Sungguh inspirasi melihat penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan umrah bersama puteri kesayangan, Siti Aafiyah Khalid menjadi kenyataan. Turut sama suami beliau.
Melalui perkongsian di instagramnya, Siti Nurhaliza telah muat naik beberapa gambar dan rakaman video salah satunya ketika beliau dan Aafiyah menuju untuk melakukan Tawaf Sunat.
“Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah..
“Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila…Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga.. Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku..Teruskan menziarahi Masjidilharam, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke MasjidilAqsa pula nanti ye.. 3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan.”
Bahagia itu datang pelbagai cara bukan sekadar harta benda. Setiap pasangan suami isteri impikan bahagia dengan kesetiaan dan kejujuran serta sanggup susah dan senang.
Begitu dengan perkongsian Dr ini, apabila hidupnya diuji mempunyai masalah kesihatan apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di pipi. Ketika itu, sumber pendapatan tidak stabil, namun isteri tetap setia di sisi memberi semangat.
Dalam coretan ini, beliau juga beranggapan pengorbanan isteri itu, harus dihargai agar rumah tangga lebih harmonis.
Ikuti perkongsian ini.
“Kita nak pergi mana?”
“Ikut saja.”
Sekali imbas bila melihat wajahnya saja memang ketara sungguh menanggung beban kepenatan. Dalam fikirannya sekarang memang hanya nampak katil dan bantal.
Masuk kerja dari 7 malam dan hanya akan pulang ke rumah jam 11 pagi keesokkan harinya. 16 jam kerja tanpa rehat apatah lagi tidur. Itu hakikatnya kerja seorang doktor. Penat tolak tepi!
Aku pimpin tangan dia. Tangan inilah yang hampir 10 tahun menjaga perut aku. Menjaga pakai aku. Menjaga anak-anak aku.
Ketika aku diuji dengan ketumbuhan pipi, insan inilah yang sentiasa setia di samping. Sanggup tidur di lantai berlapikkan alas nipis tanpa sekali pun merungut sakit badan.
Sentiasa menceriakan aku dan berbicara bercerita walaupun sepatah pun aku tak mampu membalas kerana leher ditebuk untuk aku bernafas.
Ketika itu aku bukan sesiapa pun. Hanya seorang lelaki yang terlentang di katil dan miskin. Iya, dalam akaun bank memang kosong. Yilek.
Peritnya ketika itu hanya Allah yang tahu.
Pembedahan yang bakal dibuat memakan kos RM20,000. Bingung mana nak cari duit sebanyak itu. Aku belum kerja. Baru habis belajar. Simpanan memang langsung tak ada.
Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa. Mungkin dia tahu yang dia juga sedang diuji. Jika mahu tinggalkan aku pun aku takkan persalahkan.
Tapi dia kuat, tabah dan terus setia. Kekal menunggu pada lelaki yang langsung tak ada apa apa ini.
Melihat ketabahan dan kesetiaannya, aku tekad berjanji pada diri ini aku tidak sesekali sia-siakan hidup dia. Akan aku semai cinta ini biar mekar hingga hujung nyawa.
“Nak pergi mana ni?”
“Abang nak beli emas”
Tak banyak cakap aku tarik tangan dia masuk ke kedai.
“Pilih yang mana berkenan. Jangan tengok harga. Yang mana sayang berkenan, ambil”
Sengaja aku pesan awal-awal. Bimbang dia teragak-agak untuk buat pilihan. Risau harga mahal.
Apalah sangat seutas dua emas jika nak dibandingkan dengan pengorbanan dia pada aku. Kesetiaan dan sokongan dia di setiap apa yang aku lakukan.
Dr Samhan.
Lelaki ini tidak berada dimana dia berada sekarang jika bukan kerana sosok tubuh ini. Sungguh!
Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.
Benar, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Michelle Obama (isteri Obama) pernah berkata,” Obama jadi Presiden USA hari ini kerana berkahwin dengan saya. Jika saya berkahwin dengan bekas teman lelaki saya, pasti dia yang jadi Presiden USA dan bukan Obama”
Benar. Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kadang yang tampak diluar bukanlah yang sebenarnya.
Wajah isteri itu sangat enak dipandang. Mendukung diwaktu-waktu gelap dan memberi kekuatan untuk melaluinya.
Nasihat saya pada para suami, hargailah pengorbanan seorang isteri. Beri layanan sebaik mungkin. Jika mampu, belikan emas untuknya sebagai tanda kasih padanya. InsyaAllah rezeki datang mencurah-curah. Jika masih belum mampu pasanglah niat, satu hari aku nak hadiahkan emas untuk isteri. Allah akan permudahkan.
Saling memahami antara suami isteri itu penting agar ada keserasian dalm hubungan. Begitu juga, perlu difahami setiap seseorang itu ada sifat dan perwatakan yang berbeza
Umumnya, jika seorang suami itu orangnya peramah biasanya isterinya bersifat pendiam. Perbezaan ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang menyempurnakan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang menyusahkan.
SUAMI EXTROVERT, ISTERI INTROVERT
Dalaman manusia memang tak sama.
Pernah ke berlaku, suami ingin isterinya jadi seorang yang peramah bila bertemu dengan ahli keluarga suami, tapi malangnya isteri tetap jadi seorang yang pendiam.
Bila ahli keluarga semua dah balik, suami mula memarahi si isteri kerana bersikap demikian.
Rupanya suami tak kenal yang isterinya seorang yang *introvert* sedangkan si suami pula seorang yang *extrovert*.
Introvert: Suka menyendiri dan pendiam.
Extrovert: Suka bergaul dengan orang dan peramah.
Solusinya
Suami perlu bersyukur jika isteri menyambut ahli keluarga dengan baik walaupun isteri tidak banyak cakap. Dia dah tolong sediakan juadah sudah cukup baik.
Jelaskan pada ahli keluarga tentang isteri adalah seorang pendiam, bukan kerana dia sombong.
Sumber : Hassan Adli
Perbaiki Diri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya. Insiden tersebut berlaku apabila sebuah objek keras dilemparkan ke arah beliau, menyebabkan mata kirinya kehilangan fungsi penglihatan sehingga ke hari ini.
Buta Sebelah Mata Dibaling Mainan, Pemuda 29 Tahun Kini OKU Penglihatan
Sejak kejadian itu, Harith Luqman, 29, memulakan kehidupan baharu sebagai individu orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan menerima takdir yang telah ditentukan untuknya.
Namun, Harith Luqman tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya. Beliau bangkit dan kini aktif menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan di sebuah gerai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Mengimbau Detik Hitam
Mengimbau kembali kejadian tersebut, Harith Luqman menceritakan bahawa ia berlaku ketika beliau sedang pulang ke rumah selepas tamat semester pengajian di kampus.
“Waktu itu, seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membaling mainan kecil yang keras ke arah mata saya. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mendapati saraf di belakang mata kiri tidak lagi berfungsi. Pada mulanya, saya sangat sedih kerana mata adalah bahagian penting untuk berinteraksi dengan orang lain. Saya mula merasa malu dan hilang keyakinan diri,” katanya.
Kejadian itu turut memberi kesan kepada penglihatan mata kanannya yang menjadi silau. Akibatnya, beliau kerap mengalami sakit kepala, sukar memberi tumpuan dalam pelajaran, dan terpaksa berhenti daripada menyertai sukan, walaupun sebelum itu beliau sangat aktif.
Doktor turut memberi pilihan untuk membuang bola mata yang rosak atau mengekalkannya.
“Saya memilih untuk mengekalkannya, tetapi doktor mencadangkan penggunaan mata palsu. Lama-kelamaan, saya menerima takdir ini dengan reda dan bersyukur kerana mata kanan saya masih dapat digunakan untuk melihat,” ujarnya lagi.
Sokongan Keluarga dan Kejayaan Berniaga
Harith Luqman bersyukur kerana keluarga, termasuk ibu bapa, adik-beradik, dan rakan-rakan rapat, sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga berterima kasih kerana tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kekurangan dirinya diperlekehkan.
Kehidupan hariannya kini dihabiskan dengan sibuk berniaga di gerai. Walaupun pernah menganggur selepas tamat pengajian, beliau akhirnya menemui minat dalam perniagaan apabila ahli keluarga mengajaknya menjual minuman boba di tepi jalan.
“Dari situ, minat untuk berniaga mula timbul. Saya belajar dengan memerhatikan cara peniaga lain menjaga kualiti dan kuantiti produk mereka. Daripada pemerhatian itu, saya cuba mengusahakan perniagaan sendiri dengan menjual nasi ayam kunyit, daging kunyit, ayam ‘black mamba’ (nama ciptaan sendiri), dan daging dendeng. Alhamdulillah, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan sejak awal sehingga kini,” jelas Harith Luqman.
Inspirasi Untuk Orang Lain
Sebagai seorang OKU, Harith Luqman lebih suka berdikari dan tidak mahu menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk menagih simpati.
“Saya sebenarnya enggan berkongsi cerita ini, tetapi ramai yang bertanya bagaimana saya menjadi OKU. Disebabkan gambar saya sebelum dan selepas kejadian tular di media sosial, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercerita agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
Beliau juga bersyukur dengan sokongan positif yang diterima daripada orang ramai, termasuk mereka yang berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Harith Luqman kini menyimpan impian untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan individu yang berguna kepada masyarakat.
“Apa yang saya harapkan hanyalah doa dan sokongan. Saya ingin terus maju dan mencapai cita-cita saya,” katanya mengakhiri cerita.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.