Siapa sangka, masuk je usia 30-an, badan dah mula ‘beri signal’ macam orang berumur 50-an. Itulah yang dialami oleh Faiz, seorang lelaki yang tak pernah terfikir akan berdepan dengan masalah kesihatan di usia muda.

Dari slip-disc akibat gaya hidup dan kerja, hinggalah ke ulser perut berpunca daripada tabiat pemakanan, semuanya datang tanpa amaran.

Dalam perkongsiannya, Faiz Zainal  menceritakan pengalaman perit menghadapi sakit yang tidak dijangka dan bagaimana dia mula sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan sebelum terlambat.

USIA 30 AN DAH HIDAP SLIP- DISC DAN ULSER PERUT

Setahun ni banyak diuji dengan macam-macam sakit. Masuk je 30-an, ada je sakit yang tak terjangka.

Ads

Paling pedih sekali kena slip-disc & ulser perut sampai najis keluar banyak darah tiap kali membuang.

Slip-Disc & Ulser Perut Ketika Usia 30-an, Lelaki Ini Dedah Punca Dapat Penyakit

Ads

Punca slip-disc, sebab aku banyak travel long flight, posture duduk masa kerja & banyak angkat barang berat.

Punca ulser pula, sebab pemakanan.
Kurang serat sampai najis keras, suka skip makan & suka makan pedas. Asal makan pedas, mesti perut triggered.

Ads

Sarankan, buat la medical check-up setahun sekali untuk kenali badan kita.
Paling kena tahu, tahap kolestrol, buah pinggang & tahap gula dalam darah kita macam mana.

Rasa something wrong dengan badan, pergi je buat check-up. Jangan tunggu makin teruk.
Ingat, organ tubuh badan kita makin tua & ada limit.

Ubah gaya hidup lebih sihat, dari segi rutin harian mahupun pemakanan.
Selain masa, kesihatan adalah perkara yang tak ternilai. Ada harta & duit banyak, tapi kalau sakit tak guna.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Sumber: Faiz Zainal

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI