Bibir hitam, kering dan merekah tiga masalah kecil tapi mengganggu penampilan wanita. Bila melihat bibir hitam tangan pula mula ‘gatal’ mencabut kulit kering yang mengelupas. Mulalah luka-luka pada bibir. Belum lagi bibir yang merekah menambah rasa pedih dan sakit terutama ketika makan mahupun minum.
Ramai yang menggunakan pelembap untuk merawat masalah ini tapi tidak semuanya berhasil. Tidak semua pelembap bibir dapat mengatasi masalah bibir kering, apatah lagi menghilangkan masalah bibir yang kehitaman akibat memakai lipstik. Dalam hal ini anda mungkin perlu menggunakan kaedah rawatan semula jadi dengan cara berikut.
Madu
Sapukan dengan rata pada bibir setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman. Bersihkan keesokan pagi sambil mengurut perlahan pada bahagian bibir. Amalkan tiga kali setiap minggu.
Lobak merah
Lobak merah segar boleh digunakan untuk merawat bibir kering. Parut sedikit lobak merah dan ambil airnya. Minum air perahan lobak merah tadi. Hampasnya boleh digunakan untuk disapukan pada permukaan bibir.
Minyak badam
Kandungan serat, protein, vitamin A, kalsium dan juga zat besi pada minyak badam membantu mengatasi bibir merekah. Sapukan minyak badam yang dicampur madu pada bibir sekali setiap hari sebelum tidur.
Selain kaedah di atas, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ads
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
Ads
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Ads
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
1. Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
2. Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
3. Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedangkan bermain pun kita latih anak-anak agar mahir dan cekap inikan pula dalam menunaikan tanggungjawab besar, iaitu mendirikan solat lima waktu.
Apa yang utama, ketika melatih dan membiasakan anak-anak untuk menunaikan solat, kita sebagai ibu ayah perlu mengajar anak-anak sedari awal. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya!
Lalu pendekatan bagaimana untuk ibu ayah memulakan cara untuk mengajar anak dalam hal bacaan dan perbuatan dalam solat sehinggalah mereka faham sepenuhnya dan dengan sendirinya tanpa disuruh sudah mengerti kewajipan menunaikan solat?
Menurut perkongsian Firdaus Mokhtar, ramai ustaz ustazah pesan, “Apa pun jadi, solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.”
Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.
Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.
Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.
Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Berat!
Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.
Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.
Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.
Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.
Begitulah. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.
Roti jala biasa yang berwarna kuning keemasan tu mungkin dah terlalu biasa buat kita. Cuba ubah resipi dan ‘rupa’ seperti yang dikongsikan saudara Amie Samuri di facebooknya. Serius sangat menarik!
Kalau kita yang dewasa tengok pun rasa nak makan, inikan pula anak-anak kita. Serbu dulu lah jawabnya. Dah tu paling best, cara buatnya sangat lah senang. Sama macam buat roti jala biasa. Cuma kena kreatif lebih sikit untuk buat daunnya. Jom cuba.
“Alhamdulillah!..banyak juga hasil tuaian carrot harini. Suka anak-anak tengok Roti Jala Bentuk Carrot macam ni.
Roti Jala ‘Carrot’
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna oren dan hijau
Caranya:
1. Asingkan kepada dua adunan, hijau dan oren.
2. Kiraikan adunan di atas non stick pan, kemudian pindahkan atas pinggan untuk lipat.
3. Lipat dua (seperti dalam gambar).
4. Lipat di bahagian bawahnya (dalam gambar) dan gulung.
5. Tadaaa..dah siap resipi oleh Amie Samuri.
Kredit: Amie Samuri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebuah perkahwinan wujudkan ketenangan dan terlindung daripada melakukan perkara negatif.
Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).
Namun, sudah tentu ada cabaran yang mendatang. Sebagaimana perkongsian ini menyatakan padangan Datuk Mohd. Kazim Elias tmengenai punca perkahwinan itu bahagia.
Apa yang pasti untuk bahagia elakkan ia berlaku. Ikuti selanjutnya perkongsian ini.
Bahagia itu kena cari, elak 4 perkara ini.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.” Tak tak. Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing. Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim. 1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH. Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing. Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk : •UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya.
Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan. Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident.
Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab. Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama. “Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.” Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.