
Tauhu yang selalu kita goreng dan makan bersama tempe ini memang banyak khasiatnya. Pun begitu bila disimpan lama walaupun dalam peti ais, tauhu mudah berbau masak dan kadang-kadang berlendir.
Tahu tak macam mana nak simpan tauhu lebih lama supaya tak terjadi pembaziran. Ini cara yang dikongsikan oleh Shahriah Abdullah, pakar masakan dan novelis kita di blognya, shahriahnovelisresipe.blogspot.my. Jom ikut seperti caranya.
Seringkali bila kita beli tauhu di pasar, bila kita simpan dalam peti sejuk tu, keesokkan harinya bila nak di masak berlendir dan berbau masam. Yer tak? Okay ada beberapa tips nak dikongsikan.
Cara 1
Selepas beli cuci bersih-bersih di bawah air yang mengalir. Selepas tu masukkan ke dalam mangkuk plastik, zink atau kaca. Letakkan air bersih di dalam mangkuk yang berisi tauhu tu. Esoknya silalah tukar air dalam mangkuk tu ye. Lakukan cara sama selagi tauhu tak habis.
Cara 2
Ada satu lagi tips atau petua. Kalau tauhu dah berbau masam, usah di buang, elakkan pembaziran. Didihkan dengan sedikit air dan selepas tu rebus sekejap. Berkesan tau. Petua ni Bonda saya yang bagi.
Cara 3
Ada satu lagi petua. Gorengkan tauhu terlebih dahulu dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ni hanya bertahan kurang dari 2 hari sahaja. Jadi boleh cuba.
Selamat mencuba!
Kredit:shahriahnovelisresipe.blogspot.my
Kalau Nak Bersihkan Perut Lembu Yang Hitam Guna Bahan Ni, Baru Jadi Putih Bersih Dan Tak Berbau.

Menyambut Hari Raya Aidiladha, tentunya ada yang mendapat daging korban dan tulang lembu. Memang enak di buat sup untuk hidangan keluarga.
Selain itu ada juga yang gemar makan perut lembut untuk masakan antara masak lemak cili api, kerabu dan sup memang terangkat rasanya!
Ada sesetengah orang memang tak pandai makan perut lembu tapi kalau kena gaya masakannya memang sedap dan berselera.
Perut lembut ini kena dibersihkan dulu sebelum dimasak. Nak tahu cara membersihnya ikuti petua wanita ini.
Cara basuh perut lembu
Siapa penggemar perut lembu ? Sup perut ke, kerabu perut ke dan pelbagai lagi lah masakan berasaskan perut lembu semuanya sedap
Biasanya, beli je perut lembu kat supermarket. Tapi yang tu dah putih bersih balik rumah, basuh pastu siang pastu boleh terus masak.
Kali ni, raya aidiladha dapat perut lembu fresh. Frst time nengok perut lembu gini sepanjang 25 tahun ..nak buang tak boleh, nak bersihkan tak reti..mama pun kata tak reti nak bersihkan, ayah pun sama
Guna kapur makan
Maka, bergegaslah ke rumah sebelah berjumpa gerangan yang lagi arif. Terus tanya, ‘Tok, perut lembu yang hitam tu macam mana nak jadikan putih bersih?’. Sambil pejam mata je Tok jawab, ‘rendam dengan kapur makan, pastu berus pelan² sampai putih’.
Balik rumah terus cuba. Alhamdulillah, menjadi cuma tak putih bersih. Letih. Simpan dulu, esok² pulak kita masak. Btw, berus tu baru beli ye.
Ada yang tahu tak macam mana nak bagi perut ni putih bersih macam kat supermarket?
Edited: Terima kasih semua yang sudi share tips cuci perut yang lebih mudah dan komen positive komen terlalu banyak jadi sy ucap tq kat sini hehheh…next time tak perlu lah menyental pakai berus dah . Pengalaman baru bagi saya yang setahun jagung.
Dalam pada itu, warganet juga berkongsi petua untuk membersihkan perut lembu.
Sumber: Siti Zulaikah
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mummy, Saya Takut Tapi InsyaAllah Semua Akan Okay.” Santunnya Anak Eizlan Yusof Ikrar Sebelum Khatan, Warganet Pula Tersentuh Hati.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan rumahtangga itu kekal hingga akhir hayat. Namun siapa kita, kita yang merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Rumahtangga yang dibina, akhirnya ‘terputus’ di tengah. pasangan berpisah mencari haluan sendiri. Namun ada juga pasangan yang berpisah tetap menjaga hubungan baik demi anak hasil perkahwinan itu.
Begitulah yang dilihat kepada pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dengan bekas isterinya Vie Santie Harun. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada 28 September 2014.
Menerusi muat naik video terbaharu di instagram miliknya, berkongsi saat-saat sebelum anak tunggal lelakinya Zareef Yusof bersiap sedia sebelum khatan.
Apa yang menarik perhatian, kesantuan anak lelakinya membuatkan warganet memberi pujian cara didikan yang diberi.
Malah kata-kata nasihat Vie Santia dan Eizlan juga sungguh inspirasi yang menunjukkan tanggungjawab seorang ayah dan ibu walaupun sudah berpisah.
Abg Ayeep @zareefyusofofficial thanks mummy @vieshantiekhan for this lovely & memorable video and thanks to Papa DSP @rahmandahlan for all your support 😎 thanks Dr @sham_akmal
Daddy sentiasa memberi kata-kata semangat dan memberikan yang terbaik buat anak.
Kata-kata nasihat daripada Mummy dan ikrar dari anak. Sweetnya!
Salam dengan mummy sebelum khatan.
Alhamdulillah terima kasih atas doa dan good wishes… Abg Ayeep @zareefyusofofficial bujang suda 🥰 #berkhatan thanks Dr @sham_akmal
DEMI ANAK
Rata-rata warganet memuji cara pasangan ini mendidik anak dan cara pasangan ini menjaga hubungan baik walaupun sudah berpisah.
Sumber: Instagram eizlanyusof
Kes Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Peguam Ni Kongsi Kenapa Pengasuh Hanya Di Penjara 6 Tahun

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun, terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lalu.
Hukuman yang dikenakan tersebut mendapat reaksi ramai pihak. Rata-rata melahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan hukuman yang diterima alasan tidak setimpal dengan apa yang dilakukan tertuduh.
The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad menerusi facebook tampil membuat ulasan sekali gus merungkai pertanyaan ramai dek hukuman yang dikenakan tersebut.
Bunuh kena 6 tahun je?
Tu ayat yang paling banyak dalam komen-komen page berita pasal kes ni. Ada yang kata Hakim tak betul la, undang-undang tak betul la. Memandai je korang kan.
Kes ni dikendalikan oleh En Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, rakan kongsi firma kami dari awal sampai selesai. Maklumat-maklumat yang dikongsi di sini adalah maklumat yang telah dibentang dan diterima di mahkamah.
Kes ni pada awalnya disiasat di bawah seksyen 302 iaitu membunuh. Itu normal untuk kes-kes melibatkan kematian yang mencurigakan.
Selesai siasatan dari polis, kementerian kesihatan dan lain-lain, kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak. Pertuduhan dia “Menganiaya hingga menyebabkan kecederaan”
Tak ada sebarang kesan cedera
Di sini fungsi peguam. Peguam bukan saja kena lawan kes, tapi yang lebih penting kena pastikan semua pihak terutama mahkamah faham naratif kejadian dari perspektif tertuduh. Kena fahamkan semua pihak tentang kejadian sebenar.
So, apa kejadian sebenar?
Kejadian sebenar ialah pengasuh ni terjatuh di tandas bersama baby yang dipegang. Kejadian berlaku selepas pengasuh memandikan baby, macam hari-hari biasa.
Lepas terjatuh, dia bangun dan angkat semula baby. Baby menangis. Pengasuh ni check keadaan baby, tak ada sebarang kesan cedera. Tak ada luka, tak ada lebam, tak ada kesan merah-merah.
Ini selari dengan laporan post-mortem, tak ada sebarang kecederaan luaran. Punca kematian ialah kecederaan dalaman yang tak ada siapa boleh nampak dari luar.
Pengasuh ni kemudian memujuk baby dan beri susu. Baby berhenti menangis dan minum susu. Kemudian baby tidur. Dalam tidur, baby telah batuk-batuk dan keluar cecair jernih dari hidung. Baby dijangka meninggal sekitar masa ini. Pengasuh cuba beri bantuan pernafasan tapi gagal.
Masalah lebih besar bermula disini. Dalam keadaan panik tak tahu nak buat apa, pengasuh ni telah sembunyikan jenazah dalam peti sejuk. Itu adalah kesilapan paling besar bagi pendapat saya.
Menyembunyikan kematian
Masalah bertambah apabila pengasuh beritahu family baby telah diambil oleh orang lain. Perkara ni telah trigger pencarian kanak-kanak dan tular.
Pada petang yang sama, pengasuh rasa bersalah dan sedar akan kesalahan dia. Dia telah menyerah diri di balai polis dan terus beritahu polis di mana jenazah berada. Ini diakui oleh mahkamah dan selari dengan dokumen pihak polis.
Jenazah telah dijumpai hasil tunjuk arah oleh pengasuh sendiri.
Ada kejadian bunuh? Tak ada.
Ada tindakan kejam yang menyebabkan kecederaan? Tak ada.
Ada tindakan memukul, mengetuk, membelasah bayi malang tersebut? Tak ada. Malah jentik pun tak ada.
Apa yang ada ialah kemalangan yang kemudian disusuli tindakan salah iaitu menyembunyikan kematian.
Salah tak? Ye salah. Tapi adakah salah itu sama tahapnya dengan membunuh? Tidak.
“Menganiaya hingga menyebabkan kecederaan”
Undang-undang, sistem kehakiman dan mahkamah, malah sesiapa yang mendapat latihan perundangan dapat menilai bahawa ada perbezaan antara membunuh, menyebabkan kematian sama ada secara sengaja atau tidak, dan kemalangan.
Kami percaya atas dasar itu, setelah dihujah oleh pihak Peguam, pendakwaraya telah meminda pertuduhan dari “menganiaya hingga menyebabkan kecederaan” kepada “mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan”
Bila dibaca dan dinilai betul-betul, dua ayat pertuduhan tu membawa maksud berbeza. Dan maksud kedua iaitu mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan adalah lebih tepat menggambarkan keadaan sebenar.
Dan ambil kira juga bahawa elemen asas yang dipertuduh bukanlah membunuh atau menyebabkan kematian, tapi menyebabkan kecederaan.
Tak tahu fakta tapi menjatuhkan hukuman
Kenapa? Kerana pengasuh tersebut tidak membuat sebarang tindakan aktif untuk membunuh. Dia terlibat dalam kemalangan bersama baby, dari keadaan lantai bilik air yang licin.
Sebelum kita menghukum, kita kena tau fakta sebenar. Kita kena nilai undang-undang dengan fakta unik setiap kes.
Hakim yang zalim adalah hakim yang menghukum tanpa usul periksa, yang tak tahu fakta tapi sepantas kilat menjatuhkan hukuman.
Janganlah kita jadi macam itu.
#tlcrf
#thelawchambersofRedzuanandFaiezad
Sumber: The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club