Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Puan Syafini Hassan.
Lepas ni tak perlu tunggu suami atau panggil orang datang repair, ibu-ibu boleh buat sendiri je. Tak caya, jom tengok caranya. Mudah je pun.
SINKI SUMBAT?? SINKI BAU SAMPAH!! BACA TIPS KAK PIN NI
Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.cari- cari tak Jumpa plak puncanya.. Sampah dah clear.
Follow kak pin, like & share post ni kalau bermanfaat okeyyy.. 😍😘
BAHAN-BAHAN:
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tuu.. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli kat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol camni dalam rm16. Ok la tu… Daripada panggil plumber sampai beratus.
Ni rupa soda tu.. Berkeping-keping. Kalau boleh jangan pegang direct. Chemical.
CARA MEMBUAT:
1.Mula-mula, jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas je.
2.Kemudian, keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.
3.Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.
4.Selepas itu, tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.
6.Haa.. Kan dah kabo… Ada wap air tu. Pastu tuang air sampai habis. Siap!
Bersih dah sinki kita. Kalu ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak payah tunggu sinki sumbat baru nak cuci ye.