PREMENSTRUAL SYNDROME ( PMS )
PMS atau sindrom pra Haid adalah gabungan simptom yang diberikan kepada symptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan sesorang perempuan, 2 minggu sebelum period datang. Biasanya PMS akan jadi kurang bila period sudah bermula dan akan hilang apabila berakhirnya period.
Symptomnya berbeza antara individu. Yang paling biasa didapati adalah :
Sebagaimana yang saya cakap tadi, symptom BERBEZA untuk individu, jika dilihat simptom-simptom ini akan ada pattern bila sudah lama diperhatikan.
Simptom-simptom PMS biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesteron meningkat. Sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang dua minggu sebelum haid mereka bermula. Manakala yang lain hanya mengalaminya dalam beberapa hari yang terakhir sebelum haid. Ramai wanita mendapati bahawa simptom-simptom PMS jadi semakin teruk apabila permulaan haid makin hampir.
Adalah perkara biasa bagi simptom-simptom PMS beransur hilang apabila haid anda bermula. Tetapi sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang tempoh haid mereka. PMS tidak semestinya berlaku setiap bulan. Anda juga boleh jadi tidak ada langsung PMS untuk satu atau beberapa bulan, tetapi ia kembali semula selepas itu.
Anda mungkin dapat menangani simptom-simptom PMS tanpa mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda. Tetapi kira-kira satu dalam 10 wanita dengan PMS terpaksa mengambil cuti kerana simptom yang teruk.
Bagi sesetengah wanita, simptom-simptom PMS yang dialami sangat serius sehingga menjejaskan kehidupan di rumah dan di tempat kerja. Jika ini berlaku kepada anda, jumpalah doktor. Mood yang berubah ini boleh membuatkan hubungan dengan rakan sekerja, suami dan anak-anak menjadi sukar.
Paling teruk, PMS boleh sebabkan seseorang wanita itu rasa ingin membunuh diri. PMS jenis ini, iaitu di mana simptom-simptomnya sangat teruk dan kebanyakannya adalah dari segi emosi dan kelakuan, kadang kala dipanggil kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder – PMDD).
Apa sebabnya PMS ini ?
Sebab sebenar terjadinya memang belum diketahui. Tetapi ada beberapa kajian menunjukkan ada kaitan dengan perubahan hormon dan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Sepanjang kitaran haid paras hormon berubah-ubah. Ada sesetengah wanita ini sensitif kepada perubahan paras hormon ini dan seterusnya menyebabkan timbulnya simptom-simptom yang dinyatakan tadi. PMS juga dikatakan ada kaitan dengan bahan neurotransmitter dalam badan seperti serotonin dan gamma-amino butyric acid (GABA). Tapi bukan semua wanita mengalami PMS ini.
Macam mana saya nak tahu sama ada saya ini ada PMS atau tidak ?
Anda seharusnya mencatat symptom yang anda ada dalam diari atau rekod dalam handphone anda yang canggih itu. Rekodkan sekurang-kurangnya untuk dua kali kitaran haid. Selepas itu jumpa doktor dan tunjukkan hasil rekod anda, nanti doktor akan menilai sama ada itu adalah PMS untuk anda atau tidak.
Tips menghadapi PMS
Jika dengan cara-cara di atas tak dapat membantu mengurangkan PMS, perlu berjumpa doktor. Anda akan dimulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan lain jika difikirkan perlu.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan