itu bolehlah dihias bersama jagung, brokoli, carrot yang direbus tadi. Boleh juga potong lemon jika suka. Dan bolehlah dinikmati.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...