Kekeluargaan

Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak!

Share

Dikala usianya 45 tahun kini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak lagi fokus untuk menambah bilangan anak.

Malah kata Siti menerusi satu perkongsian video di Tik Tok, untuk hamil lagi bukan menjadi pilihannya kini memandangkan dia sudah punya dua cahaya mata.

“Sekarang ni saya lebih fokus jaga kesihatan, kalau diikutlah boleh lagi nak hamil kalau kuat.

“Cuma bila dah 45 tahun ni risiko lagi tinggilah,” kongsinya.

Bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia pernah berdepan dengan dua masalah kesihatan ketika mengandungkan Aafiyah dan Afwa.

“Sebab masa Aafiyah dulu saya bleeding teruk, saya ada masalah uri melekat.

“So masa mengandungkan Afwa pula alhamdulillah tapi selepas bersalin saya ada problem sebab saya ada tail bone problem yang sakit sangat.

“Maknanya bila ada dua anak ni, dia punya sakit lain-lain. Ibu ni kan bila anak dah besar dia lupa sakit sebab tu, nak bertambah-tambah tu cumanya faktor usialah.

“Sekarang ni saya fokus untuk jaga kesihatan diri saja,” kongsinya lagi.

Terdahulu, perkongsian hidup Siti dan Datuk K dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

 

@mysiraplimau Usia 45 tokti lebih fokus jaga kesihatan teringin nak hamil tapi mcm agak susah dan kehamilan sebelum ni ada pendarahan. @Siti Nurhaliza #siraplimau #fyp #tokti #sitinurhaliza #masukberandafyp #fypシ゚viral #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚ ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my