Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!