“Simple Je, Satu Kek Dah Cukup.” Rai Birthday Puteri Sulung Secara Sederhana, TMJ & Isteri Dipuji Warganet!

Share
  1. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran puteri sulung baginda iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah. Alahai dah besar, makin manis rupanya. Sekali tengok saling tak tumpah macam bondanya.

Majlis tersebut dikongsikan menerusi Facebook baginda. Dalam perkongsian tersebut, Tunku Ismail menzahirkan rasa kasih sayang dan mendoakan anakanda baginda yang mesra dipanggil Lili agar sentiasa diberkati Allah SWT.

“Happy birthday to my beloved daughter, Khalsom. Semoga Allah sentiasa memberkati Lili always. Babah and mama love you very-very much,” kata Tunku Ismail.

 

Turut dimuat naik dalam perkongsian tersebut beberapa keping foto baginda sekeluarga selain terdapat sebiji kek untuk Tunku Khalsom yang mencecah usia lima tahun.

Sementara itu, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menitipkan ucapan buat puteri kesayangan mereka menerusi laman instagramnya.

“Happy birthday to my 1st born. One day you will be able to read this message Lili and I want you to know that mama love you very much. Since the day you were born, you have been such a great delight,” katanya.

Baginda dan isteri yang berkahwin pada 2014 turut dikurniakan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim serta puteri bongsu, Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor & Instagram YAM Che’ Puan Besar Khaleeda