Simpati Lihat Pakcik Tua Berjalan Lesu Di Tepi Highway, Wanita Ni Terus Tumpangkan Dengan Motosikalnya!

Share

Perkongsian daripada seorang wanita ini di facebook, apabila kita hayati nyata mampu menyentuh hati kita semua.

Walau hanya dengan menaiki motosikal, niat murninya untuk membantu seorang pakcik tua yang sedang berjalan kaki di tepi highway dan ketulusan hatinya  yang sedaya mungkin cuba menolong warga emas itu, wajar dipuji.

Diharapkan semoga keluarga kita juga terdiri daripada orang-orang yang suka membantu orang lain yang dalam kesusahan agar hidup kita bahagia dan membahagiakan.

Untuk itu, ini perkongsian kisahnya.

KISAH SEORANG PAKCIK BERJALAN KAKI DI TEPI HIGHWAY DARI SG DUA SEBERANG KE TAIPING

“Aku dah nampak dia dari jauh berjalan kaki menghala ke simpang tol Jawi. Aku terus sebab aku nak pi Tol Alor Pongsu.

Tapi hati aku tergerak nak tolong pakcik ni. Aku pusing balik dan lawan arah sampai ke simpang tol tu. Aku berhenti dan tunggu pakcik tu sampai kat aku.”

Sementara menunggu aku simpan wallet dan fon dalam pocket kerana aku tak tau pakcik ni jahat ka baik lagi pun aku perempuan. Lepas 2 minit macam tu pakcik tu sampai.

Aku : Assalamualaikum pakcik (Pakcik tu berkopiah).

Pakcik : Waalaikumusalam ya anak , ada apa ?

Aku : Pakcik nak pi mana jalan tengah-tengah highway ni?

Pakcik : Pakcik nak pi Taiping … Lepas jawab dia terus sambung perjalanan.

Aku : Pikiaq punya pikiaq …. Aku pun gerak depan sikit dekat pakcik tanya dia “nak saya tumpang kan pakcik”

Pakcik : Tak pa la nak (dalam nada sayu, takut dan serba salah dan sambung lagi jalan.

Aku : Terpikiaq lagi nak tolong hantaq tak dak  helmet tapi niat nak tolong … Tak pa la pakcik saya tolong pakcik , saya nak hantar sampai Taiping tapi saya pulak tak dak hamet lebih , saya tawakal tumpang kan pakcik p bustop parit buntaq dan saya ambek tiket kat pakcik … Itu saja saya mampu tolong

Pakcik : Tak menyusahkan anak ke , pakcik tak nak susah kan sapa-sapa (ayaq mata pun jatuh)

Aku : Mungkin rezeki pakcik dari bantuan saya ni .

PAKCIK pun naik dan kami teruskan perjalanan dengan pakcik tak ber helmet dan aku pun tawakal. Sambil atas moto aku tanya pakcik

Aku : Pakcik dari mana dan nak ke mana?

Pakcik : Pakcik dari SG DUA SEBERANG nak ke TAIPING

Aku : Pakcik orang Taiping ke?

Pakcik : Tak , pakcik orang Lenggong, pakcik p Sg Dua sebab nak cari KERJA tapi  tak dak kerja jadi pakcik nak balik rumah pakcik di Taiping

Aku : Dah berapa jam perjalanan pakcik , saya rasa mungkin lebih 30km dari SG DUA

Pakcik : Pakcik keluar sesudah SOLAT SUBUH dan sampai sekarang

Aku : Pakcik dah makan ?

Pakcik : Belum nak (dengan nada suara yang sayu)

Aku : Tak pa lah pakcik sat lagi sampai stesen bas saya beli tiket kat pakcik kemudian kita makan

ELOK SAMPAI STESEN BAS PARIT BUNTAQ

Pakcik : ANakkk !!!!! Ni bas Taiping !!!! Dengan gembira tersenyum dia habaq kat aku .

Aku pun p tanya kaunter bas pukul berapa dan kami smpai 3.38pm ada lebih kurang setengah jam sebelum bas brgerak pukul 4… Aku toleh tegok pakcik tu tengah duduk di kerusi urut kaki dia …

Berlinang ayaq mata aku. Aku p dekat dia cakap “pakcik bas pukul 4 , jom saya belanja pakcik makan ”

Pakcik : tak pa lah anak ,pakcik nak tggu bas …

Aku : Aku merayu “jom la pakcik ,terima laa bantuan saya ni ”

Pakcik : Tak pa anak , anak dah banyak tolong pakcik. Moga murah rezeki anak , di panjang kan usia anak. Aku pun p kedai beli bekalan Roti 3 paks air 1 botol dan bagi duit rm15 … RM5 untuk tambang dan RM10 untuk makan.

Moga Allah swt permudahkan kan perjalanan pakcik
Elok aku p dekat parking moto dan pandang pakcik tu dah naik bas dan aku ternampak pakcik tu menangis.


Dan apabila kisah ini menjadi viral, wanita ini juga mendapat banyak komen positif daripada netizen.

Dan ini sebahagian daripadanya, semoga  diharapkan lebih ramai lagi anak-anak kita mempunyai hati mulia untuk sanggup membantu orang lain yang dalam kesusahan seperti Norsyifarina ini.

Kredit : Nursyifarina Imani Abdullah