Sebelum ini mungkin ada yang sudah mengetahui bahawa penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membina sebuah sekolah kanak-kanak iaitu Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin. Perkara itu pernah dikongsikan oleh Siti sendiri ketika anak-anak itu menyambut hari kelahirannya awal tahun lalu.
Teruja dengan perkembangan terkini sekolah tersebut, namun Siti terpaksa memendam hasratnya untuk melawat institusi tersebut atas faktor keselamatan.
Menurut Siti, pihaknya perlu membuat perancangan yang rapi jika ingin menjalankan lawatan ke sana memandangkan lokasi tersebut berisiko tinggi dan masih bergolak.
“Masuk ke wilayah Gaza sangat berisiko. Kita kena ikut prosedur perjalanan yang sah.
“Tak bolehlah nak main seludup-seludup dan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu memandangkan lokasi adalah kawasan peperangan.
Dalam pada itu, Siti juga sempat berkongsi perkembangan terkini sekolah yang mula beroperasi sejak Oktober 2021 ketika ditemu ramah di Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Vol 3, Selasa lalu.
“Saya selalu mendapat video wakil di sana untuk berkongsi perkembangan sekolah.
“Sekarang, kami sudah mempunyai lebih 50 pelajar. Sebelum ini, kami hanya menyediakan makanan untuk pelajar pada hari tertentu, tetapi sekarang setiap hari.
“Pelajar juga sudah ada pakaian seragam. Untuk anak-anak yatim piatu, kita berikan mereka pendidikan percuma.
“Alhamdulillah, sekolah ini semakin berkembang termasuk fasiliti penting seperti buku dan bahan bacaan. Mungkin kami akan membina lebih banyak kelas untuk meramaikan kemasukan jumlah pelajar, insya-Allah,” jelasnya.
Sebelum ini, Siti mengumumkan dirinya bakal menganjurkan Konsert Satu Suara Vol 3 yang bakal berlangsung pada 13 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, jam 8.30 malam.
Konsert itu bakal menyaksikan penyanyi popular dari tahun 70-an, Jay Jay dan Ernie Zakri mewakili era 2000 berganding di atas satu pentas besar.
Persembahan ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan, kebajikan, bencana alam dan pembiayaan sekolah, Afwa Al-Afiyah.
Sumber : Xtra
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Ini Sebabnya Kenapa Tidak Boleh Biarkan Pintu Dan Tingkap Terbuka Waktu Maghrib. Serius, Ibu Bapa Kena Baca !
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
sumber : Dr Taufiq Razif & t.me/NotaTaufiqRazif
Bila Anak Tanya Tentang Seksual, Ini Skrip Jawab Soalan Dengan Betul. Tepat Dan Mudah Faham!
Tahukah anda bahawa, memberi pendidikan seks dapat mengajar kanak-kanak untuk mengenal pasti garis pemisah antara pengantunan seksual kanak-kanak (child sexual grooming).
Tapi bukan mudah untuk menjelaskan anak-anak dengan perkataan yang mudah dan ringkas.
Jadi nak tahu cara terbaik ibu bapa dalam mendidik anak-anak terhadap pendidikan seksual, menerusi facebook Adlil Rajiah yang mengupas perkongsian Akhi Fairuz (penulis pendidikan seksual) mengenai apakah skrip yang betul untuk menjawab soalan anak tentang seksual.
Satu ilmu power yang saya belajar dari Akhi Fairuz (penulis pendidikan seksual) ialah skrip yang betul untuk jawab soalan anak tentang seksual. Dan saya nak share kat sini, supaya kita boleh sama2 betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.
.
So lepas ni bila anak2 tanya pasal seksual, takde la kita—
1. Terkebil2 atau malu2 tak tentu pasal
2. Marah atau suruh anak stop tanya
3. Pass soalan tu kat suami. Pastu suami pass balik kat kita. Pastu dua2 pura2 noob tak tahu jawapan.
4. Anggap anak kecik lagi, nanti dah besar diorang tahu sendiri lah
.
Kalau macam ni perangai kita, jangan terkejut kalau anak—
1. Stop tanya kita tentang seksual
2. Lebih suka tanya Google / kawan2
3. Belajar dari strangers kat internet
4. Belajar SEGALANYA dari pornografi
Ingat, ini bukan lagi zaman kita perlu bersusah payah mencari pornografi. Sebab segalanya terhidang depan mata tanpa dicari—
dalam TV, youtube, netflix, facebook, instagram, tiktok lagi lahh , iklan2 kat phone apps, billboard tepi jalan pun berlambak soft porn.
Sebab tu penting untuk biasakan beri nama yang sepatutnya untuk kemaluan anak. Udah2 la guna nama objek seperti burung, bebird, bunga, flower, belalai, karipap, asam keping, nasi lemak, batang.
Kiasan nama2 objek macam ni la yang mencetus lawak double meaning yang makin merepek2 zaman sekarang.
Ini la akibat bila mak bapak tu sendiri tak terbuka untuk ajar anak sebut zakar / penis atau faraj / vagina, semata2 sebab rasa malu, rasa lucah, rasa akward.
Padahal dalam quran dan hadis pun sebut jelas perkataan2 tersebut dalam bab hadas, jimak, haid dan sebagainya.
Kat sekolah pun anak belajar tentang zakar/penis dan faraj/vagina, dalam subjek Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Sains.
So apa isunya lagi?
Apa yang awkward?
Ok dah. Kembali kepada point asal.
Skrip yang betul untuk jawab soalan anak seperti:
1. Seks/ persetubuhan/ kahwin tu apa?
2. Baby datang dari mana?
3. Kenapa kemaluan lelaki perempuan berbeza?
4. Atau soalan2 yang seumpamanya.
Pertama sekali, jangan panik. Syukur dulu sebab anak tanya soalan ni pada kita dan bukan pada orang lain. Maksudnya kita adalah orang yang paling anak percaya.
So this is the best learning moment untuk kita sampaikan ilmu seksualiti pada anak dengan jelas, tanpa melucah, tanpa melawak, dan dengan berterus terang.
Sambil buat muka cool, just jawab dengan tenang—
Anak: Mama, bersetubuh tu apa? Seks tu apa?
Mama: Kakak dengar dari mana perkataan tu?
Anak: Kat sekolah / Tadi kawan sebut (contoh)
Mama: Kakak tahu kan, Allah ciptakan manusia ni berpasangan. Ada lelaki, ada perempuan. Kakak rasa, apa yang membezakan lelaki dan perempuan?
Anak: Tubuh badan? Kemaluan?
Mama: Pandai! Yang bezakan lelaki dan perempuan adalah kemaluan. Macam mama dan kakak, kita perempuan, Allah beri faraj/vagina. Kalau lelaki macam Papa pulak, Allah beri zakar/penis.
Allah buat macam tu, sebab sampai satu masa lelaki dan perempuan akan berkahwin. Lepas berkahwin, Allah benarkan lelaki dan perempuan bermesra, berciuman, berpelukan, dan boleh lakukan hubungan seksual atau bersetubuh.
Tapi kalau bersetubuh tanpa berkahwin, ia dipanggil zina. Zina haram dan berdosa besar. Kalau bersetubuh secara paksaan pulak, ia dipanggil rogol. Rogol ni satu perbuatan yang amat jahat dan jijik! Jenayah dan dosa besar.
Tapi kalau hubungan seksual atau persetubuhan dalam perkahwinan, suami isteri dapat pahala. Allah sayang. Dan melalui persetubuhan ni la, boleh dapat anak / baby.
Anak: Aikk macam mana pulak boleh dapat baby?
Mama: Setiap makhluk di dunia ni ada cara membiak. Contohnya pokok membiak melalui biji benih. Binatang macam kucing, lembu, gajah, harimau membiak melalui proses mengawan (mating) antara jantan dan betina.
So kita manusia pun ada cara membiak, iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
Zakar yang ada pada lelaki, bukan sekadar tempat keluar air kencing, tapi juga tempat mengeluarkan benih iaitu sperma. Bentuk dia macam berudu. Sperma ni dihasilkan dalam testis lelaki. (Lukis atau guna buku panduan)
Perempuan pula ada ovari di kanan dan kiri rahim. Ovari keluarkan benih jugak iaitu ovum. Bentuk dia macam telur.
Bila sperma ayah dan ovum mama bertemu, ia akan membentuk zigot, kemudian jadi embrio, fetus dan akhirnya jadi lah bayi.
(Boleh ajak anak buka Quran, lihat surah Al-Mukminun ayat 12-14, tentang proses kejadian manusia)
Anak: Oooo.. tapi macam mana pulak sperma lelaki boleh bertemu dengan ovum perempuan?
Mama: Sperma dan ovum bertemu bila zakar lelaki dimasukkan ke dalam faraj perempuan. Itu lah yang dinamakan persetubuhan.
Itulah cara macam mana kakak dan adik2 boleh lahir ke dunia. Tapi kakak kena ingat, persetubuhan ni dibenarkan oleh Allah bila lelaki dan perempuan itu berkahwin sahaja.
Kalau tak kahwin, itu yang ada anak2 remaja lahirkan anak luar nikah, sampai sanggup buang bayi dalam tandas, sebab lakukan persetubuhan di luar perkahwinan.
Sebab tu mama kena terus terang dengan kakak tentang ni. Mama taknak kakak dapat info dari sumber yang salah. Mama risau, kakak terjebak dengan video lucah.
Sebab tu mama selalu ingatkan, kalau kakak ternampak video atau gambar orang seksi, tak pakai baju, kena cepat2 bagi tahu mama.
Kakak kena pandai jaga diri. Jangan bagi sesiapa pun sentuh mulut, dada, punggung, paha dan kemaluan. Tak kiralah orang tu papa ke, mama ke, atuk, bapa sedara, sepupu, cikgu, ustaz, kawan2, atau rakan sama jantina sekalipun.
Mama bangga dengan kakak sebab berani tanya tentang ni, dan terima kasih sebab tanya mama. Mama happy dapat bantu kakak. (Peluk anak)
Haa amacam? Ready nak jawab dengan anak lepas ni?
.
But of course, bukan senang nak start bercerita dengan anak tentang seksual ni kan. Baca skrip ni je pun dah berpeluh. Apatah lagi nak cakap depan anak. Menggelupur terus.
.
Tapi insyaAllah, kalau niat kita benar2 untuk mendidik anak, dan untuk pastikan mereka tak “dididik” oleh sumber yang salah, pasti Allah permudahkan.
.
Dan sebenarnya pendidikan seksualiti ni luas lagi. Soalan anak takkan berakhir kat situ. Ada banyak lagi kemusykilan yang akan buat kita tercengang memikiorkan jawapan.
.
So sebelum didik anak, pastikan kita dulu terdidik. Okay?
.
Sumber: Adlil Rajiah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
“Tak Cukup Hari Lagi, Anak Abah Dah Keluar.” Isteri Bersalin Awal, DS Aliff Syukri Timang Anak Kelima
Pasangan suami isteri, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid semalam menimang cahaya mata mereka yang kelima.
Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu bagaimana pun tidak didedahkan wajah untuk tatapan umum oleh pasangan tersebut.
Berita gembira tersebut dikongsi pasangan terbabit di laman Instagram masing-masing dengan memuat naik posting tanpa mendedahkan wajah cahaya mata kelima mereka itu.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Sebelum itu, DS Aliff turut berkongsi satu video ketika menemani isterinya yang bakal bersalin.
Mohon maaf sahabat gaduh,cinta,isteri tak sanggup tngok
Wife abang nampak happy tapi sebenarnya dia sedang menahan kesakitan yang lebih sakit daripada nak mati dan abg menyempat rakam utk youtube abg.. Sebenarnya wife abg akan beranak pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doctor cakap emergency kena branak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri yang akan bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat abang..
Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.. Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak memang….
Sebab tu hari ini abang nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, sayann saya @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya ..
Berbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. Hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. Tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy sampai mati syg️️ kalau tengok dugaan wanita yang ingin malahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri..
sbb tu abg x malu nak mintak maaf .. Abg harap kami punya jodoh panjang sampai ke mati…. sbb tak sanggup nak tngok dia sakit.. Doakan wife abg selamat dan mudah melahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai petang..