
Instafemes Ryzal dalam perkongsian terbaru memuat naik berita kelahiran bayi sulung nya. Dalam perkongsian tersebut,dia memberitahu isterinya selamat melahirkan bayi perempuan.Assalamualaikum warahmatullah. Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk kami. Puteri comel ini kami berikan nama Rina, lahir 20/10/2021 jam 6:27 petang seberat 3.31kg.
Terima kasih semua yang doakan kesihatan ibu & bayi. Berkat doa semua, Allah permudahkan Maryam bersalin secara normal.
Nama Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, cabut lari nurse dengar nama anak.
Isterinya Maryam turut berkongsi berita yang sama di instagram miliknya.
Sumber: ryzalibrhm & maryamyunrrr
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Datuk & Nenek Jaga Cucu Tidak Mudah Kesepian, Hidup Jadi Lebih Positif

Isi Kandungan
ToggleDatuk dan nenek yang menjaga cucu bukan sahaja kehidupan mereka tidak kesepian tetapi dalam masa yang sama hidup jadi lebih positif. Pada musim cuti sekolah, ramai ibu bapa yang menggunakan peluang ini untuk membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.
Mungkin ada yang datang menziarahi ibu bapa mereka di kampung selama beberapa hari dan mungkin juga ada yang meninggalkan anak-anak mereka di kampung sepanjang cuti sekolah bagi menemani datuk dan nenek mereka yang kesunyian. Apatah lagi jika datuk dan nenek di kampung itu tinggal bersendirian dan hanya mengharapkan kepulangan anak dan cucu mereka bagi mengembirakan hati mereka.
Datuk & Nenek Jaga Cucu Tidak Mudah Kesepian
Adakah anda tahu, hubungan yang wujud antara datuk atau nenek bersama-sama cucu mereka ini sebenarnya memberikan kesan yang amat positif bagi golongan datuk dan nenek ini. Anda ingin tahu apakah rangsangan positif tersebut? Teruskan pembacaan anda ke bahagian yang selanjutnya.
Kembangkan lingkungan sosial datuk dan nenek
Berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh para saintis, datuk dan nenek yang turut terlibat dalam penjagaan cucu mereka adalah kurang mengalami kesepian kerana ia memperluaskan lingkungan sosial mereka. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap seramai lebih kurang 4,000 orang datuk dan nenek dengan bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuklah soalan ‘berapa ramaikah jumlah individu yang rapat dengan anda?’.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, kajian mendapati bahawa datuk dan nenek yang mengambil berat atau menjaga cucu mereka adalah lebih cenderung untuk kurang merasa kesepian selain mempunyai lebih ramai rakan. Para penyelidik juga mendapati, dengan menjaga cucu akan membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri seseorang individu tersebut selain membantu mereka agar berasa muda kembali.
Kaedah kajian yang dijalankan
Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik di Universitatsklinikum Hamburg-Eppendorf, Hamburg, Jerman dengan menggunakan data daripada tinjauan terhadap 3,849 orang datuk dan nenek. Kesemua responden kajian ini telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut pada tahun 2014 yang lalu dan mereka mempunyai purata umur 66 tahun. Dalam kalangan datuk dan nenek ini, kurang daripada ⅓ daripada mereka, iaitu hanya seramai 1,125 individu menjaga cucu mereka secara aktif. Daripada jumlah 1,125 individu tersebut, lebih separuh daripadanya adalah wanita dan 80% daripada mereka adalah pasangan yang telah berkahwin dan tinggal bersama dengan pasangan mereka.
Hidup Jadi Lebih Positif
Kaedah tinjauan yang terlibat
Responden atau peserta kajian yang terdiri daripada datuk dan nenek ini telah diminta untuk memberikan rate atau penarafan berkenaan seberapa banyak mereka bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan kepada mereka. Mereka diberikan dengan empat skala, dengan skala keempat adalah skala dengan nilai sangat tidak bersetuju.
Antara pernyataan yang diberikan termasuklah, ‘Saya rindu untuk orang-orang berada di sekitar saya yang membuatkan saya berasa selesa’, ‘Saya sering berasa ditolak’, dan ‘Saya berasa seperti saya disisihkan’.
Skor keseluruhan yang semakin tinggi menunjukkan tahap kesepian dan pengasingan sosial yang lebih tinggi. Bagi datuk dan nenek yang menjaga cucu mereka, purata bagi skor kesepian adalah sebanyak 1.7, dan purata skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6.
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai peranan dalam menjaga cucu mereka secara aktif, mereka mempunyai purata skor kesepian yang lebih tinggi iaitu 1.8, manakala skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6.
Datuk dan nenek yang mempunyai peranan penjagaan cucu juga mempunyai hubungan dengan lebih seorang individu berbanding daripada mereka yang tidak menjaga cucu mereka. Margin antara kedua-dua hasil kajian ini adalah tipis. Walau bagaimanapun, pakar menyatakan terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka yang menjaga cucu mempunyai kesan positif terhadap diri mereka.
Penjagaan cucu banyak manfaat
Ketua penyelidik, Profesor Eleanor Quirke menyatakan bahawa, membantu keluarga mereka untuk menyeimbangkan pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan cucu tambahan boleh meningkatkan harga diri datuk dan nenek. Selain itu, ia juga dapat memudahkan hubungan positif yang berterusan dengan anak-anak dan cucu mereka. Profesor Eleanor turut menambah, menjaga cucu juga dapat mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek selain membolehkan peluang yang lebih lanjut untuk menjalin hubungan dengan ibu bapa atau datuk dan nenek yang lain.
Mengapa penjagaan cucu ini benar-benar bermanfaat untuk datuk dan nenek?
Sememangnya, kajian di atas telah membuktikan bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek boleh mengurangkan risiko untuk mengalami kesepian. Selain itu, terdapat juga kajian-kajian lain sebelum ini yang menyokong hasil kajian tersebut dengan menyatakan bahawa ia juga boleh melindungi datuk dan nenek daripada risiko untuk mengalami kemurungan.
Teori ‘role enhancement’ atau peningkatan peranan telah digunakan untuk menerangkan kesan atau implikasi kesihatan dan juga psikologi penjagaan oleh datuk dan nenek ini. Teori ‘role enhancement’ ini mencadangkan bahawa mempunyai pelbagai tugas atau peranan adalah bermanfaat dan menyumbang kepada harga diri seseorang individu yang positif.
Membantu keluarga untuk menyeimbangkan antara pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan kepada cucu, boleh membantu datuk dan nenek untuk berasa yakin dengan peranan mereka dalam keluarga serta menggalakkan hubungan yang lebih positif. Ia juga boleh mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek kerana mereka bergaul dengan orang lain yang turut memiliki situasi atau keadaan yang sama dengan mereka.
Walau bagaimanapun, jika datuk dan nenek diwajibkan untuk menyediakan penjagaan cucu yang lebih intensif, mereka mungkin merasa terlalu terbeban dengan tanggungjawab tersebut dan kurang berkemampuan untuk terlibat sama dalam aspek lain dalam kehidupan mereka. Cara ini hanya akan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu perkara atau rangsangan yang negatif.
Bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak, gunakanlah waktu lapang seperti cuti sekolah atau cuti umum untuk membawa pulang anak-anak anda ke kampung bagi bertemu dengan datuk dan nenek mereka. Ia bukan sahaja memberikan kebaikan secara fizikal dan mental kepada datuk dan nenek di kampung, malah ia turut memberikan rangsangan positif kepada anak-anak anda.
Tetapi, perlu diingatkan juga bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek di kampung bukanlah kaedah untuk anda melepaskan tangan daripada menjaga anak-anak anda sendiri. Jangan sesekali menjadikan ibu bapa anda di kampung sebagai hamba atau bibik bagi menjaga anak-anak anda. Berbincang terlebih dahulu bersama mereka, adakah mereka akan berasa seronok jika anak-anak anda tumpang di rumah mereka selama beberapa hari untuk menemani mereka agar ia tidak menjadi beban kepada mereka yang sudah tua.
Sumber: Pa & Ma via Hello Doktor
Cuci Tandas Tak Perlu Sental Kalau Ikut Cara Wanita Ini. Wow, Cukup Mudah!

Membersihkan kotoran degil dari bilik mandi dan tandas tidak semua antara kita suka melakukannya. Namun, bila bilik mandi dan tandas di rumah terlihat kotor pasti membuatkan kita seisi keluarga tidak selesa menggunakannya.
Apatah lagi jika ada tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah kita. Saat itu pasti kita berasa malu kerana tidak menitikberatkan soal kebersihan. Kemungkinan kita akan dilabel sebagai seorang yang pengotor!
Pastinya kita tidak mahu perkara ini terjadi dan oleh itu ketahui ada cara paling mudah untuk menanggalkan kotoran degil tanpa perlu untuk menyental bersungguh-sungguh. Ikuti tip atau cara yang biasa dilakukan oleh Ikin Maskuri ini untuk info bersama.
Tip Membersihkan Tandas/Bilik air.
- Basahkan permukaan dinding, lantai, tombol paip, belakang pintu, basin dan semua yang ada di dalam bilik air yang ingin dibersihkan.
2. Lepastu sembur dengan clorox original. Kalau boleh sila masukkan clorox dalam botol spray. Gunakan hanya peluntur brand Clorox berpenutup biru saja.
3. Bila sudah spray, tinggalkan sekejap. Biar semua kotoran kembang. Setengah jam ke sejam. Kemudian rinse off.
InsyaAllah semua kotoran daki dan kerak akan tanggal begitu saja. Tak payah try hard nak gosok-gosok, kecuali bekas selaput sabun. Yang tu memang kena berus sikit. Settle, Sekarang semua orang boleh cuci tandas dengan mudah !
Nasihat awal: Sila pakai spek dan tutup mulut dan hidung sebab cecair peluntur yang meruwap itu boleh merengsakan kulit.
Sumber : Ikin Maskuri
“Kerja Sambil Jaga Ibu Ayah.” 4 Tahun Menganggur, Lelaki Ini Usahakan Tanaman Cendawan, Sehari Iklan Dapat 50 Tempahan.

Isi Kandungan
ToggleApa jua pekerjaan sekali pun andai kita gigih dan berusaha pasti akan menampakkan hasil. Demikian juga dengan anak muda bernama Solihin Yasin ini.
Mengambil keputusan untuk memulakan bisness menjual cendawan tiram, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Terengganu ini bersama gtiga lagi rakannya mula mengorak langkah.
Kisah Solihin tular di laman Twitter Solihin baru-baru ini. Perkongsiannya di mediam tersebut telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka dan telah diulang kicau lebih daripada 10 ribu pengguna.
Solihin, 25, memberitahu, dia mahu menjaga kedua-dua orang tuanya di kampung yang semakin uzur, di samping peluang pekerjaan yang terhad di kawasan tempat tinggalnya.
“Kebanyakan pekerjaan yang berkaitan bidang saya beroperasi di daerah-daerah besar. Saya terpaksa keluar daripada Batu Pahat, namun saya pilih untuk tinggal di sini demi orang tua saya.”
Kerja sambil jaga ibu dan bapa
soli
“Empat tahun dulu saya bergelut untuk mencari pekerjaan akhirnya saya dan mengambil keputusan untuk bergiat dalam bidang baharu iaitu pertanian.
“Tidak sukar untuk memulakan bisnes cendawan kerana cukup mudah. Malah, cendawan boleh hidup jika ditanam di dalam bangsl. Memandangkan saya tinggal di kampung, saya juga boleh berbakti kepada orang kampung untuk jana pendapatan sampingan,”ujar anak bongsu dari lima beradik ini.
Bisnes online
Sehari 50 bongkah tempahan
Hasil titik peluh dan semangat Solihin sememangnya menampakkan hasil sejak dia memulakan perniagaannya pada tahun lalu.
“Awalnya memang tidak untung, malah setahun kami usahakan bisnes ini, kami terpaksa menanggung kerugian. tapi selepas nampak perkembangan sedikit, saya beranikan diri untuk iklankan secara atas talian. Antaranya termasuklah di Shopee dan e-dagang.
“Tak sangka baru sehari saya iklankan di shopee, dah dapat tempahan 50 bongkah cendawan. Harga bagis ebongkah cendawan tiram ini adalah RM3 dan rata-rata pelanggan tempah 3 bongkah untuk sekali penghantaran,”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, turut menasihati golongan mahasiswa atau graduan supaya tidak ‘manja’ ekoran keadaan ekonomi di negara ini yang tidak menentu.
“Dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh memilih pekerjaan sebaliknya kita cuba mencipta pekerjaan. Beranikan diri mencuba bidang baru yang di luar cabang bidang pengajian kita,”ulas Solihin lagi.
Sumber: Twitter SolihinYasin & Mstar online