Menghias ruang dalam rumah dengan sentuhan kehijauan tanaman, diakui akan memberi impak lebih segar dan damai.
Tidak dengan itu, dikatakan ramai gemar menanam pokok di dalam rumah bertujuab untuk memastikan pengudaraan di dalam kediaman menjadi lebih sihat dan segar.
Walau apa pun tujuannya, tumbuhan yang ditanam harus dijaga agar hidup dengan subur. Selain perlu dibaja mengikut kekerapan tertentu, malah tidak boleh tidak harus disiram.
Memahami bagaimana sebaiknya tumbuhan indoor plants ini harus dijaga, elok kita baca perkongsian ini. Jom semak.
PENYIRAMAN INDOOR PLANTS
Tahukah anda penyiraman merupakan asas penting di dalam penjagaan pokok?
Pokok yang disiram terlalu banyak air atau kekurangan air boleh menyebabkan risiko pokok menjadi layu dan mati.
Perlu untuk kita ketahui, penyiraman sehingga menyebabkan air bertakung, terlebih air yang diperlukan oleh tanaman merupakan salah satu faktor utama pokok indoor plants kita mati.
Bagi melakukan penyiraman, adalah tidak digalakkan sama sekali menggunakan air yang bersuhu dingin.
Penyiraman mengunakan air ini akan menyebabkan pertumbuhan terbantut atau merosakkan akar tanaman.
Setiap keperluan suatu tanaman berbeza mengikut sepsis, habitat, tanah, cahaya, suhu dan kelembapan di kawasan rumah.
Tumbuhan yang mempunyai permukaan daun yang besar akan lebih banyak memerlukan air berbanding tanaman yang mempunyai daun kecil.
Oleh : Nurul Efah Sudding
sumber : Ashraf Sharef via Kelab Kaki Deko