Simple Je Rupanya Nak Buat Kacang Goreng Berempah Ni. Gaul semua bahan, Goreng & Angkat. Dah Siap!
Mei 19, 2020
Share
Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang pedas di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang Goreng Berempah Ini.
Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni.. Bahan 500gm Kacang tanah 5 Ulas bawang putih (ditumbuk) 1 sb serbuk cili 2 sb gula 3 sk garam 2 biji telur 5 sb tepung gandum 1 sb tepung beras *sb – Sudu Besar *sk – Sudu Kecil
Cara-caranya :
Bersihkan kacang tanah…(bilas dan jemur kering sehari sebelum nk buat
Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
Gaul sampai sebati
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.