
Setiap kali menggunakan produk skrub yang dijual dipasaran, anda akan terus rasa puas hati atau tak? Selalunya ambil masa seminggu, barulah anda dapat hasilnya kan?
Tapi tahu tak kalau kita buat skrub sendiri, terutama skrub beras, hasilnya memang berbaloi dan kesannya boleh dibezakan waktu itu juga. Kulit memang rasa lebih lembut dan cerah.
Kalau hasilnya semacam itu, rajin-rajinkanlah diri buat sendiri di rumah. Ikut cara Farah N yang turut buat skrub sendiri untuk kegunaan hariannya. Senang saja!
Dah lama tak post homemade penjagaan kulit. Hari ni nak kongsi tentang skrub beras. Skrub ni skrub kegemaran selepas skrub kopi. Memang best!
Antara kesan penggunaan scrub beras ni:
– Mencerahkan kulit muka dan badan
– Kulit lebih glowing dan tak kusam.
– Kulit lebih licin
– Kulit lebih lembut dan halus mulus
Bahan:
Beras
Lemon
Madu
Caranya:
1. Kisar beras sampai hancur.
2. Kisar guna pengisar atau lesung batu.
3. Agak-agak jangan terlalu halus. Bila siap, simpan dalam bekas.
4. Bila nak guna, campurkan dengan madu atau madu.
Sumber: Farah N
“Nak Tebus Semula ‘Hutang’ Bulan Madu Dengan Isteri Selama 7 Tahun Kahwin.” Umum Bersara Lepas 19 Tahun Curah Bakti, Chong Wei Mahu Bawa Anak & Isteri Bercuti.

Kelibatnya dalam arena sukan badminton pasti dirindui selepas ini. Apa tidaknya, setiap kali beliau menyertai pertandingan, jarang kecundang awal. Malah, tidak salah andai dikatakan sehingga kini tiada pelapis atau anak muda lain yang mampu menggantikan tempatnya.
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh lagenda badminton selama 19 tahun ini tidak boleh dilupakan. Namun, semua pihak akur dan menerima keputusannya untuk menggantung raket sebagai pemain badminton negara.
Datuk Wira Lee Chong Wei semalam mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas masalah kesihatan. Mengulas perancangannya selepas bersara, beliau berkata buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan bersama keluarga.
Oleh sebab itu, Chong bercadang ingin membawa isterinya serta keluarga pergi bercuti dan berehat kerana sebelum ini beliau kurang masa bersama orang tersayang. Kenyataan tersebut telah dipetik daripada penulisan Sinar Harian merujuk kepada sidang media tengahari semalam.
“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin. Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh itu.
“Seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan. Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu dan kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa dengan keluarga.
“Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu meluangkan masa lebih banyak dengan anak-anak saya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan dirinya akan terus menabur bakti dalam sukan badminton selepas bersara.
Tambah Chong Wei lagi, hasrat tersebut sudah disuarakan kepada Datuk Seri Norza, YB Syed Saddiq yang beliau akan kembali dalam arena sukan ini kerana mahu terus menabur bakti kepada negara.
“Walaupun sudah bersara, saya akan terus bantu BAM. Mungkin saya boleh jadi sparring partner kepada atlet-atlet muda atau bantu perkara-perkara lain,” tambahnya.
Dalam pada itu, Chong Wei turut merakamkan penghargaannya kepada pihak media dan pihak-pihak lain yang selama ini tidak didendang kerana telah banyak membantu dalam melonjakkan karier badmintonnya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang kedua terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.
“Selain itu, saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akan sapu lantai dan staff-staff lain dalam BAM kerana banyak tolong saya. Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.
Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini, pernah tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September tahun lalu. Beliau kemudiannya menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.
Sumber : Sinar Harian
Peti Ais Tak Sejuk, Gantikan 2 Barang Ni Je. Lelaki Ni Tunjukkan Caranya & Modal Tak Sampai RM20. Berbaloi Sangat!

Peti ais adalah peralatan yang sangat penting di dapur, tempat untuk kita menyimpan bahan-bahan basah dan makanan agar kekal segar dan tahan lama. Lazimnya peti ais yang baru setahun dua dibeli, mestilah berada di dalam keadaan yang baik di mana boleh mengekalkan kesejukkan suhu yang optimum.
Tapi bila usia peti ais sudah lama, mula lah anda akan hadapi masalah sudah tak sejuk lagi. Hendak dibeli baharu sayang pula, mesti ada cara untuk diselamatkan. Pun begitu, kalau serah bulat-bulat pada yang pakar untuk membaikinya tentu mahal juga kos yang perlu ditanggung.
Sedangkan jika kerosakannya mudah dibaiki, lebih baik anda sendiri lakukan kerja-kerja membaiki peti ais tersebut.
Ini kerana melalui perkongsian video oleh pemilik akaun TikTok @sayazuhri cukup mudah dan sangat membantu untuk dilakukan DIY sendiri. Jadi bolehlah anda jimat kos untuk membaiki peti ais yang tak sejuk lagi.
Tulisnya pada kepsyen video, “Ilmu paling mahal bagi aku untuk dikongsi”. Jadi rugi kalau anda tidak mempelajari sesuatu dengan perkongsian video daripadanya ini kerana menurutnya hanya 2 barang sahaja perlu diganti yang menyebabkan menjadi punca peti ais tak sejuk.
Baiklah jom kita check apa kerosakan peti ais kita bila sudah tidak sejuk lagi.
Langkah 1: Switch off dan cabut kepala plug terlebih dahulu untuk keselamatan anda.
Langkah 2 :Lihat di bahagian belakang peti ais. Buka cover pastikan tidak ada bunyi kompressor.
Langkah 3 : Kemudian cabut overload dan Ptc Relay, dan kedua-dua ini perlu diganti baharu. Harga anggaran RM20 untuk bahagian tersebut.
Disarankan anda check terlebih dahulu PTC Relay peti sejuk anda jenis yang mana satu. Jika ingin beli online boleh klik DI SINI
Nak tahu detail lagi, jom lihat perkongsian video yang telah menarik perhatian lebih daripada 825 ribu tontonan. Semoga bermanfaat.
@sayazuhrikorang boleh buat sendiri kalau korang nak jimat. ##fypシ ##fypp ##learnontiktok ##fypindonesia ##foryou♬ original sound – Zuhripocoyo
Sumber : TikTok @sayazuhri
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Makbulnya Doa Terbaik Dari Seorang Isteri. Lakukan Cara Ni Sungguh-sungguh!

Kekuatan doa memang semua maklum cukup luar biasa. Ia ibarat senjata buat perisai jiwa agar tidak kenal erti putus asa.
Lantas kita sebagai isteri seharusnya jangan pernah terlupa untuk mendoakan pasangan kita agar ia mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan kekal mencintai kita sebagai isterinya agar kebahagiaan berumah tangga dapat dinikmati.
Berdoa dan terus berdoalah!
Memahami ada waktu-waktu yang sesuai dan terbaik untuk si isteri menadah tangan memohon doa, ayuh kita baca perkongsian daripada Encik Muhammad Hassan ini.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia,jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU.
Jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak”
⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️
Sumber : Muhammad Hassan