Melihat pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak kembar, pasti terbayang di fikiran kita betapa beruntungnya pasangan tersebut. Apatah lagi bagi pihak ibunya, maklumlah sekali mengandung dan melahirkan, dapat dua orang anak sekali gus. Jimat masa dan paling penting,  sekali sahaja merasa sakitnya saat melahirkan. Memikirkan ini, ramai juga antara ibu-ibu yang mahukan beranak kembar.

Ada Single, Twin & Triplet

Single, Twin & Triplet, Anugerah Terindah Dalam Keluarga Ni. Memang Luar Biasa!

Pun begitu, bagi Siti Habshah Mat Sohod dan pasangannya Kamarul Ariffin Razali,  ini ternyata menjadi ibu bapa paling istimewa dan bertuah dengan dianugerahkan enam orang anak dalam usia sembilan tahun perkahwinan mereka. Anak sulung, Taufiq Aniq (lapan tahun), pasangan kembar; Lutfiah Hana dan Lutfiah Hani (tujuh tahun) dan pasangan kembar tiga; Lutfiah Aina, Lutfiah Aira dan Lutfiah Aini (tiga tahun).

“Tahun 2015 memang saya bersedia untuk hamil selepas kelahiran kembar. Bila buat ujian kehamilan, alhamdulillah Allah memperkenankan doa saya. Dua bulan selepas itu, sewaktu hendak “buka” buku pemeriksaan kehamilan dan scan kandungan, saya diberitahu bahawa kandungan saya kembar juga. Untuk kesahihan, saya scan di klinik kerajaan, kemudian berjumpa pakar O&G di Hospital Tun Ampuan Rahimah, Klang. Sah! saya hamil triplet.

“Saya teruja dan suami pun terkejut tak tahu hendak cakap apa. Tiada siapa pun yang tahu saya mengandung triplet ketika itu. Hanya mak mertua sahaja yang tahu, sehinggalah usia kandungan 6 bulan barulah saya beritahu keluarga terdekat dan mereka semua terharu dan terkejut.

Ads

“Pada tanggal 8 Mei 2015 bersempena bulan sambutan Hari Ibu, bayi kembar tiga saya dilahirkan dengan berat 1kg, 1.1kg dan 1.2kg. Saya cukup bersyukur dengan kurniaan ini. Kini saya telah menjadi ibu kepada enam orang anak dengan tiga kali pengalaman bersalin. Sesuatu yang cukup luar biasa dan tidak terjangka untuk saya lalui semua ini.”

Single, Twin & Triplet, Anugerah Terindah Dalam Keluarga Ni. Memang Luar Biasa!

Bajet berganda-ganda

“Pengalaman untuk membeli belah pakaian anak-anak juga tidak sama seperti keluarga lain. Maklumlah bukan mudah untuk diusung anak-anak kembar ni dalam satu masa, lebih-lebih lagi dalam bab shopping. Ditambah pula jika pasar raya tersebut sesak dengan orang ramai.

Ads

“Keadaan ini membuatkan saya dan suami bimbang juga terhadap keselamatan anak-anak. Manalah tahu terlepas pandang, padah akibatnya. Jadi cara terbaik biarlah suami sahaja yang uruskan hal membeli pakaian kami sekeluarga.

“Sekiranya mahu bawa anak-anak ke pusat membeli belah, kami hanya bawa yang besar sahaja. Yang kembar tiga kami tumpangkan sekejap di rumah kakak  untuk sementara waktu.”

Single, Twin & Triplet, Anugerah Terindah Dalam Keluarga Ni. Memang Luar Biasa!

Ads

Lapangkan sahaja

“Jujur saya katakan, memang saya suka sangat hias-hias rumah ni. Tapi semua ini tidak dapat dilaksanakan  dek kerana anak-anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi yang triplet tu. Pantang ada barang-barang, habis di’kerja’kan mereka.

“Oleh itu, biarlah saya simpan keinginan saya sehinggalah anak-anak besar sedikit. Buat masa ini, keadaan rumah selapang mungkin untuk anak-anak mudah bermain dan selamat untuk mereka.”

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI