“Skrol Dapat, Suami Pun Dapat…” Wanita Ni Naik Pelamin Pakai Jubah Konvo Curi Perhatian!

Share

Apabila berbicara mengenai hari konvokesyen, semua mahasiswa dan mahasiswi akan berasa teruja menanti detik menyarungkan jubah konvo sebagai simbolik tamatlah sudah panat jerih dan usaha keras selama ini. Bahkan bukan sahaja graduan, malah ibu bapa juga merasi keterujan itu.

Namun baru-baru ini seorang pengguna TikTok @cmi_hall berkongsi rakaman video perkahwinan namun di hari bersejarah tersebut pengantin perempuan menggenakan baju konvo. Manakala pasangannya segak mengenakan baju songket lengkap bertanjak.

Tarikh Majlis Sanding Bertembung Dengan Konvo

Difahamkan hal ini terjadi disebabkan berlaku pertembungan tarikh majlis konvokesyen dengan majlis perkahwinan yang sudah pun ditentukan lebih awal dan ia sukar untuk diubah tarikhnya.

 

Atas Pelamin, Suami Sarungkan Jubah

Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat pengantin perempuan yang juga merupakan graduan program Ijazah Sarjana Muda Bio Molekul UiTM Shah Alam telah disarungkan jubah konvo oleh suaminya sendiri di atas pelamin.

Detik bermakna itu turut disaksikan oleh setiap tetamu yang hadir dan mengundang rasa sebak, apatah lagi pengantin perempuan dapat  1st class degree.

Lebih istimewa, dia yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama telah mendapat selempang daripada ibu bapanya yang turut naik ke pelamin memberikan kejutan sempena dua majlis penting anak perempuannya.

Difahamkan, mereka telah menempah lebih awal dewan tersebut untuk majlis persandingan dan tanpa disangka pihak universiti telah mengeluarkan tarikh konvokensyen bertepatan dengan majlis yang sudah direncanakan.

Skrol dapat, suami pun dapat

Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya menyifatkan apa yang dilalui oleh pengantin perempuan  ini adalah sesuatu yang cukup indah dan cukup bermakna kerana merasai detik-detik bahagia dalam satu masa yang sama.

Mereka juga mengucapkan tahniah atas perkahwinannya serta untuk anugerah kelas pertama yang diperoleh sempena majlis konvokesyen tersebut.

Malah ada juga yang berseloroh magatakan skrol dapat, suami pun dapat.

Sumber : TikTok @cmi_hal & event space

Baca artikel menarik : “Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!

Baca ini juga : Jadikan ‘Air Teh’ Daripada Bahan Ni, Dr Kata Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak!

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI

!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club