
Singgang Daging Kelantan Yang Tersangat Sedap & Mudah Nak Buat. Ni Resipinya!
Jika tiada idea untuk menyediakan menu untuk hari ini, apa kata anda sediakan sahaja Singgang Daging Kelantan yang bukan sahaja mudah disediakan malah enak rasanya. Meskipun menu ini terkenal di neger Pantai Timur namun ramai akui menepati selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.
Jadi jika anda belum pernah mencuba menyediakan menu ini di rumah, apa kata jadikan resipi yang dikongsikan oleh Femes Media ini sebagai panduan.
Singgang Daging Kelantan
Bahan-bahan:
1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas – ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih – mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
Air
Cara:
- Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
- Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
- Masukkan air.
- Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
- Boleh letak serbuk perasa dan budu.
- Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.
-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mudah Rupanya Resipi Roti Sisir, Guna Sukatan Cawan Dan Sudu. Boleh Cuba!

Apabila menyentuh mengenai makanan yang popular antaranya adalah makanan roti. Sudah pastinya menjadi kegemaran sekeluarga. Selain beli dikedai, kita boleh juga membuat roti di rumah. Lagi fresh!
Apa kata kali ini kita buat sendiri. Tak perlu breadmaker, roti tetap gebus gebas!
Ikuti perkongsian resipi oleh puan Azani AZ Zikri cara membuat roti sisir. Mudah aje resipinya.
Roti sisir “hentam sajelah” nme dia..jnji ade rupa ckit ok lh..resepi sma mcm roti biase cuma tmbahkn gula biar manis sikit.. Lps tu tmbah perisa jagung. Hasilnya sgt sdp..wangi2 jagung.. Member dlm group ni pn rmai dh share resepi roti sisir ni kn.. Ingatkn nk buat mkn ptg2, skali rasa sekeping trus abis 3 keping..tgh suam2 ni aduhhh…mkn tghari blm lg ni
Resepinya Roti Sisir
Sukatan guna cawan dan sudu aje
1sudu kecil mauripan
1sudu gula pasir
50ml air suam
(bancuhkn bahan di atas)ketepikan
2 cawan tepung roti
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan marjerin
1sudu kecil bread improver
2 sudu makan susu tepung(sya guna fernleaf )
4 sudu makan gula
1sudu kecil garam
Sdikit pwrna kuning klu suka..
2-3 sudu perisa jagung(yg untuk bancuh air tu ye)
70 ml air sejuk (ikut lembut doh)
Sdikit susu +sdikit telur (untuk sapu atas roti sblum bakar )
Water roux ( 2sudu mkan tpung gndum+90ml air.masak atas api sederhana hingga pekat)
Loyang sya guna 20 x10 cm. Gris dengan marjerin..
Cara-cara nak buat pun ringkas aje
Satukan water roux ,marjerin,gula,garam,perisa jagung,air sejuk ,pwrna kuning dlm 1 bekas,, kacau je dgn senduk smpi sebati..masukkn bancuhan mauripan .gaul lg.. Seterusnya bru bahan kering.. Tpung gndum,tpung roti, bread improver, susu tpung.
Jika doh lembik boleh tmbah tepung sikit. Uli sampai tak melekat di tangan. Elastik. Ni penting untuk dptkn roti yg lembut dn gebu.
Da siap uli trus bhgikan 11 bahagian. (Sya x perap pn) bulat2 kan.. jdikn 11 bji bebola tepung…lps tu lenyekkn dn gulungkn 1 per 1. Susun dlm loyang rapat2.. Ok siap susun ..perapkn sampai kembang, Sya perap 2 jam.. Sblum bakar, sapu permukaan atas roti dgn susu +telur…
Bakar dgn suhu 170 ke 180 drjah slma 20 ke 25 minit. Atau smpi roti masak..bila dah masak trus sapu atas roti dgn marjerin .. Siap!
Famili Suka Makan Asparagus? Wanita Ni Kongsi Tip & Cara Nak Tanamnya. Boleh Cuba!

Biasanya orang yang suka berkebun atau bercucuk tanam ni kalau boleh semua jenis pokok ingin ditanam.
Pun begitu bercakap tentang tanam asparagus, mungkin kedengaran asing berbanding tanam cili,kangkung,daun sup dan sebagainya.
Mungkin juga yang beranggapan tanam asparagus ini sukar dan memerlukan teknik-teknik tertentu.
Namun, melalui perkongsian daripada Cik Mae ini dapatlah kita tambah ilmu dan terasa ingin pula mencuba untuk menanamnya sebab nampak mudah sahaja.
Andai berjaya tanam sepokok dua, bolehlah tiap kali hendak makan sayur ini, dituai segar dari laman. Jadi tunggu apa lagi, jom semak perkongsian Cik Mae ini.
Ada beberapa orang yang tanya cara saya tanam dan jaga asparagus.
Disini saya kongsikan caranya.
Asparagus boleh tanam melalui biji benih atau beli “crown” atau pun pokok.
Dibawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih. Dan sesiapa yang beli crown atau pokok boleh ikut dari step 5 dan seterusnya.
Cara semai asparagus :
1. Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan.
Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sdb air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
2. Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
3. Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh.
Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu.
Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
4. Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil.
Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.
Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
5. Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar.Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus.
Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
6. Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
7. Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam.
Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
8. Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar.
Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
9. Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
10. Asparagus ada pokok jantan dan betina.
Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina.
Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih.
Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
( Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
11. Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 20 tahun.
Berbaloi sekali tanam, 20 tahun boleh tuai.
Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain.
12. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik.
Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ?
Jom tanam asparagus.
Sumber : Euis Mae Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Bila Mood Malas Masak, Ibu-Ibu Kena Cuba 5 Resipi Guna Sardin Tin, Serius Terangkat!

Hari ni cuti mengundi mesti mak-mak malas nak turun ke dapur. Maklumlah mood mengundi tak habis lagi.
Kalau rasa penat nak masak untuk makan malam ni, apa kata cuba resipi sardin tin kreatif ni. Serius sedap dan senang.
Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!