Jika anak meraih keputusan yang cemerlang di dalam apa jua peperiksaan yang didudukinya, itulah antara ‘hadiah’ yang cukup menggembirakan hati ibu ayah yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Begitulah yang terpancar pada wajah gembira pelakon Datuk Aaron Aziz apabila anak perempuannya Dwi Ariana ‘menghadiahkan’ keputusan skor A di dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.
IGCSE ini adalah sebuah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.
Menerusi laman sosial Instagram, Aaron berkongsi momen sewaktu meraikan kejayaan anaknya dalam sebuah hantaran video.
“Tabarakallah alhamdulillah @dwiarianaaaron skor semua A dan A+ untuk peperiksaan (IGCSE). @diyanahalik please dont forget the reward you promised her. Congrats kak, you make us proud!!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian video berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Ariana menangis sewaktu mendapat keputusan peperiksaan sambil dipeluk oleh ayah dan ibunya, Datin Diyana Halik.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pujian wargamaya yang rata-ratanya menyatakan anak-anak Aaron bijak-bijak belaka.
Tidak kurang juga ada peminat dari Singapura yang turut berbangga melihat prestasi cemerlang Ariana yang bersekolah di sini.
Sumber : Aaron Aziz
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club