Simple Tapi Sedap! Makaroni Bakar Resipi Sheila Rusly Memang Tak Mengecewakan

Share

Bosan makan nasi setiap hari? Jangan risau, menu kali ini pastinya akan menambahkan lagi selera anda.

Makaroni bakar merupakan menu yang paling mudah, sedap dan juga mengenyangkan. Dengan perkongsian resipu oleh selebriti terkenal tanah air Sheila Rusly ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi kesedapannya.

Jadi, jika anda inginkan kelainan bolehlah mencuba resipu yang dikongsikan ini di rumah. Selamat mencuba!

Makaroni Bakar

Bahan-Bahan:

  1. 2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
  2. 500 gm daging kisar (Dicincang)
  3. 3 sudu rempah kari
  4. 5 biji bawang merah*
  5. 3 biji bawang putih*
  6. 1 sudu lada hitam*
  7. 1/2 inci halia* (Semua bahan bertanda * di tumbuk dan sedikit minyak jagung+sedikit mentega untuk menumis)
  8. 1 tin susu cair ideal+1 tin air
  9. Sedikit daun bawang/sup (pilihan)
  10. Sedikit bawang goreng
  11. 4 biji telur – dipukul
  12. Garam secukupnya
  13. Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Cara-Cara:

– Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.

– Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.

– Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.

– Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.

– Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.

– Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.

– Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.

– Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.

– Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.

– Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.

Sumber: Sheila Rusly