Simple Je Tapi Sedap! Pulut Kuning Rendang Daging Ni Memang Ngam

Share

Bila tiba hari ulang tahun suami, isteri atau anak pastinya menu yang satu ini menjadi pilihan semua. Pulut Kuning juga sangat enak dimakan bersama rendang ayam atau daging.

Dengan resipi yang dikongsikan oleh Hamidahgaffar Exclusivedeco ini memang dijamin berhasil dan sedap. Tak lupa juga rendang daging yang memang semestinya wajib dimakan bersama pulut kuning yang lembut dan berlemak.

Pulut Kuning

Bahan-Bahan:

  1. 1 kg setengah pulut (pulut susu)
  2. Santan 1 kotak kecik
  3. Daun pandan 10 helai
  4. Serbuk kunyit
  5. Garam secukup rasa

Cara-Cara:

– Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (saya letak 2 sudu) cantik je warnanya dan rendam selama 3-4 jam.

– Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jadi lagi sedap. Kemudian masukkan pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut dalam 1 jam.

– Dah agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.

– Kemudian ambil 1 kotak kecil santan tadi,  tambah air kuantiti penuh 1 mangkuk besar Lepas tu tambah sedikit garam.

– Lepas tu gaulkan dgn pulut tadi, dah rata kukus semula. Cara lain boleh juga letak semula daun pandan tadi, susun balik dan kukus mcm tadi selama 15 ke 30 minit lagi dan siap boleh dimakan.

Rendang daging

Bahan-Bahan:

  1. 1 kg setengah daging
  2. 2 biji bunga lawang
  3. 2 batang kayu manis
  4. 3 helai daun kunyit
  5. 2 sudu serbuk kari daging
  6. 2 bungkus kerisik
  7. 2 kotak santan kecil
  8. Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

  1. 15 ulas bawang merah saiz sederhana besar
  2. 10 ulas bawang putih
  3. 2 inci lengkuas
  4. 1 inci halia
  5. 1 inci kunyit hidup
  6. 5 batang serai saiz besar
  7. 20 tangkai cili kering (ikut pedas yang ibu-ibu suka)

Cara-Cara:

– Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan sebab masa menumis bahan kisar akan berair.

– Masukkan bunga lawang dan kayu manis kemudian masukkan semua bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

– Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan masa masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nanti.

– Dah pecah minyak masukkan daging tadi, gaul sebentar kemudian tambahkan air dalam 3 cawan, tunggu sehingga daging lembut. Selagi belum lembut kalau boleh jangan masukkan santan dulu ya. Jika perlu, tambah air lagi tambah sahaja sampai betul-betul lembut.

– Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yang dipotong mayang tadi.

– Last sekali letak garam dan rasakan. Kalau nak pekat, masak lama sikit tapi kecil, kalau nak kuah banyak dah boleh matikan api ya.

Sumber: Hamidahgaffar Exclusivedeco