
Memang tidak dinafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yang cukup menyeronokkan.
Ketika inilah, aktif melompat sana sini dan kalau boleh semuanya ingin dibuat tanpa fikirkan bahaya atau sebagainya.
Sebab itu juga, kita sebagainya ibu bapa perlu bagi pengawasan lebih untuk pastikan semasa anak-anak bermain di dalam keadaan selamat.
Namun jika terjadi juga perkara yang tidak diingini, seperti terhantuk, terjatuh atau mengakibatkan luka dan pendarahan yang serius apa yang perlu kita buat segera sebelum menerima rawatan di hospital atau klinik?
Jika tidak tahu, melalui perkongsian ini dapat kiranya memberi info dan manfaat.
Bila berhadapan situasi mencemaskan jangan panik. Jika anak luka dan berdarah, tekap luka berkenaan dengan kain atau tuala bersih.
Tekan (sederhana kuat) selama 10 minit bagi menghentikan pendarahan. Lekatkan kain berkenaan supaya ia terus berada di atas luka selama beberapa minit atau ikat.
Kaedah ini sangat penting kerana pendarahan yang tidak berhenti boleh membahayakan nyawa si kecil kerana jumlah darah dalam badan mereka sedikit.
Sekiranya saiz luka besar, dalam dan berdarah banyak, tekap luka dengan
kain bersih td dan segera bawa ke klinik atau hospital berhampiran.
Apa yang penting ialah memberikan tekanan pada luka supaya pendarahan berhenti.
Masih teringat pesan doktor sewaktu abang amir luka berdarah kat dahi masa umur 4 tahun dulu sampai kena 6 jahitan.
Itulah pesan doktor, ikut step yg aida bg tau tadi. Alhamdulillah Yusuf dah selesai kat klinik, doktor tampal gam dan kena balik berehat. Pantau dalam masa 2 3 hari ni tengok keadaan dia cam mana.
Sumber : NZ Haida
Pantau Sendiri Tekanan Darah Di Rumah, Nak Pastikan Bacaan Tepat Ada Pantang Larangnya!

Pantau Sendiri Tekanan Darah Di Rumah, Nak Pastikan Bacaan Tepat Ada Pantang Larangnya!
Jika diajukan soalan tentang bila kali terakhir anda buat pemeriksaan tekanan darah, mungkin ada antara kita menjawab baru beberapa hari lalu lakukannya. Tidak kurang juga mungkin ada yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak pernah buat, bahkan tidak tahu bacaan tekanan darah terkini dek kerana jarang sakit. Mungkin ramai beranggapan, jika sihat tentu semuanya normal. Oleh itu membuat kesimpulan, tidak perlu untuk membuat pemeriksaan tekanan darah.
Pun begitu kita juga sedar bahawa tekanan darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi adalah merupakan pembunuh senyap. Tidak menampakkan gejala atau tanda-tanda tertentu dan jika tidak dibuat pemeriksaan dari awal, anda akan hanya tahu apabila diserang penyakit yang serius seperti strok atau serangan jantung. Bila hal ini berlaku, pasti menyedihkan!
Menyedari hal ini, jika ada yang ‘malas’ pergi ke klinik sebenarnya anda boleh sahaja lakukan langkah pemantauan bacaan tekanan darah sendiri di rumah. Ini sangat penting untuk kita dapat pastikan bukan sahaja tekanan darah kita normal malah tiada halangan untuk seisi keluarga membuat pemeriksaan sendiri dengan lebih selesa di rumah pada bila-bila masa.
Cara Guna Kena Tahu
Oleh itu, panduan penggunaan alat pemantau tekanan darah dengan teknik yang tepat perlu diketahui terlebih dahulu. Sedikit kesilapan biasa boleh menjejaskan bacaan tekanan darah yang diperoleh dan akhirnya bacaan yang diambil tidak menggambarkan tahap kesihatan seseorang itu.
Hakikatnya pemantauan tekanan darah perlu dilakukan dengan betul untuk memberikan hasil yang tepat. Untuk membantu, gunakan senarai semak Do & Don’t yang mudah ini :-
Do
- Periksa tekanan darah anda selepas satu jam bangun daripada tidur.
- Sebaiknya periksa tekanan darah sebelum mengambil sarapan
- Pastikan duduk di dalam keadaan selesa dengan posisi bersandar
- Pastikan tangan diletakkan sama paras dengan jantung.
- Tetapkan 5 minit pertama sebagai tempoh bertenang sebelum anda memulakan pemeriksaan.
Don’t
- Pundi kencing yang penuh (tahan kencing)
- Duduk tidak dalam posisi yang betul
- Bercakap-cakap ketika bacaan tekanan darah diambil
- Bersenam, minum kopi atau merokok 30 minit sebelum bacaan diambil
- Memakai pakaian yang ketat
Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bacaan yang tidak tepat.
Adalah penting bagi semua antara kita memahami bahawa bacaan tekanan darah kita berbeza-beza dan berubah-ubah dalam tempoh tertentu pada waktu yang berlainan meskipun pada hari yang sama.
Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa memantau tekanan darah di rumah menggunakan alat pemantau tekanan darah yang terbaik seperti OMRON Connect yang dilengkapi dengan sistem digital yang canggih sebagai menyediakan penyelesaian untuk pencegahan dan pengurusan kesihatan buat anda sekeluarga.
Apatah lagi baru-baru ini OMRON Connect melancarkan aplikasi program Health Gift rewards. Melalui aplikasi ini pengguna akan diberi ganjaran tiket dan healthcoins untuk setiap kali kita periksa tekanan darah (BPM) ataupun komposisi badan (BCM) kita.
Menarik bukan, dan bukan itu sahaja malah dengan jumlah healthcoins yang terkumpul, pengguna boleh tebus pelbagai baucer menarik sama ada di FamilyMart, Pasaraya Lotus’s, Touch n Go dan pelbagai lagi.
Jika anda ingin ketahui lebih detail tentang produk kesihatan OMRON connect ini boleh klik di sini (www.omronhealthcare-ap.com/my/)
Ramuan Rahsia Campuran Tanah Untuk Sayur Lebih Subur. Lelaki Ini Kongsikan Caranya. Rugi Kalau Tak Cuba!

Isi Kandungan
ToggleBerkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Rasa berbaloi penat apabila dapat merasai hasil sendiri.
Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama. Lepas ni tak perlu lagi nak beli atau merungut harga sayur semakin mahal. Tanam sendiri lebih baik, Selain menjimatkan, ia juga dapat membantu anda menjaga kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia seperti mana sayur di luar sana.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
sumber: Izham Alias & Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Resipi Air Jagung Sedap Bikin Ketagih. Bahan Senang Je, Cara Buat Simple. Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Anda suka minum air jagung? waktu cuaca panas tengok warnanya pun dah membuatkan terliur kan.
Sebenatnya ada cara buat air jagung sedap yang anda boleh cuba. Tak perlu gunakan buah jagung sebenar pun. Hanya gunakan pati perisa jagung, dan campurkan beberapa bahan lain untuk menaikkan lagi rasanya.
Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai. Menurutnya, pemilik resipi asal air jagung sedap ini adalah Miya Aira. Buat banyak, simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk. Nak minum je, tambahkan lagi air batu. Atau minum macam tu je sejuk-sejuk. Minum sekali pasti ketagih nak lagi.
Bahan-bahan:
Pati perasa jagung (apa-apa brand pun boleh, janji pekat)
Susu pekat
Susu cair
Coffee mate (untuk rasa lebih berkrim. Kalau tak letak pun tak apa)
Sedikit gula (kalau suka)
Sedikit garam (sikit je, nak bagi rasa lemak-lemak lagi)
Sedikit pati sirap (nak cantikkan warna supaya oren-oren sikit)
Cara membuat:
▶️ Mula-mula masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
▶️ Kemudian masukkan pati perasa jagung.
▶️ Masukkan susu pekat.
▶️ Lepas tu masukkan susu cair.
▶️ Sebenarnya boleh agak-agak je bahan-bahan ni ikut kepekatan dan rasa manis air jagung anda.
▶️ Masukkan 3 sudu besar coffee mate untuk rasa lebih berkrim. Tapi kalau tak ada pun tak apa.
▶️ Kalau nak tambah lagi gula pun boleh kalau nak manis gula biasa.
▶️ Akhir sekali masukkan sedikit garam untuk naikkan lagi rasa lemak.
▶️ Kacau sehingga sebati, dan biarkan masak sampai mendidih dan berbuih.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
▶️ Tunggu sejuk sekejap, lepas tu masukkan dalam jug dan tambahkan air batu untuk dihidangkan.
Memang sedap, cukup rasa jagung, manis dan lemaknya. Nak lagi sedap, tambahkan jagung tin tu. Berketul-ketul jagung dalam tu lagilah nikmat. Tapi kalau anda jenis suka minum air je, tak letak jagung pun tak apa.
Selamat mencuba!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club